Petang itu, setelah menunaikan solat asar bersama ibunya.Sakeenah kembali berkawal didepan pagar rumah nenek dan atuknya ini.
Sekejap sekejap kepalanya menjengah kearah jalan. Masih mengharap akan ada kelibat Eesa bakal melalui jalan itu.
Sudah tiga hari dia tidak bertemu dengan Eesa. Padahal Sakeenah sudah tekad bahawa dia tidak akan sesekali melepaskan Eesa. Kerana Eesa adalah hero pertama Poetry Sakeenah.
Tapi itulah.. terlepas juga keluhan kecil Sakeenah.
'Ayah macam tak restu je.' Jiwa Sakeenah kecil mula berdrama. Dia rasakan bahawa ayahnya seperti tidak merestui rasa minatnya pada Eesa, heronya.
Ayah tak benarkan dia merayau dijalanan kampung. Sudah berapa kali percubaan Sakeenah menghendap keluar menuju jalan kampung, ditemui oleh ayahnya.
Dan sudah semestinya Zamanee akan melarang keras hasrat Sakeenah itu.
Jadi selama tiga hari yang telah berlalu ini. Sakeenah hanya setia menjadi penunggu didepan pagar besar ini.
Sesekali dia melabuhkan duduknya dibuai yang tergantung dibawah pokok berdekatan pagar itu.
Mata masih tertancap pada jalan. Diam sahaja. Seolah Sakeenah sedang memikirkan sesuatu yang sangat berat.
Tidak semena mena Sakeenah bangun dari bermalasan dibuaian itu, dia terus nekad menuju kearah jalan.
Baru sahaja kaki kecilnya ingin melangkah keluar dari melepasi pagar, Sakeenah ternampak motosikal ayahnya dijalan.
"Oh tidak.. ayah dah balik dari surau."
Berdesup Sakeenah kembali duduk diatas buai sambil bernyanyi kecil. Pura pura tidak melihat kelibat ayahnya.
Zamanee yang ketika itu sudah selamat sampai diperkarangan rumah mak dan abahnya,hanya tersengih lucu melihat tingkah laku puterinya.
Pura pura innocent ya? ingat Zamanee tak nampak dia berdesup lari macam lipas kudung tadi.
'Allah Poetry ayah ni.. kenapa naughty sangat ni? hurm?' tersenyum saja seorang ayah.Hatinya tercuit.
Semakin Zamanee menghampiri buai itu, semakin jelas kedengaran suara halus Sakeenah bernyanyi riang. Masih dalam mood 'pura pura tak nampak ayah'.
" I got a ponytail.. i got a ponytail.. i got a po po po po po po po ponytail !"
Semangat Sakeenah menyanyikan lagu tiga ekor penguin yang ber 'ponytail' itu. Dengan kepalanya sekali bergerak seperti tarian dalam lagu kegemarannya itu.
Dan ketika hujung mata Sakeenah terlihat figura Zamanee yang makin mendekat. 'Okay.. action !'
"Ehhhh Ayah kesayangan Poetry lah." kepala dipusing menghadap ayahnya.
"Ehh.. ehh.. bila ayah balik dari surau? Poetry tak nampak pun." masih lagi mahu berpura pura tu. Biasa dia ni.
Riak muka Zamanee sengaja diketatkan, senyuman sedaya upaya cuba ditahan. Biar kelihatan garang. Auchh.
Sakeenah resah melihat riak muka ayahnya. Perlu cari idea lain. Ya, fikir Sakeenah. Fikir!
AHA !
Sakeenah bergerak merapati tubuh lampai ayahnya,pantas pinggang ayahnya dipeluk erat. Muka ditekupkan di peha ayahnya. Setakat itu saja dia sampai, Sakeenah pendek.
Akhirnya terlepas juga senyuman yang tertahan dibibir Zamanee.
'Hailah.. macam manalah ayah nak marah Poetry ni, manja mengalahkan ibunya.'

ANDA SEDANG MEMBACA
UGLY DUCKLING
Romance"Budak cacat. Dah hodoh tu, bisu pulak ke?" "Eii hodohnya kau ni. Buat sakit mata aku je." "Kau ni kan, dah sedar rupa tu macam tu.. tak payah la nak tunjuk muka dekat sini lagi." "Masuk bilik kau sekarang! memalukan aku je" Hodoh. Cacat. Monster...