Bab 20 : Lima tahun.

1.6K 224 107
                                        

Bagi laluan semua.. Angsa nak melintas jalan.




Pap.

"Aduh!"

Eesa menjeling sekilas kelibat makhluk yang 'menampar' manja bahunya. Sudahlah bahu Eesa memang sedia lenguh kerana berjam lamanya menghadap kertas kerja yang menggunung dihadapannya. Dapat pula tamparan mengejut dari Hilmi, tegang habis seluruh urat sarafnya. Nasib tak kejang, sabarkan sajalah.

Hilmi meletakkan dua buah cawan yang masih berasap nipis, satu cawan berisi kopi buat Eesa dan cawan satu lagi berisi air barli hangat untuk dirinya sendiri.

Dengan sengihan suci tanpa dosa, Hilmi mengambil tempat diatas sofa berhadapan dengan Eesa. Mahu menyambung kerjanya yang tergendala tadi.

File yang berselerak Hilmi susun kembali. Kertas kertas kerja hasil penyelidikannya, Hilmi masukkan kedalam file mengikut kesesuaian jenisnya. Sesekali dahinya berkerut bila teringat akan deadline untuk final project nya ini. Sem kali ini hampir berakhir, ini tandanya projek bagi setiap unit aliran masing masing juga perlu mencapai penghujungnya dengan segera.

Setiap dari mereka, iaitu para penuntut akademi perlu mempersembahkan hasil selidikan masing masing sebelum mereka bebas menikmati cuti sem.Begitu juga buat para 'professor' yang menjadi pemantau dalam setiap penyelidikan. Sudah menjadi adat utama di Akademi diraja Zoldyck itu.

Mengingatkan pada unit dibawah pemantauan Hilmi sendiri, tidak semena mena muncul satu biasan wajah dikotak ingatannya. Raut salah seorang dari anak muridnya hinggap menjengah lamunan panjangnya.

Lamunan yang tadinya dipenuhi dengan projek penyelidikan yang belum selesai, kini beralih arah kepada..

Poetry Sakeenah.

"Kau ada tak terjumpa dia selama tiga minggu ni?" Hilmi mencuri pandang kearah Eesa. Mencari jika ada perubahan riak pada wajah si jejaka, sebaik mendengar pertanyaannya.

"Hurmm."

Namun hampa bila pertanyaan Hilmi yang disangka akan menggoyahkan wajah datar Eesa, langsung tidak dilayan. Hanya gumaman ringkas menjadi balasan. Mata Eesa juga masih tidak dikalih kearah lain. Masih lagi tertumpu dengan kerjanya.

"Sangatlah tidak beradab bagi seorang jejaka melayu yang terkenal dengan baik budi pekertinya. Sopan bicaranya,halus pada pertuturannya dan santun akhlaknya.. untuk membiarkan pertanyaan seseorang berlalu begitu saja tanpa memberi sepenuh perhatian dan tumpuan.."

"Lebih lebih lagi.. pertanyaan yang sangat menuntut pada jawaban." Sambil bertutur,wajah Hilmi didongakkan keatas merenung kipas syiling. Tangan diawang awangkan mengikut tutur bicaranya dengan lagak seperti seorang pujangga teragung.

Eesa menurunkan kertas yang sedari tadi menutup wajahnya. Sindiran dari Hilmi sedikit sebanyak mula menghilangkan tumpuannya pada segala jenis kerja yang menimbun.

Apa?

Sejak bilakah si profesor saintis ini mula beralih bidang menjadi sasterawan? atau lebih tepatnya.. untuk kes Hilmi ini, Sastera sawan..

Huh.

Berat keluhan yang Eesa hempas kali ini. Kertas ditangannya, dia letak pada tempat asalnya, cawan berisi kopi yang dihidang oleh Hilmi tadi, Eesa cicip perlahan. Mata terkatup rapat menikmati sensasi kopi hangat. Tenang. Terasa hilang semua lenguh dibadannya.

"Ada. Masa first day yang aku hantar barang untuk sample kau tu." Dengan nada malas Eesa bersuara.

Cawan kopi diletakkan semula diatas meja.Badan dibawa bersandar pada sofa, dengan kedua belah tangannya menampung belakang kepalanya. Cuba mencari keselesaan. Kipas syiling yang berputar laju, Eesa tenung.

UGLY DUCKLINGTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang