Usai menunaikan solat subuh berjemaah dan mendengar sedikit tazkirah ringkas disurau. Zamanee melangkah keluar dari ruangan solat. Terdengar suara riuh para jemaah lain diluar,kemain segar berborak.
Tadi masing masing tersengguk sengguk menahan kantuk. Ada yang berulang kali mengambil wudhu' semata mata ingin tetap bertahan demi menghabiskan tazkirah subuh tadi.Masyaallah. Itulah dia, majlis ilmu memang merupakan majlis ketenangan.Majlis yang dihadiri para malaikat.
Lain pula halnya bila mereka sudah keluar dari lingkungan majlis tazkirah tadi, kantuk juga turut hilang serta merta. Riuh saja mulut masing masing bertukar cerita.
Zamanee hanya tersenyum lucu melihat keakraban para jemaah surau.Orang kampung memang begini, kecoh saja dimana mana.
Jauh berbeza dengan suasana surau dibandaraya tempat Zamanee berkhidmat. Mereka orang orang dibandar lebih suka mengurus hal sendiri. Mana hendak terkejarkan kerja, masa dan karier masing masing. Tidak sempat untuk beramah mesra dengan yang lain.Melainkan golongan yang sudah berumur dan sudah pencen, mereka lebih ramah untuk diajak berbual kerana masa mereka juga banyak diluangkan dirumah dan disurau atau masjid.
Menikmati masa tua yang tersisa.
"Zam.. marilah kita ngeteh dikedai Hj Man tu meh."Ajakan ramah dari tok ketua menyentakkan Zamanee dari lamunannya.
Dilihat semua pakcik dan jemaah yang berada disitu sudah menumpukan pandangan mereka pada Zamanee yang baru keluar dari ruangan solat surau. Zamanee meneruskan langkah mendekati mereka yang masih setia berdiri dianjung surau.
Zamanee tayang senyuman serba salah. Segan hendak menolak pelawaan tok ketua, tapi dalam masa yang sama. Dia masih teringat bayangan isterinya yang bersemangat ingin membuatkan sarapan khas buatnya. Hawa ada memberitahu Zamanee dia hendak membuat Kuih Dorayaki untuk sarapan mereka pada pagi itu.
Melihat senyuman serba salah Zamanee, Tok Imam segera menepuk bahu tok ketua.
"Apa kamu ni.. si Zam ni dah konpem konpem la nak ngeteh dengan orang rumah dia." Ujar tok imam dengan nada mengusik.
Zamanee hanya mampu mengusap belakang lehernya, menahan segan. Apatah lagi gurauan tok imam tadi mendapat sambutan tawa meriah dari jemaah yang lain.Makin segan Zamanee dibuatnya.
"Tak apalah kalau dah macam tu Zam, tok gerak dulu ya. Ada rezeki dah dapat kelepasan dari orang rumah nanti, baru kita ngeteh sama sama." Belum habis lagi dengan usikan tadi, kali ini tok ketua pula mengambil alih mengusik Zamanee.
"Insyaallah tok. Ada rezeki, Zam ikut sama ngeteh dikedai lain kali ya?" penuh santun Zamanee membalas.
Akhirnya satu persatu kelibat para jemaah surau lenyap dipandangan. Tok imam orang paling terakhir keluar melepasi pagar surau.
"Pergi dulu Zam.Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam." sempat Zamanee membalas salam dari tok imam.
Nafas lega dihela. Zamanee bergerak masuk kembali kedalam ruangan solat, hendak memastikan tiada suis lampu dan kipas yang terbuka. Tidak mahu ada sebarang pembaziran pada harta milik surau.
Alhamdulillah, semua sudah tertutup. Boleh lah Zamanee beransur pulang kerumahnya.
Pintu surau dikunci dengan selak yang disediakan. Sebentar lagi pasti tok siak akan datang membersihkan kawasana surau. Sekaligus memastikan surau terkunci kemas dipagi hari.Jadi Zamanee hanya biarkan pintu tertutup biasa saja.
Tanpa dia sedari ada satu figura kecil sedang khusyuk membuat praktis solat diceruk anjung surau.
Bacaan perlahan dan tergagap gagap dari kanak kanak itu sedikit sebanyak mula menarik minat Zamanee untuk mendekat.
ANDA SEDANG MEMBACA
UGLY DUCKLING
Romantik"Budak cacat. Dah hodoh tu, bisu pulak ke?" "Eii hodohnya kau ni. Buat sakit mata aku je." "Kau ni kan, dah sedar rupa tu macam tu.. tak payah la nak tunjuk muka dekat sini lagi." "Masuk bilik kau sekarang! memalukan aku je" Hodoh. Cacat. Monster...
