Sedikit flashback won't hurt kan? ehek.
Enjoy reading! awal awal je flashback , tak banyak pun. Jangan risau. Ngeh.......
Embassy Of Malaysia Tokyo, Japan.
Eesa duduk tertunduk menekur lantai, kertas dokumen dan borang penting untuk pembaharuan visa miliknya elok tersusun di ribaannya. Dingin penyaman udara di sekitar ruang menunggu di Kedutaan Besar Malaysia ini membuatkan Eesa sesekali terlelap sambil tersengguk.
Baju lusuh ala kadar dengan corak segi empat yang ketinggalan zaman membaluti tubuhnya, dipadankan bersama jaket hitam sekadar dapat menghangatkan dirinya. Anak rambut halus menutupi dahi, melengkapkan lagi imej 'nerd' pada diri jejaka itu.
Merasa ada susuk lain yang menduduki kerusi di sebelahnya, Eesa pantas mengalihkan beg galasnya dari kerusi lalu dia bawa ke pelukannya. Lama menanti giliran untuk dipanggil, Eesa keluarkan telefon pintar miliknya yang terlihat sangat asing dan belum pernah dikeluarkan dari mana mana perusahaan telekomunikasi saat itu. Eesa meneliti setiap email yang masuk, kebanyakannya dari Google berkenaan bayaran gaji bulanan hasil dari video parkour yang dimuat naik di Youtube channelnya.
"Developer?"
Tanya satu suara asing di sebelahnya. Eesa angkat wajah memerhati orang yang menegurnya tadi. Perlahan tangan menyembunyikan telefon pintar miliknya ke dalam beg.
Melihat riak canggung di wajah Eesa, mata lelaki itu menunjukkan isyarat ke arah telefon pintar yang Eesa cuba sorokkan tadi.
"Nice device." ujarnya.
Akhirnya Eesa hanya mengangguk untuk membalas pujian yang dia terima. Bukan keahliannya beramah mesra dengan manusia.
"Under which company?" nampaknya lelaki itu belum berpuas hati dengan respon Eesa. Melihat Eesa masih membisu, lelaki itu bertanya lagi.
"Rahsia syarikat?" merujuk kepada device asing yang dilihatnya tadi. Boleh jadi produk baru yang masih dalam proses penyelidikan dan belum sah dikeluarkan. Membuatkan Eesa tidak boleh sewenang wenangnya mengguna pakai device itu di luar.
Eesa geleng lagi. Dilihat raut kaku lelaki yang penuh dengan tanda tanya itu.
"Which company?"
"Dah resigned." Eesa menyelesakan posisi menyandar sambil mata turut terpejam. Lenguh badan duduk terlalu lama.
Perlu tiga detik untuk Eesa menyedari bahawa lelaki yang disangka jejaka Jepun di sampingnya ini bertutur dalam bahasa Melayu dengannya.
"Asahi-sama!" Seorang lelaki Jepun datang mendekati mereka berdua bersama sebuah dokumen di tangannya. Dokumen berpindah tangan, lelaki yang dipanggil dengan nama Asahi itu mengangguk dengan wajah kaku sambil mengisyaratkan dengan tangannya menyuruh lelaki tadi beredar.
Eesa diam tidak berkutik. Nampaknya lelaki ini bukan calang calang orang.
"Obayd. Megat Obaydillah." Si Asahi tadi menghulur tangan tanda perkenalan.
"Malaysian?" Kali ini Eesa pula bertanya.
"Lebih kurang." Obayd membelek dokumen dengan wajah serius tetap statik seperti tadi. Akhirnya kedua-dua mereka hanya berdiam diri menilik dokumen masing masing.
"Developer bidang apa?" Setelah lama membisu, Obayd memulakan lagi perbualan.
"System developer."

ANDA SEDANG MEMBACA
UGLY DUCKLING
Roman d'amour"Budak cacat. Dah hodoh tu, bisu pulak ke?" "Eii hodohnya kau ni. Buat sakit mata aku je." "Kau ni kan, dah sedar rupa tu macam tu.. tak payah la nak tunjuk muka dekat sini lagi." "Masuk bilik kau sekarang! memalukan aku je" Hodoh. Cacat. Monster...