Bab 32: Saudara Baru?

3.5K 157 42
                                    


Sebulan lebih sudah berlalu dan semua calon SPM sudah pun tamat menduduki peperiksaan besar yang bikin pening kepala.

Ali dan ejen-ejen sebayanya sudah mula bercuti dan sekarang mereka boleh menjalankan misi dan latihan secara aman.

Tetapi ada sesuatu yang penting berlaku dalam tempoh tersebut.

...


"Abang Ali! Yang ni macam mana nak baca? Manyasyaa ke?"

Zahin, seorang ejen muda Kombat berumur 9 tahun mengajukan soalan tanpa segan silu. Dia berpakaian baju Melayu berwarna coklat dengan songkok di kepala.

"Sini abang tengok sekejap. Yang ni huruf nun mati bertemu syin, kan? Apa hukum bacaan nun mati yang abang ajar hari tu?" Ali cuba menguji budak itu.

"Err... Apa dah... Idgham bila ghunnah?"

Ali membuat muka 'Haip, Bukan'.

"Eh, Idgham maal ghunnah!" Zahin segera menukar jawapan.

"Tau pun. Jadi baca kena dengung, dan...?"

Zahin senyap.

"Kena gabungkan bunyi nun dengan huruf selepasnya, kan abang?" Sampuk Sofia, ejen muda Tekno berumur 11 tahun yang juga merupakan pelajar kelas mengaji tersebut.

"Pandai. Apa huruf lepas nun mati tu?" Tanya Ali.

"Err... Huruf ya," jawab Zahin.

"Jadi, sebutannya mayyasyaa, bukan manyasyaa eh? Faham?"

"Oh, okey! Faham, faham. Terima kasih abang!" Zahin kembali menyambung bacaannya.

Pagi Isnin cuti sekolah itu, Ali meluangkan masa mengajar budak-budak ejen mengaji di surau MATA. Terdapat lebih kurang 10 orang semuanya. Inilah kerja part-time Ali masa cuti SPM, jadi ustaz hehe.

Jam sudah menunjukkan pukul 11 pagi. Budak-budak ejen tadi mula berkemas dan bersiap untuk pulang setelah dibenarkan oleh Ali.

Budak-budak lelaki semua bersalam dengan 'abang' mereka.

Tiba-tiba ada seorang budak perempuan datang mendekati Ali.

"Abang Ali, betul ke ada orang nak masuk Islam hari ni?"

Haryani, ejen muda Neuro berumur 9 tahun melontarkan soalan kepada Ali. Ali yang baru sahaja menyusun rehal menoleh. Budak comel berbaju kurung ungu itu terkebil dihadapannya.

"Muallaf? Dari mana kamu dengar pasal ni?"

"Saya ada dengar tadi, orang kat surau perempuan cakap," balas Haryani.

"Hmm... Abang pun tak tahulah. Mungkin cerita diorang je kot. Kamu kalau boleh selidik cerita betul-betul sebelum bagitau orang lain tau. Nanti jadi fitnah, Allah tak suka,"

Sempat Ali menasihati pelajarnya. Haryani mengangguk.

Setelah berterima kasih dan memberi salam, Haryani keluar dari surau. Sekarang tinggal Ali seorang.

"Muallaf? Aku tak dengar apa-apa pun pasal ni. Kalau betul, dia lelaki ke perempuan?" Ali menyoal sendiri. Dia membetulkan songkok dan kurta merah gelap yang tersarung di badan.

Cerita tu betul ke? Teringin pulak nak tahu.

Baru sahaja mahu keluar dari surau, Ali terdetik mahu bertanya kepada Tok Imam mengenai kesahihan berita itu. Dia segera melangkah ke pejabat Tok Imam.

Kerana IRIS atau Dia? 2 (Ejen Ali Fanfiction)Where stories live. Discover now