Hampir tiga minggu berlalu, sejak Bilal dan group nya dikejutkan dengan kedatangan mentor baru dalam penyelidikan mereka kali ini.
Dan selama tiga minggu ini juga lah Bilal dan yang lain sangat sibuk dengan bermacam tugasan, seakan lab IT mereka ini sedang dilanda tornado. Langsung tiada masa untuk mereka berehat walaupun seketika.
Sir Eesa yang merupakan ketua baru untuk unit mereka, tersangat lah straight orangnya. Untuk hari pertamanya bertugas saja, tiada salam perkenalan mahupun mukaddimah permulaan. Mereka terus saja pada tujuan utama mereka.
Aura yang dibawa lelaki itu sangat lain dari yang lain. Dengan hanya renungan tajam dari matanya saja, cukup membuatkan mereka tertunduk memberikan sepenuh tumpuan pada tugas mereka.Menyeramkan.
Tidur. Makan. Masuk lab. Dan bertapa didalam lab.
Dan perkara inilah yang menjadi routine baru bagi mereka yang mengambil aliran Information Technology di Akademi Zoldyck. Untuk sem ini, mereka perlu menyelesaikan kajian tentang teknologi baru supaya boleh diguna pakai oleh orang ramai. Yang pastinya dapat menaikkan dan mengharumkan nama Akademi mereka.
Huhh..
Penat. Runsing. Tertekan. semua ada.
Bukan hanya itu saja.Yang lagi merunsingkan Bilal adalah perihal kembar jadiannya, Sakeenah. Entah angin apa yang disedutnya dan entah mambang apa yang menyampuknya, Sakeenah kelihatan sangat sugul semenjak dari tiga minggu yang lepas. Bila ditanya mengapa.. dia hanya menggeleng dan berlagak seolah tiada apa apa.
Kalau lah betul tiada apa apa, Bilal sendiri akan lega mendengarnya. Masalahnya sekarang,mulut Sakeenah katakan tiada apa apa sedangkan mukanya memaparkan riak seakan langit jatuh menghempapnya.
Urghhh.. disaster.
Dan dengan keadaan Bilal yang sedia runsing dan tertekan dengan projek unit mereka ini ditambah pula dengan hatinya yang sentiasa rawan melihatkan keadaan kawan baiknya itu.. yang membuatkan Bilal nekad untuk berkorban buat Sakeenah sekali lagi.
Ya. Bilal yang sedari tadi masih fokus menghadap layar komputernya, ditengah lab yang sunyi ini. Adalah kerana sekali lagi Bilal cuba mengulangi kerja haromnya. Iaitu meng 'hacking' profil Isaki T.A.
Gila. Memang kerja gila.
Tapi apakan daya, demi melihat Senyuman Sakeenah berputik semula menceriakan hari harinya.Lelaki jambu itu sanggup menggadaikan apa saja. Oh Bilal.. sungguh murni niatmu.
Terlalu fokus dengan kerja harom yang dilakukannya, membuatkan Bilal jadi lupa perkara lain. Sedang orang lain sudah keluar untuk mencari makanan bagi mengalas perut, Bilal masih lagi menghadap komputernya.
Suasana ruang lab yang kosong dan sunyi hanya ditemani bunyi ketikan keyboard dari komputer Bilal. Sesekali dahinya berkerut tika cuba menganalisis tiap huruf huruf didepannya. Kaca mata yang melurut dibetulkan beberapa kali supaya terletak elok diatas hidung mancungnya.
Bilal apabila sudah terlalu fokus, mata dah tak toleh kiri kanan, atas bawah dah. Yang dia nampak apa yang didepan matanya saja.
"Hurmm.. hacking huh?"
Tanya satu suara garau dari arah belakang telinganya.
Bilal hanya balas dengan anggukan ringkas. Malas mahu jawab lebih lebih. Kerjanya untuk meng 'hack' si Isaki ini masih jauh lagi. Fuhh. Fokus Bilal! terus fokus!
Dengan suasan lab yang agak suram, sedikitpun tidak mampu mengganggu perhatian Bilal. Malah membuatkan Bilal makin tak ingat dunia.
"Kurang tepat sikit disitu, Email dia TheIsakiGS@gmail.com." tegur suara garau tadi, sekali lagi. Nada suaranya sangat bersahaja.

ANDA SEDANG MEMBACA
UGLY DUCKLING
Romance"Budak cacat. Dah hodoh tu, bisu pulak ke?" "Eii hodohnya kau ni. Buat sakit mata aku je." "Kau ni kan, dah sedar rupa tu macam tu.. tak payah la nak tunjuk muka dekat sini lagi." "Masuk bilik kau sekarang! memalukan aku je" Hodoh. Cacat. Monster...