Bab 22 : Puteri Poetry

1.3K 230 143
                                    

"Jadi, kamu nak bawa cucu aku bercuti kesana lah ni?" wan bersuara dengan riak tegas diwajahnya.

Wan selalu kelihatan seperti askar wataniyyah. Garang dan tegas saja memanjang.

Sama seperti aki. Tahulah aki bekas tentera yang sudah pencen. Itu boleh lah diterima, tapi wan? hurmm..

"Ya mak. Lyn dan Emmett bawa Poetry dengan diaorang dulu. Nanti Hawa dan Zam menyusul kemudian." Zamanee menjawab bagi pihak adik iparnya, Evelyn dan suaminya Muhamed atau lebih mesra dipanggil Emmett.

Poetry Sakeenah yang manja melentokkan kepalanya dibahu wan Widuri, dia adalah topik utama perbincangan mereka.

Sakeenah baru saja pulang kerana cuti semesternya bermula sejak dua hari lepas. Sengaja mereka singgah ke kampung sebentar, untuk berpamitan dengan wan Widuri dan Aki nya Megat Awang kesayangan Poetry.

Tepukan gemuruh buat Poetry Sakeenah yang manis lagi ayu, kerana dimana jua dia berada. Dia akan menjadi rebutan dan kesayangan orang orang disekelilingnya.

Puan Widuri dan Tuan Megat Awang memang sudah sebulat suara mengiktirafkan Poetry Sakeenah sebagai cucu gadis kesayangan mereka.

Jadi, apa apa saja keputusan yang melibatkan Sakeenah. Haruslah mendapat persetujuan dari orang tua Megat Zamanee terlebih dahulu.

"Oh.. Poetry kesana nanti dengan Cik Lyn dan Uncle Emmett lah kiranya? Ibu dan Ayah? gerak bila pula?" tanya Sakeenah yang sedari tadi hanya terdiam mendengarkan mereka membincangkan perihal dirinya.

"Tiga hari saja tau aku lepas cucu aku pergi kesana. Lepastu, bawa pulang cucu kesayangan aku kesini balik." Aki Awang pula bersuara memberi arahan.

"Baik mak, abah. Dah siap majlis tu. Kami terus balik kesini, lagipun cuti Zam tak panjang." ujar Zamanee. Tangannya menggeggam erat tangan isterinya disebelah. Pasti saja Hawa masih sebak dengan keberangkatan mereka kali ini.

"Ingat Zam. Cukuplah dulu maruah aku sebagai ketua keluarga Megat tercalar. Aku tak nak lagi kehilangan cucu aku." dalam tegas ada sayu pada nada suara Aki Megat Awang.

"Zam janji Abah. Zam janji." suara Zamanee cuba meyakinkan kedua orang tuanya.

Poetry Sakeenah yang duduk ditengah antara wan dan akinya, memeluk erat tubuh keduanya.

"Muah.Muah. Muah. Muah. Muah." bertalu talu Sakeenah menghadiahkan ciuman dipipi tua wan dan akinya.

Terlepas juga tawa bahagia wan Widuri dan aki Megat Awang. Suasana yang tegang tadi, beransur kendur. Hanya gelagat Poetry Sakeenah dan tawa dari suara tua itu yang memenuhi atmosfera diruang tamu.

Hawa, Zamanee, Evelyn dan Emmett juga turut tersenyum lebar menyaksikan gelagat manis diantara si cucu bersama nenek dan datuknya.

Poetry Sakeenah tidak pernah gagal mencuit hati hati mereka supaya makin terpaut dengan kemanisannya. Mereka disekelilingnya juga tidak pernah jemu melayan teletah manja si Puteri kesayangan.

"Terima kasih mak, abah. Terima kasih sangat." bersungguh Hawa mengucapkan kata kata itu.

Wan Widuri dan Aki Megat Awang berpandangan sesama mereka, sebelum akhirnya tersenyum pada menantu yang sempat menjadi mangsa kebencian mereka suatu masa dahulu.

"Tak apa Hawa. Mak dan Abah cuma harap sejarah lama tak berulang. Mak tak sanggup nak hilang cucu sekali lagi." sebak suara wan Widuri kedengaran.

"Tak payah risau lebih lebih la Widuri, tahu la Lyn dan Mat tu nak menjaga cucu kita kat sana nanti."

Ambik nah.. Emmett jadi Mat dapat ke aki. Sakeenah yang mendengar panggilan kampung dari aki itu  berusaha sedaya upaya menahan tawa dari terlepas. Sangatlah tidak sesuai untuk terbahak disaat pertemuan keluarga yang tegang dan penuh emosi ini Poetry. Pffttt

UGLY DUCKLINGWhere stories live. Discover now