Bab 9 : Sekali Lagi

1.2K 229 27
                                    

"Tok.. Eesa dah siap berus bahagian lumut kat sini."

Eesa bangun dari duduk mencangkungnya, apabila dia rasakan lumut dibahagian tempat Wudhu' ini sudah bersih.

Tangan yang dipenuhi buih sabun, Eesa basuh dengan pancuran air paip.

"Waaahh.. bersihnya Eesa buat kerja. Tok Siak pun tak boleh berus sebersih tu." puji Tok Siak yang masih tekun membersihkan tandas surau.

Eesa sudah tersipu sipu bila dipuji begitu. Hilang rasa lenguh ditangan dan seluruh badannya. Rasa semua kerjanya sangat dihargai.

"Sudah la tu Eesa.. pergi main dengan budak budak lain kat luar sana. Dari pagi tadi lagi kamu duk sibuk tolong Tok kat sini."

Eesa diam.

Mata memandang kearah kanak kanak dilaman surau yang sedang bergelak ketawa. Hurmmm.

"Tak nak Tok. Nanti diaorang lari sebab takutkan Eesa." perlahan saja suara Eesa menutur.

Dia lebih seronok duduk bersama Tok Siak.Kerana dengan berada disamping Tok Siak,dia rasa kehadirannya sangat dihargai.

Tak perlu berada disamping keramaian orang.

Tak perlu menjadi tumpuan orang.

Hanya dengan berada disamping seseorang yang tahu menghargai kehadiran kita.

Sudah cukup menjadi sandaran bahagia,buat diri yang sering dilupa.

Itu sahaja sudah memadai buat Eesa.

Untuk setakat ini, Eesa hanya dapat rasakan kehadirannya dihargai oleh..

Tok Siak.

Dan mungkin juga..

Oleh si puteri jadiannya.

Dari pagi hingga kepetang Eesa membantu Tok Siak membersihkan kawasan surau.

Rumahnya ramai orang. Saudara mara ibu tirinya datang bertandang. Tidak mahu menjadi bahan kejian dan makian mereka,Eesa membawa diri ke surau.

Dapat juga sedikit ketenangan berada disini, barusan tadi juga Tok Siak ada mengajarkannya cara mengambil wudhu' dengan betul.

Eesa sayang Tok Siak.

Langkah berhati hati Eesa bawa kearah kaki lima surau. Lantai licin. Takut pula jika dia bakal jatuh tersembam.

Kaki lima surau ini kelihatan sangat kotor dengan pasir dan dedaun yang gugur. Tok Siak masih ralit dengan kerjanya memberus tandas surau.

'Kasihan Tok Siak.. biar Eesa lah sapu dekat sini.'

Eesa mengambil penyapu yang diletakkan ditepi tempat wudhu'. Baru saja tangannya ingin menyapu kaki lima itu..

PRAKK.

Batang penyapu yang telah reput itu patah,terpisah dari kepala penyapu.

"Kenapa tu Eesa?".

Suara Tok Siak menegur, kepala lelaki berumur itu terjengul keluar bilik air.

Eesa kaku. Takut diri akan dimarahi oleh Tok Siak kesayangannya.

"Errr.. penyapu patah Tok. Eesa baru nak sapu." kepala menunduk. Suaranya jelas takut dan risau.

Tok Siak menggeleng kepala perlahan. Bibir tersenyum sayu memandang kanak kanak kecil yang baginya, sangatlah senang karenahnya untuk dijaga.

"Apa pulak yang Eesa menungkan dekat lantai tu? pergi ambil penyapu lain dekat stor tepi pagar surau sana. Penyapu yang tu dah lama. Dah reput dah pun."

UGLY DUCKLINGWhere stories live. Discover now