Alisa berlari sesungguh hati, menghampiri kawasan surau. Baju T-shirt hijau dan seluarnya yang sudah tidak lagi kemas ditubuh badannya, dia baiki selintas cuma.
Gerun. Takut. Sakit.
Semua bergabung menjadi satu. Ikutkan hati kecilnya, dia juga tidak sanggup untuk memunculkan diri dihadapan orang kampung.
Dia takut dengan amarah ayahnya, dalam masa yang sama dia juga takut dengan nasib yang bakal menimpa budak perempuan bergaun putih yang telah menyelamatkannya tadi.
Walaupun dia masih berusia sembilan tahun, dia dapat mengagak apa yang bakal dilakukan si lelaki jahat itu pada budak tadi.
Kerana dia sudah melaluinya. Dan ianya sangat perit untuk ditelan dan sangat pedih untuk diluah.
"Mal.. kau tolong aku susun kerusi ni dekat bawah kanopi, boleh?" ramah suara Zamanee bertutur dengan orang kampung.
Jamal yang sedikit segan dengan Zamanee hanya mengangguk akur. siapa saja yang tidak mengenali sosok Zamanee yang sering menjadi bualan utama orang kampung.
Zamanee yang segak walaupun sudah memasuki umur empat puluhan.
Mendapat pangkat penghargaan kerana sumbangannya pada negara, dipertengahan usia tiga puluhan, Zamanee sudah dianugerahi gelaran Dato' Megat Zamanee.
Ini dengar dengar bisikan bawang orang kampung, bahawa Zamanee bakal dinaikkan pangkat menjadi Jeneral yang paling muda di TDM.
Berbaloi untuk segala pengorbanan Zamanee hingga sanggup mengenepikan soal jodoh, demi negara.
Ahhh.. Semua orang kampung sangat segan dengan Zamanee. Termasuk Jamal.
Jamal yang juga sangat baik dimata orang kampung.
Namun, kerana sifat yang terlalu mengutamakan nama baiknya, hingga tergamak menggadai masa depan anak gadis kecilnya.
Kerana takut. Takut untuk berhadapan kejian orang kampung jika mereka dapat tahu apa yang telah menimpa anak gadisnya.
"A..ab..abah." suara Alisa yang jelas masih dengan getaran ketakutannya, menggamit perhatian mereka yang disitu.
Zamanee sudah berkerut hairan melihat rupa budak kecil itu. Teruk. Macam baru lepas kena dera.
"Kau buat apa dekat sini?! Kan abah kata jangan keluar dari rumah!" tengkin Jamal dengan nada tertahan. Gigi dikancing supaya suaranya tidak terlepas keras.
Takut bakal menjadi perhatian orang kampung.
"D..di..dia. Dia datang lagi Abah, dia datang rumah. Lisa takut, Lisa lari cari Abah. Lepastu dia tarik Lisa masuk dalam semak belukar kat situ."
Pecah juga tangisan si gadis kecil yang telah dicemari tanpa rela. Dengan esakan dan nafas tersekat, dia cuba juga untuk meneruskan ceritanya.
"Kau balik rumah sekarang Lisa. Balik! Balik aku kata!" Jamal makin berang bila Alisa seakan cuba membocorkan rahsia mereka. Rahsia yang bakal mengotorkan nama baiknya dimata orang kampung.
"Eh sabar Mal. Settle elok elok. Aku tengok si Lisa ni pun, lebam kemain teruk. Cuba bagi dia cerita sampai habis dulu." Zamanee mula membuka suara.
Kerusi ditepinya ditarik supaya Alisa dapat duduk dengan selesa.
Alisa hanya menggeleng laju dengan pelawaan Zamanee. Jelas riak takut seakan fobia dan trauma untuk berdekatan dengan lelaki.
Sungguh dia sangat takut.
"Tak payah! Kau balik Lisa! sebelum aku yang heret kau! balik sekarang!"
Alisa menggeleng laju.

ANDA SEDANG MEMBACA
UGLY DUCKLING
Romansa"Budak cacat. Dah hodoh tu, bisu pulak ke?" "Eii hodohnya kau ni. Buat sakit mata aku je." "Kau ni kan, dah sedar rupa tu macam tu.. tak payah la nak tunjuk muka dekat sini lagi." "Masuk bilik kau sekarang! memalukan aku je" Hodoh. Cacat. Monster...