Getaran dari ifone milik Ameer yang berada di bawah bantal mula mengejutkan Ash Zuhairy yang sedang lena. Ash mula membuka mata perlahan-lahan terlihat samar-samar kerana di dalam biliknya masih lagi gelap. Tangannya mula beraba sesuatu yang sedang di peluk olehnya. Baung wangi seperti aroma soflan miliknya sangat dekat dengan wajahnya lalu masuk ke rongga hidung. Ash sekali lagi menyentuh, kali ini dia mula menyentuh sesuatu seperti dinding yang datar yang berada hadapan hidungnya. Ash cuba mendongak ke atas tetapi tersekat dengan dagu seseorang. Ash mula bangun dari situ dan menyalakan lampu tidur berhampiran katilnya tersebut.
" Ameerrrrrrrrrr!!!
Ash Zuhairy memegang wajahnya, wajahnya terasa panas,sambil bermonolog dalaman.
" Apa yang berlaku,? Kenapa dia tidur atas katil aku??
Fikiran Ash mula membayangkan sesuatu tidak elok tetapi kepala Ash terus mengeleng tanda supaya dirinya tenang. Ash juga langsung melihat ke arah baju yang dipakai olehnya, ternyata bajunya masih elok terpakai.
" Ermm..Ash kenapa on lampu, aku nak tidur la.
Ameer mencapai ifonenya yang berada di bawah bantal tersebut lalu melihat jam tanpa rasa bersalah.
" Urmm..baru pukul 5 pagi Ash Zuhairy, jom tidur,dengan selamba.
"Kau.. kau!! kenapa tidur atas katil aku??Ameer tersenyum.sambil memaksa matanya dibuka.
" Ermm.. kenapa tak boleh ke kita tidur sekali?? Lagipun kau lelaki bukan perempuan, tak haram la.Ash mengerutkan dahinya sambil merenung ke arah Ameer .
Melihat reaksi Ash sedikit tidak keruan menyebabkan timbul ideal jahat di dalam kepala Ameer.
Ameer mula menyandar di kepala katilnya sementara Ash masih lagi berdiri berhampiran katil tersebut.
" Ash kenapa muka kau nampak blousing .. jangan-jangan kau ingat pasal semalam??
Ameer tersenyum jahat..
"Semalam elok jer kau cium aku, sekarang nak malu kenapa??"Hah!!!! Apa??!!!
Ash membulatkan matanya sambil mengelingkan kepalanya.Ash mengambil bantal lalu memukul Ameer ..
" Tak..kau...tipu bi..bila.. tak .. mungkin
Ash mula berhenti memukul Ameer dan jari telunjuk kanannya digigit sambil mundar mandir.
Melihat reaksi Ash yang kalut menyebabkan Ameer ketawa terbahak-bahak.
" Aku tipu jer la..Mendengar itu hanya candaan menyebabkan Ash lega.
Ameer sekali lagi menguap lalu mula tidur kembali.
" Ash matikan lampu boleh, aku nak tidur.Ameer memeluk bantal dengan selamba.
" Erm..wangi la bantal kau Ash.. nanti pagi tolong kejutkan aku, aku ada hal pukul 9. Kau tak nak tidur sekali ke ??Ash menutup kembali lampu tidur tersebut dan berbaring di katil milik Zack bersebelahan kanan dengan katilnya.
Ash berbaring terlentang sambil menarik nafas. Fikiran hanya berfikir tentang Rayyan dan pertanyaan Ameer semalam, Ash sedikit mengeluh.
Rayyan!!!!
Tumbukan hingap beberapa kali ke pipi kanan milik Rayyan oleh Warden iaitu Encik Zulkarnaim. Kaedaan di bilik sakit yang sunyi bertukar gempar kerana niat jahat Rayyan sudah pecah lubang. Disekitar kawasan tersebut terlihat kaca gelas pecah merata-rata, berhampiran dengan meja seorang pelajar merupakan mangsa buli Rayyan sedang lemah dengan kaedaan berdarah di bahagian kepala, kesan lebam disekitar mata kiri manakala di bahagian pinggang terlihat luka dengan goresan yang berlumuran darah.
YOU ARE READING
SomeOne Is You
Romance"Someone is you" mengisahkan persahabatan antara Ash Zuhairy dan Ameer Daniel. Persahabatan yang terlalu dekat menyebabkan salah seorang dari mereka iaitu Ameer Daniel telah mula jatuh cinta kepada kawan baiknya. Apabila perkara tabu ini di ket...