"Why you choose me?"
Sunyi. Tiada jawaban.
"Puteri, i will ruin your life." Eesa bersuara sekali lagi memecahkan kesunyian.
Sakeenah memandang tajam kearah Eesa. Jelas riak tidak suka dengan kenyataan Eesa.
"Kenapa cakap macam tu?" tanya sakeenah dengan dahi berkerut.
Eesa tertunduk mendengar pertanyaan Sakeenah. Nafas dihela bila dada rasa sesak menahan perasaan, gadis disebelahnya ini terlalu sempurna.
"I'm a beast puteri." and you're a princess. Sambungnya di dalam hati.
"No you're not !" Suara lembut Sakeenah kedengaran tegas. Dia sangat tidak suka jika Eesa mula membanding bandingkan rupa mereka. Lelaki itu terlalu merendah diri.
"Awak bukan Beast.." Jeda seketika.
"Awak.." Belum pun sempat Sakeenah menghabiskan ayatnya. Eesa terlebih dahulu bersuara.
"Kau nak kata aku apa? handsome? Sekadar nak sedapkan hati aku?heh. Tak payahlah." Ujar Eesa dengan sengihan sinisnya.
"Tak.. siapa nak cakap awak handsome?" Balasan sinis dari Eesa dia abaikan.
"Awak Ugly.."
Eesa tersentak. Kalau sebelum ini dia sudah lali dengan perkataan itu. Tapi entah mengapa tika Si gadis yang menuturkannya. Seolah ada belati yang menghiris hatinya. Sakit.
Melihat reaksi Eesa buatkan Sakeenah puas hati.'Itulah. Merendah diri tak kena tempat. Tak habis habis pertikaikan rupa dia. Fikir Sakeenah kesah?'
"Awak Ugly Duckling saya" sambungnya menyempurnakan ayatnya tadi. Sambil tersengih sengih nakal. Kening dijongket beberapa kali.
Eesa pandang wajah sakeenah dengan pandangan keliru. "Ugly Duckling?"
"Yup, Ugly Duckling. Dia sangat berbeza dari segi rupa dibanding orang lain. Hinggakan orang pandang serong pada dia. Sedangkan disebalik rupa dia, dia sebenarnya adalah seorang yang hebat." terang Sakeenah.
Tapi bila melihat pada reaksi Eesa yang masih keliru,membuat sakeenah mengeluh sekali lagi.
"Awak tak tahu ke cerita Ugly Duckling?" tanya sakeenah.
Masih sepi.Tiada jawaban dari Eesa. Terpaksalah Sakeenah menceritakan kartun kegemarannya ketika dia kecil dulu.
"Ugly Duckling tu sebenarnya cerita kartun tentang seekor angsa yang dibesarkan oleh seekor ibu itik, ibu itik ada banyak anak itik. Bila mereka makin besar, mereka mula nampak perbezaan antara diri mereka dan si angsa iaitu anak angkat ibu itik. Mereka mula ejek dan hina si angsa. Hingga angsa mula malu pada diri sendiri.." Sakeenah jeda seketika, ingin melihat reaksi Eesa. Dilihat Eesa seolah pegun dengan cerita Sakeenah.
"Tapi, perbezaan tak bermakna kelemahan dan keburukan. Kerana bila si angsa membesar. Baru dia sedar yang sebenarnya dia punya banyak kelebihan yang patut dibanggakan. Sedangkan si itik yang sering menghina punya lebih banyak kelemahan dan keburukan." panjang lebar Sakeenah bercerita.
Eesa masih saja pegun seperti tadi. Masih setia mendengar cerita sakeenah yang seolah olah cuba memujinya dengan cara halus, sangat halus. Jiwanya terjentik..
Sakeenah masih lagi ingin menyedarkan si jejaka pujaan hatinya. Dia tidak ingin lagi Eesa terus menerus dengan perasaan insecurity nya.
"Muhammad Eesa, mungkin orang lain yang hina awak selama ni, Mereka belum dapat lihat lagi kelebihan yang ada pada diri awak. Hanya sebab rupa awak yang berbeza, mereka lupa sebab kenapa awak jadi macam ni. Mereka buta dengan hakikat sebenarnya awak yang banyak tolong mereka.."
"Tapi bukan saya. Saya tak buta. Saya nampak kehebatan peribadi awak dari semenjak saya kecil lagi."sebak sakeenah tika terkenangkan memori dia pernah diselamatkan oleh Eesa. Detik dimana dia mulai mengagumi seorang Eesa.
"Awak kena ingat tu, awak punya banyak kelebihan yang buatkan saya mengagumi awak dari dulu sampai sekarang. Sifat prihatin yang suka membantu orang lain.."dia terhenti, satu persatu kebaikan Eesa seolah terlayar didepan mata. Terlalu banyak untuk menyebutkan segala kebaikan yang ada pada diri seorang Eesa.
"Jadi kau cuba nak samakan aku dengan Ugly Duckling?" tanya Eesa sambil tertawa kecil.
"Seriously Poetry Sakeenah? Kau samakan aku dengan kartun angsa? Kau nak pujuk aku atau nak kutuk aku sebenarnya ni?" tawanya masih kedengaran. Sangat indah dipendengaran Sakeenah.
Sakeenah yang dirundung pilu sebentar tadi. Laju sahaja angkat muka bila terdengar tawa kecil dari Eesa. Nampaknya untuk kesekian kalinya dia berjaya memujuk hati sang jejaka dan membuatnya tertawa.
Itu sahaja sudah cukup buat Sakeenah. Serta merta wajahnya berubah ceria seperti kebiasaannya.
"Yup! awak sebenarnya angsa. Awak punya lebih banyak kelebihan dari itik itik tu. Hummpphh!" ujar Sakeenah disertakan dengan aksi dia kembungkan pipi. Seolah diri benar benar merasa jelek dengan para itik bongkak yang diceritakan tadi.
Sudah pastinya aksi Sakeenah itu sangat mencuit hati Eesa. comel! tergeleng geleng kepala Eesa melihat Sakeenah. tawanya masih belum hilang dari tadi.
"Baiklah Poetryku. Aku angsa kau, Apa apa jelah." tutur Eesa bersahaja. Kepala digeleng beberapa kali. Terhibur.
'Ahhh.. this girl is very unbelievable' getus hatinya.
Tidak pula bagi Sakeenah yang sudah rasa seperti ingin menggelupur dengan kata kata Eesa. Bila crush idaman seolah olah ingin mengatakan 'kita kepunyaan dia dan dia kepunyaan kita' . Auchh.
Tersipu sipu gedik Sakeenah sambil memegang pipi yang rasa seperti mula kebas. kakinya yang tergantung dek kerusi batu yang terlalu tinggi mula dihayun hayunkan menandakan diri teruja. Kaki gedik! ihiks.
"Betul tu. Saya Poetry Sakeenah awak dan awak Ugly Duckling saya. Hehe" ujar Sakeenah.
ANDA SEDANG MEMBACA
UGLY DUCKLING
Romance"Budak cacat. Dah hodoh tu, bisu pulak ke?" "Eii hodohnya kau ni. Buat sakit mata aku je." "Kau ni kan, dah sedar rupa tu macam tu.. tak payah la nak tunjuk muka dekat sini lagi." "Masuk bilik kau sekarang! memalukan aku je" Hodoh. Cacat. Monster...
