Bab 2 : Eesa

1.7K 277 89
                                        

Eesa berjalan perlahan menuju kawasan rumah barunya. Ya, mereka sekeluarga baru sahaja berpindah dikawasan perumahan tersebut. Papa yang merancang segalanya, membeli rumah baru di Pahang ini. Supaya mereka sekeluarga dapat memulakan hidup baru dan melupakan kisah lama yang menghantui keluarga mereka.

Itu menurut perancangan Papa. Tapi bagi Eesa tiada apa yang berbeza. Sejauh mana pun mereka berpindah, tidak akan sesekali mengubah kenyataan. Bahawasanya dia.. Dia masih si hodoh yang cacat. Si hodoh yang akan selalu didera dan diseksa.
Fizikal dan mentalnya.

Buktinya sekarang, dia ditinggalkan dipinggir jalanan ini oleh 'Mama' nya. Mereka baru saja pulang dari pekan, membeli sedikit keperluan rumah. Setelah hampir seminggu mereka berpindah, selama itu jugalah dia hanya terkurung didalam rumah. Atau lebih tepatnya.. Dia dikurung. Tidak dibenarkan keluar sama sekali. 'Mama' kata nanti Eesa hanya akan memalukannya jika ada jiran terlihat rupa Eesa.

Tapi berbeza pula keadaan pada hari ini, bila 'Mama' dengan baik hati mengajak Eesa ikut sama membeli barang dipekan. Pada mulanya Eesa menolak, tetapi setelah sedikit paksaan dan 'sentuhan kasih sayang' dari Si ibu tiri. Akhirnya dia akur mengikut. Tapi hati masih tetap resah memikirkan nasib diri, dia tahu ada sesuatu yang dirancangkan oleh Si ibu tiri. Sesuatu yang pastinya akan mendera fizikal dan mental seorang Eesa kecil.

Benar seperti sangkaan Eesa. Isteri Papanya itu tidak akan suka suka mengajak anak tiri sepertinya berjalan jalan. Sesampainya mereka dipekan tadi, Eesa hanya dikunci didalam kereta. Tidak dibenarkan ikut serta. Dengan matahari membahang suasana. 'Mama' hanya membawa adik perempuannya sahaja, Amirah. Amirah adiknya. Tapi bukan seperti Eesa. Amirah anak kandung 'Mama' dan Papa. Sedangkan dia hanya anak Papa dan wanita yang dipanggil perampas oleh 'Mama'.

Mengingatkan kenyataan tersebut buatkan Eesa mengeluh berat. Dia masih ingat pesanan Ibu tirinya yang berbaur amaran tadi, sebelum dirinya ditinggalkan seorang diri dijalanan sepi ini.

"Kau jalan je kaki balik rumah.Kereta penuh, tak muat nak sumbat kau sekali. Tahu jalan balik rumah kan? Aku tahu kau tak bodoh. Minggu lepas masa sampai sini kau termenung pandang jalan dan signboard dekat sini. Tak payah nak reka alasan atau nak merayu bagai. Panas kereta aku duduk sekali dengan anak perampas macam kau." Kata kata itu keluar dari mulut ibu tirinya tanpa sedikit pun rasa serba salah.

Eesa hanya menurut. Keluar dari kereta dengan wajah menunduk menekur tanah.

"Satu lagi. Jangan berani nak cerita apa pun dekat suami aku. Sedar diri tu sikit. Ini balasan bagi pihak mak kau sebab pernah jadi perampas kebahagiaan aku." Sambungnya lagi dengan muka bengis.

Eesa masih seperti tadi. Tidak berani mengangkat muka untuk bertentang mata dengan ibu tirinya. Kepala hanya mengagguk, akur dengan arahan si ibu tiri.

Kaki kecilnya sambung mengorak langkah menyelusuri jalan kampung. Seingat Eesa, kawasan perumahannya terletak ditengah tengah kawasan kampung ini. Berbeza dengan keadaan dirumah lamanya. Kampung ini sangat tenang. Jalannya tidak terlalu sempit dan tidak pula terlalu besar. Ditepian jalan pula hanya dikelilingi belukar dan pokok sawit. Sunyi. Sepi.

Lama berjalan kaki, barulah Eesa terlihat rumah kayu orang orang kampung. 'Nak sampai dah ni'.
Eesa tak sedar hari sudah mula petang. Cepat cepat langkah kaki dilajukan. Jalan masih sepi. Tiada kelibat manusia pun. Mungkin kerana sudah petang.

Sedang leka Eesa menikmati suasana bebas dengan  disajikan pemandangan suasana kampung yang tenang dipetang hari. Anak matanya terpandangkan sesuatu.

Dari jauh Eesa lihat sosok seorang gadis kecil berlari sambil tertawa bahagia. Sekejap sekejap kepala budak perempuan itu terteleng kebelakang. Entah apalah yang dilihatnya. Menonong laju saja memasuki simpang jalan dihadapannya.

UGLY DUCKLINGTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang