Disubuh hari yang tenang. Saat semua penghuni dikediaman besar keluarga Katana masih lena diulit mimpi.
"Akak!!"
DUM DUM DUM
Bunyi ketukan pintu yang seakan bakal merobohkan seisi bilik Sakeenah, benar benar mengganggu momen momen indahnya menikmati udara dingin ditingkap biliknya.
"Akak!!" Penuh kerisauan suara itu memanggil dari luar.
Mahu tidak mahu, terpaksa juga Sakeenah melangkah mendekati pintu biliknya. Pijama satin berunsurkan potongan kimono ditubuhnya,dia perbetulkan.
Selak pintu dibuka dari dalam, dan muncul lah figura Megat Ukashah El Meehsan dimuka pintu kamarnya.
"Apa Kashah ni pagi pagi dah membising? Orang lain pun tak bangun lagi lah. Ini kalau Oji-sama dengar ni.."
Belum sempat Sakeenah menghabiskan kata katanya, pergelangan tangan halusnya terasa ditarik merapati tubuh tegap adik lelakinya. Berkerut dahi Sakeenah terpinga pinga.
"Kak Poetry kena dengar dulu cakap Kashah ni. Nanti je Kashah dengar bebelan agung Akak tu, okey?" Pipi gebu kakaknya ditekup dengan kedua belah tangan Ukashah yang masih kecemasan itu.
Sakeenah hendak membuka mulut, tapi agak sukar bila kedua pipinya masih dalam tekupan tangan Ukashah.
"Abang.. Abang hilang kak." Bisik Ukashah tepat didepan wajah Sakeenah.
Makin berlapis lapis lah kerutan didahi Sakeenah. Abang mana pula lah yang hilang?
"Abang Obayd.. hilang. Sumpah, Kashah tak perasan langsung kak. Kashah perasan pun masa lepas solat subuh tadi, masa Kashah nak sambung tidur balik, tapi sunyi je.. selalunya mesti abang Obayd ada je membebel pagi pagi sebab tak bagi Kashah sambung tidur lepastu skip baca Yaasin. Tapi hari ni tak! Tak ada! Abang Obayd tak ada! Macam mana ni kak?" Ukashah yang kerisauan mula bertindak ganas dengan menguli pipi kakaknya.
Sakeenah yang tidak tahan diperlakukan begitu, menampar kasar tekupan tangan si adik dipipinya.
"Eii.. lepaslah! Huh!" Mata mencerlung ganas pada Ukashah.
"Kak Poetry.. tolong lah Kashah, hari ni ibu dan ayah sampai. Macam mana kalau diaorang dapat tahu anak sulung diaorang hilang tiba tiba? Macam mana kak?"
"Habis tu? Kashah nak cakap Abang Obayd hilang? Kena culik? Macam tu?" Sakeenah berpeluk tubuh dengan wajah toya memandang adiknya.
Mendengarkan itu, muka Ukashah makin pucat.
"Boleh jadi kak! Abang Obayd kan banyak rival. Dia pewaris utama Katana kot. Tak mustahil ada orang culik Abang Obayd. Allahu akbar!" Gelabah. Ukashah gelabah.
Sakeenah tak tahu hendak beriak bagaimana, sebahagian hatinya merasakan apa yang adiknya katakan itu sangatlah tidak masuk akal. Tapi sebahagian lagi, mula terpengaruh dengan plot cerita rekaan Ukashah.
"Kashah dengar cakap Kak Poetry, tenang. Bawa bertenang. Fuhh fuhhh.." kedua belah tangan Ukashah digenggam erat, cuba memberi sokongan moral.
Entah apa apa saja lah.
Sedang Sakeenah dan Ukashah berlatih bernafas dengan normal. Tidak perasan kehadiran orang ketiga dihujung laluan itu.
Megat Obayd Dillah yang baru pulang dari rumah tetamu keluarga Katana yang terletak bersebelahan dengan kediaman utama mereka. Naik hairan dia masuk masuk rumah terus disajikan dengan senario kedua adiknya ditengah laluan.
"Kenapa ni?" Soalnya bersahaja. Rambut yang agak berserabai, dia sebak kebelakang.
Ukashah dan Sakeenah berpandangan sesama mereka. Dan..
ANDA SEDANG MEMBACA
UGLY DUCKLING
Romantiek"Budak cacat. Dah hodoh tu, bisu pulak ke?" "Eii hodohnya kau ni. Buat sakit mata aku je." "Kau ni kan, dah sedar rupa tu macam tu.. tak payah la nak tunjuk muka dekat sini lagi." "Masuk bilik kau sekarang! memalukan aku je" Hodoh. Cacat. Monster...
