Bab 3 :Tok Imam

1.5K 272 35
                                        

Tiga hari telah berlalu sejak kejadian Sakeenah diselamatkan heronya. Dan hingga ke hari ini Zamanee masih lagi tertanya tanya perihal kanak kanak lelaki yang bernama Eesa itu. Masakan tidak. Hampir setiap hari puteri kesayangannya berulang kali bercerita tentang budak lelaki itu. Cerita yang sama. Easa ini, Eesa itu.. lagak seperti sudah lama benar mengenali budak Eesa itu. Itu belum kira dengan percubaan Sakeenah curi curi keluar dari rumah, hendak mencari angsa katanya. Mana tahu boleh terjumpa Eesa lagi. Bila Zamanee melarang keras, Sakeenah menurut dan hanya berdiri didepan pagar rumah mereka. Menunggu kalau kalau sang hero akan datang.

Mengingatkan itu, terlepas juga keluhan berat dari bibir Zamanee. Runsing memikirkan keletah anak gadisnya. Ini dia masih kecil lagi, dah besar nanti bagaimana lah agaknya. Setahu Zamanee, Poetry Sakeenah sangat susah untuk berkawan dengan orang luar. Lebih lebih lagi lelaki. Ini kerana Zamanee yang mengajarkan anaknya semenjak dari kecil agar tidak terlalu rapat dengan lelaki. Ingin dijaga sebaik mungkin anak gadisnya itu.

Sakeenah juga sebelum ini tidak pernah menunjukkan tanda tertarik untuk berkawan dengan lelaki, sekalipun sepupu sepupunya sendiri. Dia lebih suka berlagak seperti anak dara pingitan matang jika bertemu dengan kanak kanak berlainan jantina dengannya. Hailah anak ayah..

Tapi tidak kali ini. Sakeenah seakan begitu tertarik dengan budak bernama Eesa ini.Zamanee runsing. Pandangan dibuang jauh kehalaman surau. Badannya dibawa bersandar pada dinding agar lebih selesa. Mata terpejam seketika.

"Jeneral Zamanee kita masih belum pulang?" terdengar satu suara menegurnya. Zamanee angkat wajah mencari gerangan yang menegur. Terbias senyuman diwajah Zamanee apabila lelaki tua itu sudah mengambil tempat, duduk bersila dihadapan Zamanee.

"Belum tok imam, apa pula panggil Zam jeneral. Tok imam bukan orang bawahan Zam pun."balas Zamanee dengan tawa perlahan. Tahu yang tok imam hanya ingin berjenaka mesra dengannya.

"Haih.. tok tak sangka betul. Budak lelaki yang selalu bantu tok siak berus lumut dekat tandas surau ni dulu, dah besar. Dah dapat pangkat jeneral dah pun."

Zamanee hanya tersenyum. Dia pandang tok imam yang seakan sedang merenung sosok lain yang jauh dari mereka.

"Bila tok tengok budak tu, tok teringat dekat kamu masa kecil kecil dulu. Perangai sama. Pendiam. Suka tolong orang. Cuma bezanya dengan kamu Zam, orang ramai suka kamu. Budak tu pula macam kena sisih je. Tak ada siapa sudi nak dekat dengan dia. Tok siak jelah yang rapat benar dengan dia." kata kata tok imam buatkan Zamanee turut sama melihat kearah yang dipandang tok imam.

Seorang kanak kanak lelaki yang duduk dianjung surau. Wajah dilekapkan ditingkap ruangan dalam surau. Seperti sedang mengintai sesuatu.

"Dia memang selalu duduk disitu. Dengar Ustaz Mad mengajar budak budak lain mengaji. Lepastu dia ikut sekali. Bila tok ajak dia masuk, dia taknak. Katanya taknak budak budak lain takut dengan dia." cerita dari tok imam seakan menjawab segala persoalan Zamanee.

"Kenapa dengan dia tok?" tanya Zamanee. Semakin berminat.

"Budak tu baru lagi pindah kesini. Orang kolumpor katanya. Muka dia penuh parut melecur. Itu yang budak budak semua takut nak dekat dengan dia. Bagus budaknya, selalu tolong tok siak bersihkan kawasan surau."

Zamanee seakan baru tersedar. 'Parut melecur dekat muka?'. Budak sama yang Sakeenah ceritakan padanya.. Mungkinkah orang yang sama?

Budak yang masih setia duduk dianjung masjid itu, sambil membaca helaian Iqra lama yang diwakafkan disurau.

Budak itu..

Eesa?.

Zamanee pandang tok imam dengan muka teruja ingin tahu.

UGLY DUCKLINGTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang