Bab 18 : Siapa?

1.3K 237 62
                                    


"Kau dah sign kontrak untuk jadi pemantau utama, projek penyelidikan kali ni dengan pihak AIRA kan?"

Hilmi menyoal Eesa yang ketika itu sedang ralit menarikan jemarinya diatas keyboard laptopnya. Eesa mendongak memandang Hilmi sebelum mengangguk ringkas.

"Tapi aku pelik lah Is.. kau dah discovered 'shield mirror beta protector' ni dari mula lagi. Asal kau act dumb dan setuju je dengan cadangan ZIRA untuk buat penyelidikan lebih lanjut, tentang teknologi yang konon kononnya baru wujud ni, sedangkan kau sendiri tahu ia dah lama wujud sebenarnya?" Makin keliru Hilmi dengan cara pemikiran Eesa.

Eesa menghentikan tarian jari jemarinya diatas keyboard. Mata dikecilkan memandang Hilmi disebelahnya.

"Kau dah tahu alasan utama aku terima projek ni, jangan buat buat tak tahu." ujar Eesa dan menyambung kembali kerjanya.

Hilmi disebelah sudah tertawa besar. Geli hati dengan tingkah laku Eesa. Poyo saja lebih. Muka yang ditayang konon tak berperasaan seperti robot, tapi dalam hati ada taman bunga sakura yang baru mekar. Serius kelakar.

"Hahahaha. Okay, okay. Kali ni serius aku betul betul curious. Kau buat apa berbulan dekat Massachusett? Balik balik terus terima tawaran dari ZIRA. Kau settle projek yang sama macam yang ZIRA tawarkan ke kat sana?" masih dengan sisa tawa Hilmi menyoal.

Aduhh.. Eesa menggaru pelipisnya. Makin rimas dengan soalan soalan Hilmi.

"Tak. Dekat sana aku buat final guide budak budak yang nak ambil Second Degree of Information Technology Management je. Tawaran dari ZIRA yang first aku terima."

Sebaik menuturkan jawaban itu, Eesa perasan Hilmi mengemam bibir cuba menahan tawa dari terletus. Haihh.. tak habis habis lah nak menyakat.

Ini yang Eesa malas mahu berkongsi cerita dengan Hilmi. Nak nak pasal rencana hati. Eii..

"Kau jangan main main Is. Budak yang kau aim tu, student dibawah nama aku tau."

Amaran dari Hilmi sedikit pun langsung tak dapat mengubah plan yang telah tersusun rapi didalam fikiran Eesa. Malah seolah menambahkan lagi rasa seronok untuk memulakannya.

"Kita dah lepas rule number one Mi. No need to worry lah."

Hilmi mengeluh perlahan mendengar tutur selamba dari Eesa. Sememangnya Hilmi dan Eesa sudah lepas untuk peraturan pertama yang ditetapkan dalam T.A. Umur mereka juga sudah sah memasuki umur dua puluh lima tahun kelepasan.

Tapi..

"Kau masih lagi pegang perjanjian kau dengan waris utama keluarga Katana tu?" Hilmi menyoal risau.

Dia sangat risau dengan tekad Eesa yang satu ini. Kali ini Eesa berurusan dengan orang orang yang cukup merbahaya. Bukan calang calang orang.

Eesa pula malas mahu membahas lagi tentang itu, sudah berkali kali dia menerangkan pada Hilmi berkenaan rancangan yang telah disusun rapi oleh Eesa dan Asahi. Penat sudah mahu memujuk hati Hilmi supaya lebih bertenang. Eesa tahu apa yang dia buat, dan dia tidak akan sesekali culas dengan perancangannya sendiri.

"Tak payah risau lah Hilmi, kalau bukan aku.. siapa yang nak tamatkan semua ni?" balas Eesa bersahaja.

Laptop disimpan. Badannya menggeliat sedikit sebelum dia bangun berdiri dari kerusi kerjanya. Eesa berlalu pergi meninggalkan Hilmi yang masih termenung jauh, cuba memahami pemikiran Eesa yang langsung tidak dapat dijangkakan.

"Ehhh woi Is. Jangan lupa datang Akademi tengah hari nanti. Bawa barang yang aku pesan sekali." Hilmi melaung kuat mengingatkan Eesa.

Tiada balasan, yang kedengaran cuma bunyi hempasan kuat dari pintu.

UGLY DUCKLINGWhere stories live. Discover now