Eesa meringis kesakitan, pedih. Kapas yang telah dibasahi cecair antiseptik melekap perlahan pada luka jahitan Eesa.Penuh berhati hati Zamanee membersihkan luka itu.
Ini juga salah satu sebab utama mengapa Zamanee mengajak Eesa untuk singgah sebentar dirumahnya. Segala ubat ubatan untuk merawat luka Eesa ada pada Zamanee. Dia terlupa hendak memberikannya pada Eesa semalam.
Melihatkan pada kejadian semalam, dimana Eesa menjadi mangsa buli keluarga sendiri. Zamanee tidak lagi yakin akan ada orang dari ahli keluarga Eesa yang sudi untuk merawat dan membersihkan luka jahitan Eesa,agar tidak terkena jangkitan kuman.
Sungguh dia tidak yakin.
"Aww.. aduh A..ayah. Sakit. sakit." Suara ringisan sakit dari Eesa berjaya menarik perhatian Hawa dan Sakeenah.
Hawa mendekati suaminya dengan tangan kemas menatang dulang yang berisi teh dan kuih.
Sakeenah yang cemas mula mengambil tempat disisi dua orang lelaki kesayangannya itu. Ayahnya yang masih tekun menyapu ubat pada luka Eesa, Sakeenah perhati tajam. Tidak mahu Ayahnya terlalu berkasar hingga membuatkan Eesa meringis kesakitan lagi.
"Ayah.. Eesa sakit tu." tegur Sakeenah perlahan. Dia dapat lihat dengan jelas kerutan didahi Eesa.
Eesa jeling sekilas kearah Sakeenah yang sudah kemas, wangi dan comel setelah mandi pagi. Tidak lagi serabai dan selekeh seperti tadi.
Mengingatkan kejadian sarapan pagi tadi. Terlepas juga tawa kecil dari mulut Eesa. Betapa gelabahnya Sakeenah melarikan diri tika terpandangkan kewujudan Eesa diruang makan. Sanggup Sakeenah menyorok dibawah meja makan. Semata mata hendak mengelak dari Pandangan Eesa. Malu mungkin.
Entah apalah yang nak dimalukannya.
"Kenapa Poetry panggil Eesa? Eesa lagi tua dari Poetry tau. Panggil Abang Eesa. Okay?" tegur Zamanee bersama kerutan didahi. Kurang senang mendengar panggilan Sakeenah pada Eesa
Sakeenah terkebil kebil. Begitu juga dengan Eesa.
Abang Eesa?
Abang?
Kenapa Abang?
"Tapi Eesa bukan abang Poetry." Jawab Sakeenah sambil menatap muka Eesa yang juga keliru.
Kemudian Sakeenah toleh pada ibunya pula yang masih lincah menghidang air buat mereka.
'Hurm.. ibu pun panggil Ayah 'abang'. Tapi sebab Ayah suami ibu.'
"Eesa pun bukan suami Poetry. Kenapa kena panggil Eesa abang?" soalnya lagi. Disertakan kerutan tidak puas hati diwajahnya.
Satu persatu pertanyaan dan persoalan mula timbul dari otaknya, maklumlah.. Sel sel otak baru nak berhubung.
"Kalau abang Obayd tak apalah. Abang Obayd kan abang Poetry.. tapi dia dah takde. Sedih.. hurmm." Sakeenah menundukkan wajahnya dengan riak wajah muram.
Serentak pergerakan Zamanee yang sedang menukar bandage didahi Eesa terhenti, begitu juga Hawa yang sedang menuang air teh hijau kedalam cawan. Serta merta terkaku.
Obayd.. Nama itu..
Kalau lah anak lelaki mereka itu masih disini, mungkin juga dia sudah seumuran dengan Eesa. Membesar dengan cerdas dihadapan mata mereka.
Zamanee tepis perasaan hiba yang mula bertandang didadanya. Balutan bandage didahi Eesa dikemaskan sebelum dia berpaling menghadap Sakeenah pula.
Wajah muram Sakeenah yang masih menunduk sedari tadi, Zamanee angkat perlahan. Supaya dapat menatap anak mata gadis kecil itu.
Senyuman diukir lembut buat si puteri kesayangan.

ANDA SEDANG MEMBACA
UGLY DUCKLING
Storie d'amore"Budak cacat. Dah hodoh tu, bisu pulak ke?" "Eii hodohnya kau ni. Buat sakit mata aku je." "Kau ni kan, dah sedar rupa tu macam tu.. tak payah la nak tunjuk muka dekat sini lagi." "Masuk bilik kau sekarang! memalukan aku je" Hodoh. Cacat. Monster...