Bab 27

447 25 0
                                    

Suasana hati Rayyan pada malam ini sangat ceria, pertama-tama kerana perangkap yang dirancangnya telah membuat Ameer dilucutkan jawatan Mpp sementara waktu. Walaupun sementara hatinya begitu puas, kerana mampu menjatuhkan imej Ameer.

Suasana di club sangat meriah, di hujung kanan berhampiran tempat Rayyan duduk kelihatan beberapa orang lelaki sedang berkucupan, berpelukan dan raba-meraba sesama lelaki sambil berjoget mengikut rentak muzik, ini menjadi lumrah di ruang tarian sebuah kelab malam di ibu kota yang sering dikaitkan dengan tempat golongan gay berpesta. Tanpa mempedulikan suasana panas, dianggarkan hampir 80 pemuda bersesak-sesak menari terlompat-lompat sambil meneguk arak, berpelukan dan berkucupan sesama mereka tanpa segan silu sebaik muzik dimainkan.Pengunjung Club terdiri lelaki berusia 20 tahun ke atas menari serta berpelukan ghairah sesama jantina.

Kira-kira jam menunjukan angka 3 pagi, Rayyan masih lagi duduk berseronok, lalu mengajak Naim menari bersamanya, malah dalam suasana sesak mereka saling meraba-raba antara satu sama lain. Setengah jam berlalu Rayyan kembali ke tempat duduknya.

" Ahhhhh, tuangkan aku air kata Rayyan kepada Zul yang sedang memeluk beberapa wanita GRO yang tersedia di club tersebut.

Tanpa berlengah Zul menuangkan air kepada Rayyan lalu menyuruh wanita GRO keluar dari tempat itu, sebenarnya Rayyan telah menyewa bilik tersebut untuk mereka bertiga.

" Naim mana?? Kata Zul

Rayyan memberi senyuman sinis lalu jari telunjuk kirinya menunjukan bahawa Naim masih lagi menari di luar.

" Aku tak sangka rancangan kita berhasil .. chill.. Zul mengenyitkan matanya ke arah Rayyan sambil ketawa

Rayyan membalas dengan senyuman sahaja.

" Aku panasaran macam perasaan mana Ameer sekarang? Baru pertama kali aku tengop Ameer betul-betul marah.. Apa sebenarnya hubungan Ameer dengan budak yang langgar kau tu?? Aku dah lupa nama dia?

Rayyan tidak memberi respon pertanyaan Zul tadi, hanya dua patah perkataan yang keluar dari mulutnya sambil tangan kirinya mengoncang gelas yang masih berisi air cococola

" Ash Zuhairy.. !!! senyuman jahat terukir di bibir Rayyan.

Naim yang berada di luar melambai ke arah Zul supaya turut keluar menari bersamanya di luar, dengan senang hati Zul bangun dan menyatakan kepada Rayyan untuk keluar berseronok di luar.

Rayyan melihat Zul keluar dari bilik tersebut, dia mula membetulkan lehernya dengan sedikit mengeratkan kepala, Rayyan meletakan kaki di atas meja di hadapannya, dia mula memejamkan mata sambil tersenyum..

   " Kenapa kau tak datang semalam!!!
Tangan kirinya mencengkam kemas tangan Kanan Ash.

"Arkhh sa..sa..kit ...senior!!Ash Zuhairy tergagap-gagap kerana menahan kesakitan.

Tanpa mendengar penjelasan tumbukan hinggap di mata kiri Ash sehingga terlihat biru seperti mata panda di wajah Ash.

" Ma..maaa..maaf..maaf semalam saya sakit. Ash Zuhairy menelan air liurnya.

Rayyan melihat tajam ke arah Ash

"Alasann!!! Rayyan mengigit bibir bawahnya

"Bee..betul saya tak tipu senior..

Rayyan menolak Ash ke belakang sehingga terkena meja, tanpa sengaja beberapa biji gelas kosong tersusun di situ jatuh ke lantai lalu pecah.

SomeOne Is YouWhere stories live. Discover now