Poetry Sakeenah termenung seorang diri diatas tangga rumah atuk dan neneknya ini. Menunggu ayahnya pulang dari surau. Matanya tunak memandang kearah jalan disebalik pagar besi itu.
Ingatannya kembali pada saat Eesa menghantarnya pulang.Entah mengapa Sakeenah rasa sangat selamat berada disisi Eesa. Rasa seakan diri bakal dilindungi. Sama seperti Zamanee yang sentiasa melindungi dirinya.
Sakeenah mahu bertemu dengan Eesa lagi.Masih terlalu banyak perkara yang ingin Sakeenah lakukan bersama hero pujaannya itu.
Sakeenah mahu mengajak Eesa bermain masak masak bersamanya.
Sakeenah masak, Eesa makan. Auchh.
Sakeenah mahu bermain buai dengan Eesa dibawah pokok mangga atuknya.
Sakeenah duduk, dan Eesa yang menolak membuainya dari belakang. Ahhhh.. indahnya.
Sakeenah mahu menjadikan Eesa model untuk dia menghias kepala Eesa dengan bunga bunga milik neneknya.
"Ingat pesan ibu! jangan usik pokok bunga Wan!"
Tiba tiba terngiang suara amaran ibunya. 'Oppss. Okay, Poetry tak usik dah pokok bunga Wan.'
Dan banyak lagi lah perkara yang ingin Sakeenah lakukan bersama sama Eesa. Tapi hingga saat ini Sakeenah masih tidak berpeluang bertemu dengan Eesa kembali.
"Eesa tak nak jumpa Poetry dah ke?" Sakeenah sedih. Muka makin cemberut.
"Takkanlah Eesa tak rindu Poetry?" keluhan kecilnya terlepas juga.
Rindu.
Ilmu baru yang Sakeenah tahu mengenai rindu adalah ketika Cik Lyn nya semalam,hendak bertolak pulang ke kolejnya.
"Cik Lyn mesti rindu dekat Poetry nanti." erat Evelyn memeluk tubuh Sakeenah.
"Apa tu rindu Cik Lyn?" Sakeenah terasa badannya hampir lemas didalam dakapan ibu saudaranya ini.
Evelyn cepat cepat melepaskan pelukannya. Kedua belah pipi Sakeenah ditekup hingga membuatkan mulut Sakeenah muncung kehadapan.
"Rindu tu.. Hurmmm.. bila Poetry dah sayangkan seseorang,lepas tu Poetry tak boleh tengok muka dia selalu. Lepastu Poetry rasa setiap saat nak jumpa dia. Sampaikan rasa macam nak nangis nak jumpa dia."
'Hah.. betul dah apa aku cakap ni rasaanya.' Evelyn agak kurang yakin dengan jawaban yang diberi pada anak buahnya. Biarlah..
"Oo.. jadi nanti mesti Poetry pun akan rindu dekat Cik Lyn kan? Poetry kan sayang Cik Lyn,lepastu Poetry nak selalu jumpa Cik Lyn.Kan?"
Sakeenah memandang tepat kedalam anak mata Evelyn. Mata bundarnya bersinar mengharapkan kepastian bahawa dia juga akan merasai sesuatu yang dipanggil 'rindu' itu.
Evelyn terkedu. Sebelum..
"AARGGHHH ! Kak Eve makan apa masa mengandungkan budak kecil ni?! Oh my god. You are so sweet my Poetry! Sini sini peluk Cik Lyn lagi."
Riuh terdengar jeritan nyaring Evelyn. Tubuh kecil Sakeenah kembali tenggelam dalam pelukan eratnya. Seakan tak mahu dilepas.
Cuteness overload.
"Sudah sudah lah tu Lyn. Penyet karang puteri kesayangan Abang Zam tu.Macam tak bernafas dah abang tengok." suara risau Zamanee menegur adik iparnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
UGLY DUCKLING
Romance"Budak cacat. Dah hodoh tu, bisu pulak ke?" "Eii hodohnya kau ni. Buat sakit mata aku je." "Kau ni kan, dah sedar rupa tu macam tu.. tak payah la nak tunjuk muka dekat sini lagi." "Masuk bilik kau sekarang! memalukan aku je" Hodoh. Cacat. Monster...