Amzan dan Adriana memandang Mellisa dan juga Adren yang ditempatkan di dalam wad yang sama. Doktor mengatakan bahawa Mellisa mungkin koma kerana dipukul dengan agak teruk sehingga tidak sedar sejak malam semalam.
Adren terjaga dari tidurnya yang terasa panjang. Ia merupakan tidur yang paling panjang dalam hidup dia iaitu selama dua hari! Mellisa pula sudah pernah koma sebelum ini. Selama hampir 4 bulan.
Adren terus memandang Mellisa di katil di sisinya. Sedikit jauh darinya. "Sayang.." "Abang Ad... akak belum bangun lagi. Doktor cakap... akak mungkin akan koma kalau akak tak bangun."
"Tapi anak dalam kandungan akak selamat, Alhamdulillah. Abang tak perlu risau... sebab akak kuat. Akak pernah selamat daripada koma ni sekali. And now, she's a fighter. She's gonna fight for her. And the baby."
"Sebelum akak bangun... abang akan selesaikan masalah akak. I'm going to settle every single thing. Lelaki tu... bunuh mama dan papa Am. Dia bakar rumah Am. And now... dia nak bunuh abang dan anak kami semata mata sebab dia mahukan Mellisa. He's a psycho. Dia sanggup buat apa sahaja untuk lukakan Mellisa."
Adren memandang Mellisa lalu dia menarik nafas panjang. "I love you, sayang. I need you in my life. We need our baby. I'll have to save our little family. Please stay strong for me. Please wake up. Please let me go..."
Air mata Adren mengalir lalu dia terus menggenggam jari jemari Mellisa. Air mata Adriana mengalir laju. Dia memegang tangan Amzan.
"We should do something for them, Am." Amzan mengangguk laju. "I'll do something for them. I'll never let him go. He should be here... with akak."
Amzan memandang Adriana. "Will you let me go?" "Am..." "Will you?" Adriana melihat ke dalam anak mata Amzan. Air matanya mengalir laju. "I'll do anything for abang and kakak. Go, Am. I love you. Come back for me.." Adriana melepaskan Amzan pergi dengan air mata.
Adriana menghampiri abangnya. "Abang..." "Riana? Am mana?" "Am pergi cari dia." "What?! Why?! Am pergi mana?!" "Am kenal Nathan lebih lama dari abang jadi... he knows the best. I believe him, abang. He'll do something."
"Tapi... Nathan bahaya sangat, Riana. Look at what he did to us! Ask him to come back." "He'll never come back, abang. Selagi belum selesai, dia takkan balik."
"No way! Ask him to come back!" "No! No, abang. Let him do what he wants to. Riana tak boleh biar nyawa abang dan akak bahaya. And... that baby. Akak dan baby tu perlukan abang. Just two more months to go, abang."
Adren memandang Mellisa. Dia mengusap kepala isterinya perlahan. "I miss you, sayang. I miss your voice, sayang. Wake up. Talk to me. Baby pun rindu nak dengar suara sayang. Bangunlah. Hubby rindu sangat sangat pada sayang. Wake up. Look at me."
Amzan memandang Nathan. "Apa yang kau nak dari abang ipar dan kakak aku?! Kau ingat aku tak tahu ke tentang muslihat kau? Kau bakar rumah aku dan dengan niat untuk bunuh... mama dan papa. Kenapa kejam sangat?! Apa yang kau tak puas dengan kami huh?!" Dia menjerit sepuas hatinya.
"Kau nak tahu kenapa? Sebab sejak kecil lagi aku dah cintakan kakak kau. Aku tak lukakan kau sebab kau satu satunya insan yang berbaki untuk dia. Aku tak nak nanti tak ada orang untuk jaga dia. Aku tak sangka dia akan terluka." "What?! Kau tak sangka akak akan terluka?! Apa yang kau fikir masa pukul kepala dia semalam?!"
"Kau ingat aku tak tahu?! Jangan jadi bodoh, Nat. Aku kenal kau sejak kecil lagi. Aku tahu siapa kau. Aku tahu apa niat kau terhadap kakak aku. Jangan mimpi pun untuk dekati dia! Don't you ever dream to get her. Dia milik abang Adren. Dan akan kekal sebagai milik abang Ad hingga hujung nafas dia."
"What?! Dia akan jadi milik aku. Dia milik aku! Dulu kini dan selamanya dia milik aku!" Nathan menjerit sebelum menolak Amzan kuat. Amzan terdorong ke belakang. "Argh!" Amzan menolak Nathan semula. Nathan mencapai pisau yang disimpannya di sisinya lalu dia menghampiri Amzan.
DIA 🌸
YOU ARE READING
Dia: The revenge 🌸
FantastikFirst book of Dia series 🌸 Dia selamat dari maut. Entah kenapa dia terasa seperti maut sentiasa mengejarnya. Namun Allah masih takdir-kan dia hidup. Demi sesuatu. Dia terjatuh cinta pada lelaki yang bakal menghancurkan empayar yang dibina oleh aya...