2

923 58 1
                                    








"Aisyah, daddy perlukan jawapan sekarang." Suara daddy kedengaran tegas di halwa telinga aku. Matanya tajam menikam wajah anak perempuannya.

Buntu. Aku duduk bersandar, cuba menenangkan diri. Bangun pagi dah kena serbu dengan kejutan macam ni, mahu mati awal aku ni.

Mummy di sebelah aku diam seribu bahasa. Anehnya, selalunya mummy yang sering membela aku. Hanya tangannya yang mengusap bahu aku dari tadi.

"Sya tak ada pilihan ke daddy?" Soal aku, masih tidak berputus asa. Hal ini terlalu mengejutkan bagi aku.

Daddy mengeluh berat. "Bila daddy tanya Sya tentang keputusan Sya means I tengah bagi you pilihan. Daddy tak paksa, but macam daddy cakap... ini masa yang sesuai. Bulan depan daddy dah nak pergi Dubai."

Ergh! Aku runsing memikirkan permintaan daddy ini. Tapi macam yang daddy katakan, ini memang yang terbaik buat aku.

Hujung bulan hadapan mummy dan daddy aku terus menetap di Dubai sementara aku tinggal di sini untuk menghabiskan pelajaran. Huh, aku pun tak nak pindah Dubai!

Dan apabila mata aku bertembung dengan abang aku, idea aku muncul. Aku tersenyum lebar. "Kan Arsyad ada, dia boleh jagakan I." Cadangku.

Arsyad yang mendengar namanya disebut oleh aku terus membuntang mata. "Shit! Siapa nak jaga kau?" Makinya geram.

Mendengar makiannya itu, aku tersengih tidak bersalah. Macamlah tidak biasa dengan mulut Arsyad yang suka memaki hamun itu.

"Arsyad akan busy sebab kena jaga bussiness daddy dekat sini." Balas daddy tenang. Sedar atau tidak, daddy sekarang seperti sedang memaksa aku untuk mengikut keputusannya.

Hujung bibir aku ternaik sinis. Aku pandang Arsyad yang di sisi daddy atas bawah. "Arsyad nak take over company? Uihh, bankrup!" Usikku selamba.

Arsyad tak ambil pusing dengan usikan aku. Dia hanya menjeling aku tajam. Macamlah tak biasa dengan adik mereng dia ni.

"Daddy yakin dia boleh jaga kamu dengan baik. Berkali - kali dah dia cakap dengan daddy yang dia nak memperisterikan Aisyah." seperti tadi, daddy masih lagi tidak berhenti memujuk aku.

Bawah bibir aku gigit. Biarpun aku selalu baca novel cinta yang dipaksa kahwin dengan orang yang tidak dikenali, aku tetap rasa benda ni tak munasabah. Eh, tak munasarawak jugak ya! "Dia mampu ke nak bagi kemewahan dekat adik?"

Mata Arsyad tajam mencerlung memandang aku. "Dasar mata duitan," kutuknya.

Aku buat muka toya. Bukan pertama kali aku digelar sebegitu rupa kerana mementingkan harta berbanding segala - galanya. Tapi logiklah-- daddy sudah besarkan aku dengan kemewahan, mustahil aku perlu bersusah - payah selepas kahwin?

"Lebih dari berkemampuan. Yang penting boleh jadi imam adik."

Setepek!

Bibir aku mengukir senyuman senget. Pandai daddy perli - perli aku ya sekarang? "so..."

Mata - mata mereka semua tertumpu ke arah aku, menunggu jawapan muktamad dari aku.

"...okay," ujar aku tenang. Aku tersenyum lebar. Mungkin sudah masanya aku tinggalkan perangai liar dan suka mainkan perasaan lelaki itu. Sudah tiba masanya aku bergelar seorang isteri yang taat pada suaminya. Hu, sejahat aku pun tidaklah terdetik nak curangi suami sendiri.

Daddy tersenyum teruja. "Alhamdulillah ada orang nak jaga anak daddy nanti."

"Bila majlisnya?" dah namanya dia dah jumpa daddy, mesti mamat tu tak mahu bercinta dulu. Ah, aku dah masak dengan gelagat semua lelaki ni!

My Heartbreaker✔️Where stories live. Discover now