Bab 16: T.A

1.3K 259 68
                                        



Pergerakan lincah dua orang jejaka yang saling menghayun pedang katana itu, Eesa perhati dengan penuh minat walaupun hanya riak datar yang dipamerkan.

Teh hijau hasil bancuhan penuh tradisi oleh butler khas milik keluarga katana, Eesa hirup perlahan. Mata terpejam menghayati suasana tenang ini.

Udara yang segar, kawasan kediaman yang nyaman dengan musik latar aliran air dari sungai kecil buatan yang mengalir jernih dihiasi batu batu kecil didalamnya. Kediaman keluarga katana yang berunsurkan kayu dengan 100% rekaan tradisional jepun. Dilengkapi dengan halaman yang luas, tempat mereka berlatih pedang katana. Sungguh makin membuatkan Eesa leka terbuai dengan keindahan ini.

Sebelum momen indahnya itu dirosakkan dengan suara sumbang Asahi dan Yasha yang sudah termengah mengah dengan pedang yang masih kemas dalam genggaman tangan masing masing.

"Abang! mana adil guna trick macam tu! Matilah Yasha macam ni!" pekikan si adik melepas geram pada abangnya.

Asahi sudah mula menoleh kekiri dan kekanan. Mata dijegilkan memandang adiknya. Tanda amaran.

"Baka yoru?! gila ke apa cakap dalam bahasa melayu?! kalau ojii-sama dengar. Mati kau." marah Asahi dengan suara tertahan.

Sudahlah Yasha terpekik kuat tadi. Cari maut betul.

Adiknya, Yasha masih dengan riak tidak puas hatinya. Kecil besar kecil besar saja dia pandang abangnya ini. Kejap nampak macam gajah, kejap nampak macam tikus. Geram.

Dasar.. cheater!

"Ehh biarlah. Biar Ojii-sama dengar. Biar dia tengok perangai hantu ketua pewaris Keluarga Katana yang dia bangga banggakan sangat ni. Huhh. Cheater!"

Yasha melangkah menghampiri Eesa-niisama. Malas mahu hadap muka tikus abangnya.

"Masalahnya kalau Ojii-sama dengar. Dia bukan saja mautkan Abang, dengan engkau sekali maut ditangan dia nanti. Cakaplah lagi bahasa asing dalam rumah ni." Asahi mengikut jejak langkah adiknya, mendekati kerusi kayu yang diduduki Eesa.

Eesa yang masih dengan lagak cool nya mula membuka suara.

"Nasib baik aku seorang je tak cakap melayu." tuturnya sinis. Bibir cawan yang berisi teh hijau, didekatkan kearah bibirnya.

Asahi dan Yasha pula sudah memberikan pandangan jengkel kearah Eesa. Dia tak sedar tu, yang dia juga sedang bertutur dalam bahasa melayu.

Eesa yang kehairanan melihat pandangan jijik yang dilontarkan oleh dua adik beradik itu padanya, langsung saja mengangkat kening sebelah.

"Apa?" soalnya terpinga.

Sungguhlah Eesa kelihatan sangat bengap tika ini.

"Abang Is.. Telefon Abang bercahaya tu. Ada panggilan masuk." tegur Yasha yang terperasankan telefon Eesa diatas meja kayu itu.

Mungkin saja Eesa tidak perasan kerana telefonnya masih lagi dalam silent mode.

'Heal me T.A'

Jarinya menyeret butang hijau, mengangkat panggilan. Atau lebih tepatnya.. Video Call.

Yukata kelabu yang membalut tubuhnya Eesa kemaskan selintas cuma. Ada orang mahu bervideo call. Haruslah jaga imej.

Ehem.

"Assalamualaikum! Saudara. Apa khabar disana? Wah wah. Bercuti dijepun, tak ajak!" Hilmi menyapa dengan nada berjenaka.

Dari mana dia tahu Eesa sedang berada dijepun? lihat saja pemakaian nya sekarang. Dengan Yukata yang kemas tersarung.

UGLY DUCKLINGTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang