Mellisa terjaga dari tidurnya di pertengahan malam. Dia terasa tidak sedap hati. Entah kenapa dia terasa begitu pada malam ini.
Dia menarik nafas panjang. Perutnya diusap perlahan. Dia terasa agak susah untuk berjalan kerana perutnya semakin membesar. Alhamdulillah, anaknya membesar dengan selamat dalam kandungannya.
Mellisa berjalan menuruni tangga kerana perutnya terasa lapar. Amzan dan Adriana tiada di rumah ini kerana mereka masih ber'honeymoon' di luar negara hingga kini. Ibu mertuanya pula sudah pulang ke kampung untuk menziarahi nenek Adren. Tinggal mereka berdua sahaja di rumah ini.
Dia menyiapkan makanan untuknya sebelum dia terdengar bunyi sesuatu. Dia melihat jam di dinding. Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Siapa yang telah membuat bunyi ini? Adren sudah bangun? Dia terus berjalan ke ruang tamu. Tiada sesiapa?
Mellisa terasa tidak sedap hati. Jantungnya terus berdegup kencang. Sebelum sempat dia menoleh, kepalanya dipukul kuat. "Argh!" Dia jatuh ke lantai. Dia tidak dengar apa apa selepas itu. Air matanya mengalir laju walaupun dia tidak dapat merasakan apa apa kecuali tendangan anak dalam kandungan.
"Sayang!" Adren berlari ke arah Mellisa. "Sayang!" Dia terus mendekati Mellisa namun Kepala terus dipukul kuat oleh seorang lelaki. Dia menoleh untuk melihat wajah lelaki itu. Lelaki itu tergelak kuat. "Aku dah kata! Kau takkan mampu selamatkan diri dari aku!"
"Kau takkan mampu selamatkan dia daripada aku. Dia milik aku sejak dulu lagi. Aku bakar rumah dia semata mata sebab mama dan papa dia tak izinkan aku kahwin dengan dia."
"Takkanlah aku tak mampu bunuh kau untuk dapatkan dia? Aku diamkan diri selama ini sebab... aku nak tengok sejauh mana kau akan bertahan dengan dia. Rupanya.. lama."
"Sampai dia mengandungkan anak kau! Kau ingat aku nak biarkan je?! Biarlah dia mengandung. Anak dalam perut tu takkan kekal lama. Kalau dia kekal sekalipun, Ill send it out for adoption lepas anak tu lahir!"
Adren memegang kepalanya yang berdarah. "Kenapa kejam sangat kau ni?! Takkanlah kau tak jumpa perempuan lain selain dari isteri aku?! Kau dah gila!"
"Aku memang gila! Aku gilakan isteri kau! Eh... aku gilakan Mellisa Irdina sejak dia kecil lagi!" "Gila! Kau gila! Kalau kau gilakan dia, kau takkan sakitkan dia!!"
Lelaki itu tergelak. "Kau tak tahu nama aku kan?! Aku Nathan." "Aku tak nak tahu tentang kau! Aku nak selamatkan isteri aku. Tolong lepaskan kami. Aku merayu pada kau."
"Kesiankan dia. Kau boleh lakukan apa sahaja pada aku tapi jangan buat apa apa pada isteri aku. Ada nyawa dalam perut dia." "Tak habis habis isteri kau! Sebelum dia jadi isteri kau, dia ialah gadis yang aku cinta!!!"
Adren mendekati Mellisa. Mellisa belum sedarkan diri. "Sayang... bangun pleasee. Selamatkan baby kita demi hubby. Pleaseee."
"Aww sweet. But guess what?! Aku akan hancurkan hidup kau and I'll make her forget you. Aku akan burukkan nama kau depan dia sampai dia bencikan kau!" "Do whatever you want to but..."
Adren terus mencapai pasu di sisinya lalu memukul kepala lelaki itu dengan pasu itu. Sebelum lelaki itu sedar lagi, dia mencapai satu lagi pasu dan memukul lelaki itu sekali lagi. Nathan terjatuh ke lantai. Adren terus mengendong Mellisa ke arah keretanya lalu dia memandu keretanya laju ke hospital.
Adren dibawa ke dalam wad kecemasan kerana dia juga tercedera. Kepalanya berlumuran darah juga seperti Mellisa. Mellisa belum sedarkan diri. Itulah yang menakutkan dia. Dia risau, Allahu. Dia tidak mahu kehilangan wanita itu. Mellisa sedang hamil. Dia tidak mahu kehilangan anaknya dan isterinya!
Amzan dan Adriana berlari ke dalam hospital itu. Jantung mereka berdegup kencang tatkala dengar tentang berita ini dari ibu Adren yang baru sahaja pulang ke rumah pada pagi keesokannya. Mellisa masih belum sedarkan diri pada ketika ini. Adren juga belum sedarkan diri selepas kepalanya dijahit malam semalam.
DIA 🌸
YOU ARE READING
Dia: The revenge 🌸
FantasíaFirst book of Dia series 🌸 Dia selamat dari maut. Entah kenapa dia terasa seperti maut sentiasa mengejarnya. Namun Allah masih takdir-kan dia hidup. Demi sesuatu. Dia terjatuh cinta pada lelaki yang bakal menghancurkan empayar yang dibina oleh aya...