Part 25 | Dia 🌸

18 1 0
                                    

Adren memandang Mellisa. "Ada apa ni, sayang? I don't understand." "Come, sit here." Adren terus mendekati Mellisa lalu mengambil tempat di sisinya.

Mellisa menyerahkan kotak itu kepada Adren. "Apa ni, sayang?" "Open it, hubby. It's your gift." "Serius? Untuk hubby? Bestnya dapat hadiah!" Dia membuka kotak itu.

Jantungnya berdegup kencang tatkala dia melihat pregnancy test and pakaian bayi yang kelihatan amat comel di dalam kotak itu. Dia memandang Mellisa. Mellisa mengangguk kecil sambil tersenyum.

Air mata Mellisa mengalir perlahan. "Aww sayang.." Adren terus memeluk Mellisa. Air mata Adriana mengalir perlahan. "It's soo precious." Adriana berkata lalu dia mengambil gambar.

Air mata dan senyuman Mellisa dan Adren akan menjadi satu kenangan terindah buat mereka sekeluarga. Pelukan hangat itu terasa bagaikan permulaan bagi segala kebaikan yang bakal berlaku dalam hidup mereka.

Mellisa memandang Adren. "You're going to be a great dad." "Awww sayang. Thank you..." Air mata Adren dikesat oleh Mellisa. "Don't cry, hubby." "I'm happy, sayang. You're going to be the cutest mummy ever."

"You guys are going to be the coolest parents ever! I swear." Amzan berkata lalu Adriana terus mengangguk laju. "Hubby... did you manage to get the contract?" "Guess what... I did! We got it!!!" "Yeay! I know you'll get it! I love you hubby!" "Love you more, sayang!"

"Ad nak biar Mel jalan sendiri?" Ibunya bertanya kepada Adren. "Nope. I'm taking her in my arms." "Aww. That's better." Adren terus mengendong Mellisa ke bilik mereka.

"I'm sooo happy, sayang. Just ask me, what you want me to do? Apa je yang sayang mahukan, hubby akan cuba sedaya upaya untuk tunaikan." "Can I ask you one thing?" "Hmm tanyalah, sayang."

"Will you stay with me forever? Never leave me alone. Walau apa terjadi sekalipun, jangan tinggalkan sayang. Boleh? Pleasee."

"I won't leave you, sayang. Walau apa apa terjadi sekalipun, I'll never let youu go. Ill protect you in my arms. Ill keep you here... in my heart every single second. Okay?" "I love you so much. I'm just worried.." "Why? You must rest, sayang. Kesian baby."

"Jangan stress sangat, okay? Let the baby rest and keep calm okay?" "Hmm..."

Mellisa melihat Adren yang sudah terlena. Entah kenapa dia terasa seperti... takut. Dia tidak mahu kehilangan suaminya ini. Suaminya ini terlalu indah buatnya. Lelaki ini adalah hadiah terindah dalam hidupnya. Dia tidak mahu perkara buruk terjadi pada lelaki ini seperti dalam mimpinya.

Dia mengandung seperti dalam mimpi itu. Adakah suaminya akan meninggalkannya seperti mimpi itu juga?! Apa yang akan dia lakukan tanpa suaminya? Dia tidak mahu anaknya membesar tanpa seorang ayah. Dia tidak mahu hidup tanpa Adren!

Mellisa menggenggam jari jemari Adren. "Just don't leave me for anyone. I need you forever." Dia sendiri tidak tahu kenapa dia banyak 'overthinking' sejak dia dapat tahu bahawa dia mengandung. Dia tidak mahu dirinya terus diganggu oleh 'mimpi' beberapa bulan lalu namun ia terus menghantui hidupnya.

Tidur menjadi tidak tenang, hati menjadi susah. Dia terus mengambil wudhu untuk menunaikan solat. Dia mengalunkan bacaan Al Quran untuk mendapat ketenangan hatinya semula. Apabila dia membaca Al Quran, dia dapat merasakan ketenangan yang luar biasa. Bagaikan dia di dalam dunia indah. Tanpa gangguan sesiapa. Allah menyayangi setiap seorang dari hambanya.

Janji Allah itu benar. Allah tidak akan membebani hambanya lebih dari kemampuannya. Allah rindu suara hambanya. Berdoalah padanya. Nescaya akan hilang segala masalah hidup. Dengan bantuannya.

Adren terjaga dari tidurnya apabila terdengar suara Mellisa yang mengalunkan bacaan Al Quran sambil mengalirkan air mata. Dia mahukan ketenangan dan dia mahukan suaminya ini kekal di sisinya sampai bila bila.

Adren menghampiri Mellisa setelah isterinya tamat membaca Al Quran. "Allah sayangkan kita. Allah dah hadiahkan sayang kepada hubby. Bukan sayang saja tetapi nyawa dalam perut sayang ni pun milik hubby yang Allah hadiahkan."

"You're the most precious gift Allah gave me, sayang. I love you and I'll always do. Sampai hujung nafas hubby, akan hubby cintakan sayang." Adren mencium dahi Mellisa lalu memeluk isterinya itu.

"Jangan nangis nangis ek? Hubby ada untuk sayang. Baby pun ada untuk sayang. We both love you sooo much." "I love you more, hubby. I love you forever." Mellisa melihat ke dalam anak mata Adren. "I need you... till the end of my breath." "I will be there for you." Dia tidak mahukan apa apa selain dari suami yang tercinta dan keluarga ini. Ini sahaja hartanya dalam dunia ini.

DIA 🌸

Dia: The revenge 🌸Where stories live. Discover now