Bab 5 : Hukuman

1.5K 254 79
                                        

Eesa membuang pandang keluar dari tingkap biliknya. Kosong.Sunyi.

Tiada apa yang menarik.Rumah rumah dikejiranan ini masih banyak yang belum berpenghuni.

Setelah lama berkeadaan begitu, akhirnya Eesa turun dari birai katilnya. Pintu bilik dibuka.

Suara ibu tirinya yang sedang berbual didalam telefon terdengar riuh diruang tamu hadapan. Eesa berjalan berjengket,tak mahu kehadirannya disedari si ibu tiri.

Bilik air dibahagian belakang dapur dituju. Eesa sandarkan tubuhnya pada pintu tandas yang telah tertutup rapat.Selamat.

Dia bergerak mendekati paip air. Lama Eesa termenung dihadapan paip itu.

Berfikir panjang, bagaimana dia mahu mengambil wudhu?

Sebelum ini,disurau. Eesa hanya mengikut pergerakan Tok Siak ketika mengambil wudhu. Tapi sekarang, Eesa tidak tahu. Dia tidak dapat ingat semua pergerakan itu.

Apa yang harus dibasuhnya terlebih dahulu? Kaki? Atau tangannya? Mungkin wajahnya terlebih dahulu? Eesa buntu. Terasa geram kerana tidak dapat mengingati anggota manakah yang harus dimulai. Perasaan geram hingga hampir membuatkannya menangis.

Lama dia termenung. Masih cuba mengingat.

Sehinggalah ketukan kasar yang bertalu talu dari arah pintu tandas, mematikan lamunannya.

" Kau buat apa dalam tandas lama lama?! Keluar sekarang! Aku suruh berkurung dalam bilik busuk kau tu! bukannya berkurung dalam tandas!"

Eesa yang baru tersedar dek suara pekikan ibu tirinya diluar, cepat cepat membuka pili air. Kaki dibasuhnya dulu barulah muka dan tangan. Eesa sudah tidak tahu apa yang patut dia ingat. Perasaan takutnya untuk berhadapan dengan si ibu tiri lebih mengganggu fikiran kecilnya.

Selak kunci dibuka dengan tangan yang terketar. Sebaik saja daun pintu terbuka, wajah bengis ibu tirinya menanti didepan tandas.

Eesa melangkah keluar dari tandas. Matanya menekur memandang kebawah. Takut. Gerun.

Tak semena mena terasa badannya ditarik secara kasar. Eesa kaget.

"Kau ni tak faham ke apa aku cakap?! duduk je diam diam dalam bilik sempit kau tu! Kau buat apa lama lama dalam tandas?! main air? hei.. jawablah cacat! apa dah bisu pulak ke?!"

Eesa hanya berdiam diri. Tak berani untuk membuka suara.Lengan yang dicengkam kasar si ibu tiri, hanya dibiarkan. Dia sudah terbiasa.

Tengkingan kuat ibu tirinya yang bergema dengan kata cacian,Eesa tak ambil peduli. Tidak melawan sedikit pun.

Mengapa dia tidak melawan?

Mengapa dia tidak menangis?

Mengapa dia tidak mengadu pada sesiapa?

'Eesa takut.'

'Eesa sedih.'

'Janganlah pukul Eesa lagi.'

'Tolonglah Eesa.'

Kata kata itu hanya tersemat rapi dalam hati, tidak akan sesekali terluah.

Mengapa?

Kerana Eesa fikir,ini adalah 'hukuman' buat dirinya.

Hukuman atas kesalahan papanya terhadap si ibu tiri.

Hukuman keatas dosa ibu kandungnya yang pernah menyakiti perasaan si ibu tiri.

Hukuman buat diri Eesa sendiri kerana memiliki rupa yang hodoh dan cacat.

Ini hukuman. Hukuman yang perlu dia terima.

Pemikiran Eesa kecil sudah lama diracuni oleh si ibu tiri.

UGLY DUCKLINGTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang