Bab 53

4.4K 272 25
                                    

-

Aku menyelak kecil langsir tingkap di ruang tamu. Terlihat Dani sedang berbual sesuatu bersama Aqram sebelum dia bertolak ke pejabat.

Ya. Aku gembira tengok hubungan rapat Dani dan Aqram. Tak seperti orang lain yang berada di tempat mereka. Saling bergaduh dan bermusuhan.

Tapi rapat mereka sehinggakan terlalu berahsia dengan aku. Sampaikan perkara yang penting pun susah sangat mereka nak jujur. Sememangnya aku akan terasa hati. Kalau perkara lain tak apa lah, ni tentang abang aku.

Mungkin ia benda kecik untuk orang lain tapi tak aku. Abang Nizam dibunuh di sebabkan aku! Kamil terlampau bencikan kehadiran aku dalam keluarga dia sehingga sanggup bunuh abang kandung dia sendiri. Atas alasan abang Nizam lebihkan aku daripada dia.

Tak tahu lah apalagi mereka akan sorokkan daripada aku lepas ni.

Terbayang pula peristiwa semalam..

Aku menapak laju ke dalam bilik. Dani yang mengejar menangkap lenganku pantas.

"Sayang jangan macam ni,"

Sempat aku menyeka air mata yang jatuh di pipi sebelum berpaling ke arahnya. "Hubby pergilah buat kerja. Jangan pedulikan saya. Saya okey."

"Apa sayang cakap ni? Okey apanya kalau macam ni ah?"

Aku tertunduk.

"I'm sorry sayang. Hubby tak ada niat nak sembunyikan pasal Kamil daripada Fira. Hubby cuma masih tak tergamak. Hubby belum bersedia. Bukannya hubby tak nak bagitahu Fira langsung."

"Hubby sendiri lupa janji hubby. Bukan kita dah janji kan tak ada rahsia antara kita? Kamil dah jadi buruan polis pun hubby tak bagitahu saya."

Dani mula mengeluh. "I'm so sorry okay? Yes salah hubby. Memang salah hubby kali ni. Hubby tak sangka Kamil boleh dapat tahu alamat rumah kita."

"Ha tu lah. Kalau dia dapat pecah masuk rumah ni, bunuh saya, saya takkan tahu pun kan dia lah pembunuh abang Nizam sebenarnya."

"Fira jangan macam ni. Tolong jangan terlalu ambil serious. Tolong anggap yang hubby terlupa nak bagitahu sayang. Please?"

"Dahlah hubby tutup mulut pasal Aqram pergi pecah masuk rumah mama papa saya. Tak fikir ke benda tu bahaya? Kamil boleh bunuh dia tau. Tak boleh nak harapkan polis lagi ke?" bengang lah ish!

"Fira hubby terpaksa. Itu kehendak dia. Dia yang tawarkan diri. Hubby dah cuba halang tapi dia nekad. Dan sekarang pihak polis berterima kasih pada dia kerana berani mempertaruhkan nyawa dia demi keselamatan orang lain. Am berjaya jumpa bukti dan dia selamat."

Kali ini aku melepaskan keluhan. "Pergilah buat kerja hubby. Harap lah si Kamil tu dapat dikejar polis." aku melangkah ke arah almari. Mengeluarkan baju kerja Dani esok untuk digosok.

Terasa lenganku dalam genggamannya semula.

"Hubby tak suka tengok sayang marah hubby macam ni. Selesaikan perkara ni dulu supaya marah sayang betul-betul hilang."

"Tak payah serabutkan fikiran hubby tentang saya. Hubby nak saya anggap yang hubby lupa bagitahu saya pasal ni kan? So dahlah. Saya pun tak nak panjangkan benda ni." aku masih tak berganjak dari tempatku kerana lengan masih dalam tahanan Dani.

"Tolong faham hubby Fira. Hubby tak nak Fira sedih, takut bila tahu tentang Kamil. Sepatutnya hubby bagitahu Fira awal-awal sebab Fira adik mereka tapi hubby yakin berat untuk awak terima kebenaran ni nanti."

"Kamil bukan abang saya." aku tak ingin dah nak mengaku dia abang. Dia bukan manusia.

"Fira maafkan hubby?"

Cinta Hati Mr. AnnoyingWhere stories live. Discover now