-
Aku mendongak memandang wajah Dani yang seakan nak makan aku. Rasa berdebar kencang dada aku saat ini. Aku tak suka Dani yang terlampau serious macam sekarang.
"Aku tanya kau Fira." terlihat kerutan-kerutan kecil di dahinya.
"Saya.. pergi rumah mama papa saya." aku bernada rendah.
"Kau lupa apa yang aku pernah cakap?"
Alahai benci betul lah tersekat kat situasi macam ni.
"Kau dah lupa ke yang aku tak nak kau berhubung dengan keluarga kau tu lagi? Kau nak apa lagi dekat mereka? Apa yang tak cukup kat sini? Kau dah ada keluarga ni sekarang apalagi kau nak?!" serta-merta Dani membentak.
Aduh boleh nangis aku dibuatnya.
"Kau terus terang dengan aku kau nak apa dekat abang-abang kau tu? Kau nak balik semula dekat mereka? Kau nak tinggal dengan mereka? Macam tu?"
"Tak lah awak. Saya mengaku salah saya. Tapi saya cuma--"
"Cuma apa?" dia memintas. "Apa apa pun alasan kau aku tak boleh terima lah. Kau dah lupa ke yang Kamil pernah ugut nak bunuh kau? Atau kau fikir yang semua tu sekadar kata-kata?"
"Aqram bagitahu awak pasal tu?"
"So why? What's wrong with that?"
Aku semakin keliru. Jelas yang ugutan abang Kamil tersebut begitu serious bagi Dani.
Memang betul cakap dia yang aku fikir abang Kamil cuma berkata-kata. Aku anggap yang dia mengugut sebegitu sebab masa tu dia masih terkilan dengan kematian mama papa.
Aku mengeluh. Masalah seakan bersarang kembali dalam minda.
"Kau memang tak pandai jaga diri sendiri. Suka sangat bawa diri ke perangkap musuh. Nasib ada Aqram, kalau tak kau dah lama terjerat."
"I'm sorry okay? But please tell me apa sebenarnya yang sedang berlaku?"
Yelah kenapa dia suruh Aqram follow aku tadi? Aqram dah lama awasi aku dari jauh ke apa? For what? Apa rancangan mereka berdua ni?
Dia ni masih tak menjawab.
"Tengoklah, bila saya tanya awak tak nak cakap jujur. Macam mana saya nak faham?"
"Kau tak perlu faham Fira. Kau cuma perlu ikut cakap aku. Susah sangat ke?"
Aku diam.
"Kau dah ada kami Fira. Kami keluarga kau sekarang. Tak cukup ke apa yang kami bagi?"
"Tak Dani. Bukan macam tu. Saya tak pernah pun rasa tak cukup dekat sini. Saya tak sangka perkara ni boleh jadi sangat besar."
"Tak sangka? Aku risau dengan kerja kat sana yang tak selesai selesai ditambah dengan kau kat sini yang buat hal. Aku runsing lah Fira. Kau tak kesiankan aku ke?"
Mata aku menatap tepat ke arah matanya. Kelihatan sedikit kemerahan di dalam mata lelaki ini.
Kecewa sangatkah awak?
Ya Allah, apa aku dah buat ni? Tak sangka reaksi Dani sampai sebegini rupa.
"Sekarang kau pilih, aku atau keluarga kau sana."
Aku menahan air mata yang bertakung di tubir. "Awak." balasku perlahan tanpa ragu-ragu.
"Bagus. Ikut aku." segera dia masuk ke dalam perut keretanya.
Kalau aku tahu boleh jadi cenggini, takkan keluar langsung aku harini.
Heish Miraa
🥀🥀🥀
Sesekali aku mengerling Dani yang memandu di sebelah. Setelah itu aku melontarkan pandangan ke luar tingkap semula. Mana lah dia nak bawa aku?
Nasiblah marah dia tak sampai menengking aku.
Bilamana tengok mata dia merah tadi aku rasa touching. Seakan risau benar dia pada aku.
Aku nak tahu juga risau tu macam mana?
Risau seorang abang kepada adik?
Risau sebab aku orang istimewa bagi dia?
atau
Risau sekadar ihsan?
"Kenapa kau buat Aqram macam tu?" dia mula memecah kesunyian.
"Am bagitahu semua apa yang jadi tadi dekat awak?"
"Aku dengar pun sakit hati tau Fira. Seolah ada zarah dendam dalam hati kau pada dia."
Mulut aku terkunci. Dia mula membela Aqram.
"Kalau kau tahu setiap apa yang dia korban untuk kau, kau mesti menyesal atas apa yang berlaku harini."
"Dia korban apa untuk saya? Korban badan dekat perempuan lain ada lah." pedih hati aku tahu mengenangkan tentang tu.
"Kau tengoklah diri kau ni. Jelas yang kau terlampau bencikan dia."
"Saya tak bencikan dia. Cuma perbuatan dia buat saya sakit hati sampai sekarang."
"Dia tak salah. Aku tak suka kau terus tuduh dia."
Ish asal mereka berdua ni boleh jadi baik semacam? Sampai si Aqram tu pun aku tak boleh nak marah marah lagi depan dia.
"Kenapa awak dan Am terus berahsia dengan saya? Saya macam orang bodoh tau sebab tak tahu apa sebenarnya jadi."
"Dia yang still tak nak cerita dekat kau. Dan aku rasa aku tak berhak nak buka mulut."
"Habistu pasal abang Kamil? Apa yang awak rahsiakan? Tak boleh ke saya tahu? Saya pun ada kaitan kan?" sampai bila nak biar aku berteka-teki ha?
Dari hal Aqram hingga abang Kamil, langsung tak nak terus-terang satu pun.
"Tu hal kerja aku. Belum sampai masanya kau perlu tahu. Apa yang kau kena buat, ikut cakap aku. Aku tak suruh pun kau kurung diri dalam bilik 24 jam. Cuma jangan hubungi sama ada Nizam atau Kamil."
Aku membuat muka muram. Hal kerja apanya? Kau cuma tauke mall je. Apa kena mengena dengan abang-abang aku tu?
"Atau kau rasa kau dah tak perlu dengar cakap aku dan tak nak dengar lagi?"
"Taklah awak."
"Habistu apa alasan kau pergi jejak lagi kaki kat rumah tu?"
Apa aku nak jawab? Alasan ambil pakaian aku cuma akan buat Dani makin bengang je.
"Saya tak sempat masuk pun.."
"Tu sebab Aqram yang halang kan?"
"Tapi saya nak risau apa. Awak ada kan kalau saya perlu?" ish apa kau cakap ha Fira?
"Kau ingat aku ni peri kau ke? Bila kau dalam masalah aku akan datang tolong? Fikir logik lah. Masa tu aku tak ikut kau pun kan? Kalau aku ada kat tempat jauh tak sempat lah aku nak selamatkan nyawa kau."
"Saya percaya yang awak takkan tinggalkan saya bila masa susah saya."
Dani lalu menghela nafas seketika. "Kau tak boleh hanya harapkan aku."
"Tapi saya cuma rasa selamat bila awak ada." ujarku dengan hanya menundukkan kepala.
Aku akui kau lah ketenangan aku Dani.
🎈
Nak vote tau. (hihi)
macehh muah~♡
YOU ARE READING
Cinta Hati Mr. Annoying
Romance'Aku seperti sudah jatuh ditimpa tangga harini. Sekelip mata semuanya hilang.' Bila kehilangan terjadi, kita harus percaya bahawa itu adalah kerana takdir yang mengkehendaki. Saat kehilangan sebenarnya kita sedang dipersiapkan untuk mendapatkan hal...