Bab 28: Hikari | Cahaya

1.4K 189 27
                                        

Sesampainya mereka di kediaman keluarga Katana, Zamanee terus tersedar dari lelapnya. Ukashah di sebelahnya pula sudah terpisat pisat dengan sisa kantuknya. Hanya Hawa yang masih lena terlentok di bahu tegap suaminya.

Serentak Eesa dan Obayd menutup pintu kereta. Kunci kereta Obayd serahkan kepada pekerja lelaki milik keluarga Katana yang sedari tadi setia berdiri di samping kereta dengan kepala tertunduk kebawah, hormat akan kehadiran ahli keluarga terpenting itu.

Eesa berlalu kearah bonet kereta sambil tangan mengisyaratkan kepada pekerja lain supaya bergerak mengangkat bagasi milik Megat Zamanee dan isterinya, Hawa. Atau lebih mereka kenali dengan nama Eve Yumiko-sama. Cucu sulung perempuan kesayangan Oyakata-sama mereka.

Pintu kereta penumpang Obayd buka untuk memudahkan ayah dan ibunya keluar. Tersengih lebar si anak teruna melihat ibu comelnya yang masih lena.

"Ayah.. takpe, biar Obayd yang dukung ibu masuk dalam." Bisiknya perlahan.

Baru tangan sasanya bergerak hendak menggamit ibunya, terhenti serta merta bila Zamanee terlebih dahulu mendahuluinya.

Dengan mudah sekali Hawa selamat berada dalam dukungan hangat Zamanee. Figura kecilnya ikut tenggelam sama. Obayd pula hanya mampu memerhati sambil menggeleng kepala perlahan, senyuman juga tidak juga hilang dari bibirnya. Sangat jarang untuk melihat senyuman dari jejaka yang seorang ini. Sangat langka.

"Obayd kejut Kashah ya, dia tertidur balik dalam kereta tu." Pinta Zamanee.

Terus mati senyuman kacaknya.

Ishh lah budak Kashah ni..

"Kash.. bangun." Bahu adiknya dia tolak perlahan.

"Ermmm.."

"Bangun Kash.. kita dah sampai." Obayd cuba menahan sabar.

"Rumah ane ehhhhh? Huaaaa.. hiyyak!" Gumam sang adik sambil menguap dan menggeliat malas.

"Bangunlah Kash.. or else.." sungguhlah kesabaran Megat Obaydillah sudah makin menipis senipis lapisan ozon dek global warming yang makin menjadi jadi.

Tak semena mena Ukashah mendepakangkan kedua belah tangannya kearah abangnya dengan muka mamai hensem yang agak menjijikkan.

"Nak dukung jugak.." sambil tersengih nakal.

"Megat Ukashah El Meehsan." Seru Obayd dengan nada mendatar dan kerut di dahinya.

Menggulupur si adik dari duduknya. Gerun dengan atmosfera yang sudah  tidak lagi 'fun'.

'Abang Obayd got no fun laa.. ciss.'

Longlai saja langkah Ukashah menuju pintu utama.

Eesa yang perasankan ada 'sesuatu' yang tertinggal di dalam kereta, pantas menahan pekerja tadi dari bergerak untuk mengalihkan kereta tadi ke garaj.

"Chotto.. omae!" (Tunggu sekejap, eh kau!) Halang Eesa tanpa dia perasan bahawa bahasa yang dia gunakan agak kasar.

Ukashah yang terperanjat mengira dirinya yang dipanggil menghentikan langkahnya.

"Ehhhhhhh?" Ukashah tayang muka selenga. Masih berdiri tercongok di tengah alam.

Eesa ambil barang yang dia dan Obayd beli tadi. Kepala tertunduk sedikit tanda maaf kerana terkasar menyergah pekerja lelaki tadi.

Mata melilau mencari kelibat Obaydillah, mahu menyerahkan barang yang dipesan Poetry pada tuan punya badan. Namun tiada.

Yang ada hanya susuk seketul Megat Ukashah yang kebingungan. Hurmm, pun bolehlah.

"Abang Is panggil Kashah ke?" Soalnya. 

Eesa hanya tersenyum kecil sambil tangan menghulur barang tadi kepada Ukashah. Ukashah tayang muka selenga level dua. Muka penuh tanda tanya.

"Abang Obayd tertinggal. Itu barang yang Kak Poetry pesan tadi." Terang Eesa. Ukashah bentuk mulut O sambil terangguk angguk.

"Roger bang." Tanda salut dari Ukashah, Eesa balas dengan tawa kecil lalu kaki dibawa melangkah meninggalkan kediaman utama itu.

Baru saja tangan hendak membuka pintu rumah tetamu yang didiaminya, Eesa dengar laungan kuat suara yang sangat dikenalinya.

"HIKARI!"

.

.

.

"Selamat pulang kembali tuan muda." Tutur sopan dari tiga orang pembantu rumah keluarga Katana.

Ukashah hanya balas dengan anggukan sederhana. Huwaaa.. rumah Oji-sama sungguh membosankan.

Ini kalau di rumah Aki dan Opah.. takde maknanya nak dapat sambutan penuh etika dan tata ramah begitu.. tahu apa ayat pertama yang memetir ketika dia menjejakkan kaki ke rumah antik aki dan opah?

"Hah.. reti pun kau nak jejak kaki kat rumah tua aku ni?! Ingatkan tunggu majlis tahlil aki dan opah kau ni baru tahu jalan nak balik rumah!"

KABOOOM!

Itu dia..

Oh aki.. oh opah.. Kashah rindu..

"Oit.. budak tecik." Satu kepala terjengul.

"Apa kak?" Malas malas saja Ukashah menjawab. Kening dijongket keatas.

Sengihan licik Poetry Sakeenah makin terzahir.

"Mana barang yang akak pesan?"

Usik Sakeenah.. masih belum sedar wujudnya langit itu tinggi atau rendah.

"Ni ke?" Ukashah suakan plastik di tangannya.

Makin melebar sengihan Sakeenah.

"Amacam? Cukup besarkah aib yang ditanggung hari ini?" Kening sudah terangkat angkat.

Ukashah balas dengan kening hampir bercantum. Apa kakak dia merepek ni?

" Alaaa.. masa beli barang akak ni.. mesti drop 100% kan kemachoan Abang Obayd dan Kashah." Yakin Sakeenah bertutur.

Ukashah hanya pandang kakaknya dengan pandangan simpati.. kesian..

" apa apa pun yang akak plan.. yang pasti Ukashah tak terlibat langsung. Allah sayangkan Kashah. Alhamdulillah."

Sakeenah hampa.

Ukashah lanjutkan langkah kedepan sebelum kembali berpusing.

"Oh yaa.. abang Obayd dan Abang Is yang belikan."

Mata terbeliak.

Plastik di tangan terjatuh.

"ALLAHU AKBAR!!"

Gema takbir nama suci Allah di tengah kediaman katana.

Sekian.




UGLY DUCKLINGTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang