Bab 1: Angsa

3.1K 336 126
                                    

"Huwaarghhh!!" jeritan si gadis kecil bergema di seluruh pelusuk rumah kayu dua tingkat itu.

"Hahahaha!" semakin galak pula tawa Evelyn melihat reaksi takut anak buahnya yang dia rasakan sangat berlebihan.

Sakeenah menjeling tajam ibu saudaranya yang masih lagi mentertawakan dirinya.Saat ini dia rasa sangat dikhianati.

Tak lama kemudian kelibat ibunya muncul dari arah pintu ruangan dapur. Terkejut dek jeritan anak gadis kecilnya.Hawa bergegas meninggalkan cucur udang yang masih digoreng di atas dapur.

Risau sesuatu tak diingini berlaku pada puteri kesayangannya.

Tapi bila melihat pada keadaan adiknya yang yang masih terguling guling sakan mentertawakan Sakeenah, perasaan risaunya tadi sudah bertukar menjadi geram. Laju saja kaki mendekati mereka berdua.

"Apa bising sangat sampai bergegar seisi rumah kayu ni?!" itu dia.. bila aura mak mak kampung sejati sudah keluar. Hawa memulakan muqaddimah untuk leteran panjangnya. Evelyn telan air liur.

Gulp.

'Alamak..Apa aku nak goreng dekat kakak ni?' soal Evelyn dalam hati. Belum pun sempat dia ingin membuka suara. Terdengar suara rengekan kecil dari anak buahnya.

"Ibu tengoklah Cik Lyn ni... dia tunjuk gambar jin hodoh tu dekat Poetry.." Adu Poetry Sakeenah pada ibunya.

Hawa kerut dahi.Mata tepat memandang adiknya.Kening dijongket keatas dengan isyarat 'explain now'.

Tekulat kulat Evelyn ingin menjawab. "Err.. mana ada kak. Lyn bukan tunjuk gambar jin dekat Poetry. Ni hah.. Anak akak ni gian sangat tengok cerita fairytale entah apa apa tu. Lyn tunjuk la cerita Beauty And The Beast ni dekat dia. Lepastu dia menjerit sekuat hati. Siap baca doa halau jin dan syaiton lagi." Bersemangat Evelyn membela diri.

"Beauty And The Beast?" Tanya Hawa kehairanan. Tapi tika dia terpandangkan screen laptop Evelyn dan riak ketakutan anaknya. Barulah dia faham situasi yang terjadi.

"Lahh.. Yang Lyn pergi tunjuk kartun berbulu tu dekat Poetry kenapa?" Hawa mula mendekati anaknya.

Evelyn pula terkebil kebil tidak faham. Yang dia tahu dia rasa sangat terhibur melihat reaksi over anak buahnya tadi. Sungguh tak faham.

"Si Poetry ni sejak Abang Zamanee Lyn tu beria belikan dia buku bacaan do'a kanak kanak yang siap ada gambar sekali tu. Hah.. dia dah mula fobia dengan makhluk berbulu berbadan manusia ni. Ada ke patut di letaknya gambar jin betul betul pada tempat 'Doa berlindung dari jin dan syaitan'. Mana tak terperanjat budak kecil ni" Hawa mula menerangkan satu persatu pada Evelyn.

Mengenai sejarah kisah hitam Sakeenah dan buku doa yang dihadiahkan oleh Ayahnya.

Evelyn jeda seketika, sebelum kepalanya mula terangguk angguk faham.

Laa.. begitu kisahnya. Tak tahu hendak ketawa atau bersimpati dengan kisah tragis Sakeenah.

"Beast tu hodoh! mesti dia jahat! sama macam jin! muka diaorang pun sama! hodoh! Takut!!" Benci sungguh Sakeenah dengan rupa hodoh kartun itu. Alahai..

Mata dialihkan kepada anak buahnya. Muka masih tercebik cebik seperti tadi. Takut bebenor awak ye.. Tak apa. Biar Cik Lyn sekolahkan awak.

"Tapi kan Poetry.. Tak baik tau kita nilai sesuatu dari segi rupa luaran saja." Tutur Evelyn perlahan.

"Beast tu, sebenarnya baik tau. Dia yang jaga puteri cantik tu."

Evelyn cuba menasihati Sakeenah dengan cara memujuk. Tak mahu Sakeenah terus terusan menjadi judgemental terhadap rupa luaran seseorang.

UGLY DUCKLINGWhere stories live. Discover now