Adren mengambil jawatan sebagai CEO dan mula bekerja di MELLISA HOLDINGS. Pada awalnya, dia memang masuk ke dalam syarikat ini untuk terus hancurkan syarikat ini namun sekarang dia bagai tidak sampai hati. Namun apabila dia terkenangkan wajah ayahnya, dia mula terasa benci dengan papa Mellisa.
Dia tidak bencikan Mellisa. Mellisa mempunyai satu tempat istimewa dalam hatinya. Wanita itu terlalu istimewa untuknya. Bidadarinya. Cinta hatinya. Dia tidak akan lukakan wanita itu. Walau apa sekalipun yang bakal terjadi, dia tidak akan benarkan wanita itu pergi!
Mellisa berjalan ke arah Universiti dia. Dia kembali menjadi pelajar bidang perubatan! Adren memberi dia satu harapan baharu bahawa dia akan menjadi apa yang dia mahukan dalam hidup ini. Dia mahu menjadi doktor. Dan ia akan menjadi kenyataan tak lama lagi. Dengan usaha dia, in shaa Allah.
Kuliah Mellisa tamat. Dia terus mencapai telefonnya dan hantar pesanan kepada suaminya.
Wifey 💍: Assalamualaikum my dear favourite person! How's your day? Good?
My man ❤️: Waalaikumsalam wifey 🥺 I miss you. I miss going lunch with you. I miss looking at you while eating. I miss every moment with you here!
Wifey 💍: Awww husband 🥺 Don't make me sad. You deserve that place. Balik nanti kita nak jumpa juga, husband. Kejap je lagi ❤️
My man ❤️: Can't wait to go home! Miss you!!
Wifey 💍: Miss youu moreeee! 💋 Work smart, hubby. Love you soooo much!
My man ❤️: Sure, sayang. Study smart too. Love you moreeeeee than anythingggg 🥺Mellisa pulang ke rumah lalu melihat ibu mertuanya yang masih terlena di atas sofa. "Ibu... ibu dah lunch ke? Kalau ibu tak lunch lagi, jom lunch dengan Mel? Mel free."
"Ibu rasa macam tak sihat. Rasa panas je badan ibu." "Ibu dah makan ubat? Ibu nak ubat ke? Mel ambilkan ek." Mellisa terus berlari ke arah bilik dia lalu mencapai ubatnya.
Adren memberi salam lalu membuka pintu rumah. Dia melihat Mellisa dan ibunya yang terlena di atas sofa. Mellisa terlena di atas peha ibunya manakala ibu terlena di tempat meletakkan tangan pada sofa tersebut. Adren tersenyum manis. Comelnye ibunya dan isterinya!
"Sayang... Mel.." Mellisa tidak terjaga dari tidurnya kerana dia terasa begitu penat seharian di universiti. Adren terus mengendong Mellisa.
Dia mengendong Mellisa ke bilik mereka. Dia tersenyum sebelum dia berjalan keluar. Dia berjalan ke arah ibunya pula. Dia terus mengendong ibunya juga ke bilik ibunya yang terletak di aras bawah.
"Panasnya badan ibu. Jom pergi hospital?" "Tak nak. Mel dah bagi ubat tadi. Mel cakap, ibu tak cukup rehat agaknya sebab ibu busy uruskan perkahwinan Ad haritu. Takpe... biar ibu rehat. Nanti okaylah tu."
"Betul ke ni? Ibu okay ke?" "Okay je... pergilah naik. Kesian Mel, balik balik terus layan ibu sampai dia tertidur dengan ibu. Lunch pun tidak." "Dia tak lunch pun? Dah waktu dinner ni... Allahu.." Adren terus memanjat tangga ke biliknya.
Dia menghampiri Mellisa lalu mencium dahi Mellisa dan memandang wanita itu lama. "Sayang..." Mellisa terjaga dari tidurnya.
"Bila hubby balik? Sorry ayang tak sedar hubby balik." "Takpa, sayang. Hubby tahu ayang penat. Balik balik terus layan ibu hubby pula. Sayang tak lunch pun lagi. Nanti sakit macam mana? Siapa nak jaga hubby?" Mellisa tersenyum.
"Kalau sayang sakit, hubby takkan jaga sayang ke?" "Ofcourse hubby akan jaga. Hubby akan jaga ayang macam puteri raja. Sayang nak makan apa?" "Apa apa je yang hubby masakkan."
"Okay then.. wait. Ill cook something delicious for you, my angel." Mellisa tersenyum. "I'll help you, hubby." "Nope. Sayang rehat okay?" "Hmm? Im coming with you!"
Mellisa dan Adren berjalan ke dapur. Adriana terus berjalan ke dapur. "Wah! Dua chef dah masuk dapur ni. Makan besarlah kita malam ni."
Mellisa dan Adren tersenyum lalu mengangguk laju. Dia tahu bahawa Mellisa pandai masak namun dia tidak akan biarkan Mellisa masak harini. Biarlah Mellisa rehat hari ini. Mellisa kelihatan pucat pula. Seperti tidak cukup rehat.
DIA 🌸
YOU ARE READING
Dia: The revenge 🌸
FantasíaFirst book of Dia series 🌸 Dia selamat dari maut. Entah kenapa dia terasa seperti maut sentiasa mengejarnya. Namun Allah masih takdir-kan dia hidup. Demi sesuatu. Dia terjatuh cinta pada lelaki yang bakal menghancurkan empayar yang dibina oleh aya...