Bab 17 : Boiled Egg

1.4K 229 125
                                        

Alexandria International Royal Academy.


Matahari membahang suasana. Kepulan awan putih yang berarak dengan kadar yang bisa menjemput bayu angin di tengah hari dan seolah mangajak pohon pohon redang supaya turut sama berdansa dengan music latar deruan bayu dingin.

Bangunan gergasi yang berunsur kaca itu tersergam megah. Indah berkilau dek terkena pancaran cahaya matahari terik.

Bahang yang bersatu dengan bayu lembut itu menyenangkan lagi suasana buat para penuntut di Akademi ini. Sesi masa pertama untuk pagi ini sudah selesai. Orang ramai sibuk bertukar arah menuju destinasi masing masing untuk melepas lelah setelah berjam lamanya menadah ilmu.

Ramai yang kelihatan sudah lesu dan kepenatan. Tapi masih juga memaksa diri untuk melangkah laju kerana terlalu terkejarkan masa.

Tangga utama yang menempatkan beribu anak tangga dengan belitan arah yang berbeza ini juga menjadi tempat utama tarikan para penuntut Akademi merehatkan diri. Kafe mewah didalam bangunan mewah itu tidak lagi menjadi kesukaan mereka.

Diluar ini lebih nyaman dan lebih seronok untuk menghabiskan masa dengan mencuci mata, melihat setiap keletah manusia yang bermacam ragam.

Termasuklah drama swasta.

Seperti..

"Bie! tunggu lah. Penat la asyik main kejar kejar dari tadi." Suara halus Sakeenah terjerit jerit dari belakang.

Nafasnya sudah termengah mengah dek cuba mengejar tempo kelajuan langkah kaki panjang si jejaka berkaca mata. Tapi masih juga diabaikan. Anak tangga yang didaki makin menyiksa ruang pernafasan Sakeenah.

Sungguhlah dia rasa seperti hendak sumpah lelaki bermata empat itu menjadi lembu! Cukup raya haji nanti, boleh suruh Aki nya dikampung untuk sembelih buat korban tahunan! Muahahaha.

"BIE!!" laung Sakeenah kuat.

Pelajar lain yang menjadi saksi adegan drama ditengah tangga itu, mula memberikan reaksi penuh minat.

Gila tak minat,Poetry Sakeenah kot. Antara pelajar idaman paling popular di Akademi.

Dalam Akademi Alexander. Terdapat empat kategori penuntut. Dan bukan calang calang orang yang boleh memasuki Akademi ini.

Kerana tujuan asal Akademi ini ditubuhkan bukan hanya untuk meluluskan sekumpulan besar pelajar graduasi. Tapi tujuan utama adalah untuk melahirkan golongan pakar dan penyelidik. Golongan yang akan menjadi pemicu perkara baru di masa akan datang.

Kerana itu jugalah, kelepasan untuk kemasukan pelajar ke dalam Akademi ini sangatlah tinggi standardnya..

Dari situ lah tercipta nya empat states standard Akademi.

Pertama- Golongan yang gifted dan juga berasal dari kelurga ternama. 

Kedua- Golongan gifted tapi dari keluarga Elit. Keluarga kaya tanpa nama yang gah.

Ketiga- Orang biasa yang memiliki IQ yang cukup tinggi yang membolehkan mereka mendapat full sponsor dari pihak atasan. Bilal antara kategori ini.

Keempat- Orang yang biasa biasa tapi dari keluarga Elit yang kaya raya. Yang sanggup untuk menanggung segala kos anak mereka.

Sedang dalam hal Poetry pula,

Kepesatan dan kebijaksanaannya sangat memberangsangkan. 

Cara Sakeenah membawa diri. Gadis manis itu sangat lain dari yang lain. Dari segi pergaulan, pertuturan. Dan dari segi pemakaiannya juga. Sakeenah tidak mudah terikut-ikut, dia adalah dirinya.

UGLY DUCKLINGTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang