Bab 6 : Bunga

1.4K 265 105
                                    

"Poetry Sakeenah Binti Megat Zamanee!"

Suara Hawa lantang memanggil nama Sakeenah dari luar halaman rumah. Geram sungguh dia dengan anak gadisnya yang seorang itu, habis botak pokok bunga ibu mertuanya dikerjakan.

'Ini kalau mak balik dari umrah, nampak pokok bunga dia botak. Habislah..' tergeleng geleng kepala Hawa melihat hasil karya seni Sakeenah.

Tangan Sakeenah ralit menyusun kuntuman bunga cantik yang 'dipetik' olehnya tadi,disusun bunga bunga itu menjadi mahkota diatas kepala Zamanee yang sedang tidur dianjung rumah kayu itu.

Daughter and father bonding time.

Bermalas malasan kedua beranak itu, Zamanee sudah lama terlelap dari tadi, mahu ber Qailulah katanya. Tidur tengah hari supaya senang untuk bangun Qiyamullail dan tahajud pada malam hari nanti. Sakeenah iya kan ajelah.

Tadi Zamanee 'seronok' melayan Sakeenah bermain.Dijadikan dirinya model untuk Sakeenah menghias menggunakan bunga bunga yang dipetik dari pokok neneknya.

Jangan risau, Sakeenah jamin bunga bunga ini.. Halal!

Akhirnya Zamanee tertidur dan Sakeenah berguling guling kebosanan ditengah hari.

'Hurmmmm.. apa nak buat ni?'

Sedang Sakeenah berguling guling hingga hampir sampai kehujung tangga rumah, Hawa dengan bakul sayurnya sudah berasap telinga melihat kebahagiaan Sakeenah.

Dilihat suaminya yang sedang lena dengan dihiasi bermacam jenis variasi bunga disekeliling kepalanya.
Tak lupa juga terdapat taburan bunga disekeliling jasad lena Zamanee.

Allahu akbar Poetry Sakeenah..
Itu.. apa itu? Zamanee sudah bertukar menjadi sleeping beauty? dengan kedua belah tapak tangan diletakkan diatas perutnya. Lagak seperti orang sudah tidak bernyawa.

Ini tak lain tak bukan kerja si Poetry Sakeenah lah ni. Eeiiiii..

"Nak buat apa ni.. nak buat apa ni.. nak buat apa ni.. nak buat apa ni.."

Entah apalah yang dizikirkan Sakeenah, Hawa tak dapat dengar dengan jelas. Yang dia lihat sekarang, jasad Sakeenah yang kebosanan berguling guling dilantai kayu berdekatan tangga. Sipi sahaja lagi badan kecil itu akan jatuh ke tangga.

"Poetry Sakeenah!" pekik Hawa buat kesekian kalinya.

Sakeenah yang terkujat,hampir hampir saja jatuh kebawah tangga.

'Apa ibu ni terjerit jerit.. tak manis betul.' bebel Sakeenah dalam hati.

"Ya ibu kesayangan Poetry?"

Mata dikedip kedipkan memandang ibunya yang sudah bercekak pinggang dengan bakul sayur disebelah tangan.

Hurmm.. ibu petik sayur dekat bawah.. hurmm.. ibu marah.. kenapa ya?

Sakeenah seakan baru tersedar dengan kesalahannya. Dia seakan dapat mengagak punca ibunya berubah menjadi The Hulk pink.

'Alamak.. oh tidak..' gumamnya perlahan.

"Kenapa Poetry pergi petik semua bunga Wan? habis botak pokok pokok bunga Wan Poetry kerjakan!"

Sakeenah sudah terkulat kulat cuba mencari alasan. Wajah putih ibunya sudah bertukar menjadi pink kerana bahang panas tengah hari,atau mungkin juga kerana geram terhadapnya.

Alasan yang dicari,tidak berjaya ditemui. Akhirnya Sakeenah mengambil keputusan untuk mengalah dan menghampiri ibunya.

Pasrah dan redha sajalah..

Tetapi..

Seorang Poetry Sakeenah licik, masih mempunyai senjata lain untuk melemahkan semangat amarah ibunya. He.he.he.

UGLY DUCKLINGWhere stories live. Discover now