Bab 5

5.9K 604 31
                                    

-

Aku berdiri di jendela bilik sambil melemparkan pandangan ke luar tingkap yang gelap. Mata leka melihat hujan lebat jatuh menimpa bumi.

Cuaca malam ini seperti mengerti kesedihan aku ketika ini.

Aku sedih. Benar-benar sedih. Aku dah tak punya lagi bahu untuk bersandar.

Teringat akan kata-kata Aqram siang tadi, dia kelihatan betul-betul marah dengan aku. Selama kami bersama, kami tak pernah bergaduh apalagi melihat dia meninggikan suara pada aku sebegitu.

Aku harap, kami tak akan seperti musuh saat bertemu lagi suatu hari kelak.

Keluhan berat aku lepaskan. Berat ujianMu Allah. Kau ambil semua orang yang aku sangat sayang sekelip mata. Bagaimana hati ini mampu redha?

Allahu, Fira. Jangan. Jangan salahkan ujian Allah. Semua pasti ada hikmahnya.

Ketika kaki hendak ku tujukan ke arah katil, datang seseorang yang aku memang tunggu tunggu sejak tadi.

Dan sedikit memeranjatkan aku. Berkerut kecil dahiku melihat wajah bengis Tuan Dani.

Don't forget Fira. Panggil Dani sahaja.

Tapi asal dengan dia ni?

"Tak sangka awak datang juga.." sengaja aku berlaku biasa walaupun sebenarnya agak kecut dengan air wajahnya tika ini.

"Kau kenapa degil sangat?" sudah tentu suara dinginnya akan kedengaran.

Asal dia nih? Pelik aku. Salah apa aku buat kat dia? Ada ke?

"Apa awak cakap ni? Degil apa?"

"Nurse bagitahu yang kau langsung tak makan dari siang tadi. Kenapa?"

Ermm. Sebab tu ke kau lain macam ni? Yelah. Selepas kejadian siang tadi, semakin tertutup rapat tekak ni. Hilang habis punah segala selera makan.

Nurse tu pun satu. Asal bagitahu mamat ni. And mamat ni, asal emo semacam? Bukannya kesah sangat pun pasal orang.

"Semua orang ada masalah Fira. Kau tak boleh ikutkan hati kau yang bercelaru tu. Binasa diri kau nanti." nada dingin Dani tadi serta merta hilang.

Kata-katanya membuatkan mata aku sedikit pedih. Asal kau makin kuat cengeng ni Fira?

"Aku tak tahu apa masalah kau dengan tunang kau yang sebenarnya, tapi yang pergi tetap akan pergi Fira. Dah itu lumrah manusia."

Tergamam. Mesti mummy cerita hal sebenar dekat mama dia sebab mummy ada jumpa Doktor Dahlia siang tadi. Then mama dia bagitahu pula pada dia. Kerana itu agaknya dia berkata sebegitu.

"Rezeki, ajal maut, jodoh, di tangan Tuhan. Kalau kau dan dia dah tiada jodoh, kau tak boleh nak buat apa apa lagi Fira."

Aku tersentuh dengan dia ni. Pandai juga berkata-kata ha.

"Ni kalau kau tak makan, ubat yang kau ambil pun lambat berfungsi dalam badan."

"Saya cuma tak ada selera." jawabku perlahan.

"Kalau kau ikutkan selera kau, memang sampai ke minggu depan kau tak akan makan."

Yes betul!

"Aku suruh nurse bawakan makanan untuk kau. Kalau kau tak makan, aku bagitahu mama. Biar nanti dia suntik je kau. Degil."

Eleh main ugut orang pula. Dahlah ugutan macam mengugut budak kecik. Tapi entah kenapa aku rasa dia lain pula malam ni. Mana perginya sikap acuh dia tu?

-

Aku duduk makan di atas katil manakala Dani mengambil tempat di atas kerusi yang terdapat di sisi katil.

Cinta Hati Mr. AnnoyingWhere stories live. Discover now