"Kau suka lah mamat mata sepet macam tu?"
Mulut aku ternganga. Pulak dah mamat ni. Apa kaitan aku dengan mamat mata sepet tu? Apa salahnya Adrian yang handsome itu!
"Jawablah, kau memang suka jenis bapak orang macam tu ke?" Adam membuka butang lengan bajunya. Matanya memandang aku tajam.
Aku dah duduk di birai katil. Dahi berkerut dengar gelaran Adam. "Kalau I suka jenis bapak orang pun kenapa? You nak suruh I kahwin dengan dia ke?" Tanya aku bersahaja.
Jawapan aku buatkan Adam tergelak sinis. Tali pinggang seluarnya dibuka. "Kau memang suka mencabar kesabaran eh?"
"Tak akan pasal I tolong budak tu pun you nak hangin? I penatlah Adam! I nak tidur!" Aku bangun dari dudukku. Ergh, tak akan dia nak libas aku pakai tali pinggang pula?
Adam tak nak mengalah. Tali pinggangnya dicampak ke lantai. Lengan baju dilipat sampai ke siku. "Tell me, kau memang suka lelaki macam tu ke?"
Aduh! Mata aku dah pandang Adam atas bawah. Ada terhantuk mana - mana ke sampai biul sangat ni? "I cakap I love you kan semalam? You ni kenapa?" Sembur aku geram.
"Apa nama mamat tadi tu?" Dia mendekati aku sehingga tubuhnya benar - benar di hadapan aku. Aduh, mamat ni selalu macam ni.
Gulp!
Air liur ditelan. Tapak tangan aku mengusap belakang leher. "N-nama dia... Adrian." Jawab aku. Aduh apasal dah macam kena penyakit gigil ni!
Adam menundukkan badannya sehingga wajahnya separas dengan wajah aku. Bibirnya mengukir segaris senyuman. "Aisyah, boleh kau janji something dengan aku?"
"Janji apa?"
Jemarinya menyentuh lembut bahu aku. Dia berbisik perlahan di telinga aku, "janji jangan tinggalkan aku macam mana isteri dia tinggalkan dia."
Maksud Adam— mati?
Seketika, aku terdiam. Mati itu bukan urusan aku. Meski aku bukan lah alim mana, tapi aku tetap tahu yang hidup dan mati bukan urusan aku. "I don't know, Adam."
Adam mengeluh berat. Tanpa amaran, tubuh aku terus ditarik ke dalam dakapannya. "Just take care of yourself, Aisyah. Aku nak kau hidup, aku tak nak kau mati."
Erk. Dia bukan sayang aku pun. Aku mati pun apa bezanya? Sama sahaja kalau dia seksa aku, hati aku tetap mati kalau terus diseksa.
Tapi aku hanya mengangguk setuju. Minda aku masih teringatkan budak lelaki tadi. Adrian dan Ayden. Comel sahaja nama mereka berdua. Anak dan ayah rupa pun sebiji.
"Adrian tu kawan aku."
Dahi aku berkerut. "Eh? Tadi you tak tegur dia pun?" Soal aku terus. Selalunya kalau kawan terserempak peluk dulu ke sapa dulu. Ini terus cabut! Baik Adrian mahupun Adam, dua - dua buat tak tahu.
Adam tersengih. Dia duduk di birai katil. "Dia rushing nak naik flight. Aku malas nak tegur. Lagipun, semalam dah jumpa." jelas Adam tentang kenapa dia tak tegur Adrian tadi.
Kepala aku dah mengangguk macam burung belatuk. Kalau Adrian tu kawan Adam, mesti Adam kenal bini dia kan? "Erm, isteri Adrian tu dah meninggal ya?" Tanya aku lagi.
Dahi Adam berkerut. Sepertinya isu itu bukanlah isu biasa. "Aku kenal Adrian masa aku dekat Australia. Masa tu dia lari dari anak bini dia. Dia lelaki yang baik, kawan yang baik..." seketika, Adam terdiam. "... then satu hari kitorang balik Malaysia. Suddenly, Ayden tegur Adrian masa kitorang tengah sembang. Nampaknya dia kenal ayah dia even Ayden tak pernah jumpa ayah dia sejak lahir."
YOU ARE READING
My Heartbreaker✔️
Romancemempersembahkan- wanita yang sulit untuk jatuh cinta, sekali jatuh paling setia. ~~~~~ bunuhlah aku, jika itu dapat melegakan segenap hatimu. hukumlah aku, jika itu bisa menghapus dendammu, bencilah aku, jika itu permulaan cintamu. meski aku hanya...