Mata aku terbuka apabila terasa ada tangan yang menyentuh lengan aku. Aku mengerdipkan mata beberapa kali. "Aduh..." pergelangan tangan aku rasa seperti ditekan."Sorry buat kau terjaga," dingin.
Aku dah tak mampu nak lelapkan mata kembali. Mata aku dah segar tengok pemandangan di depan mata. Dengan Adam yang tengah menyapu krim di pergelangan tangan aku tanpa berbaju. Aduh, Adam. Apa seksi - seksi ni? Bilik ni sejuk tahu tak?
Melihat aku yang memandangnya, Adam merenung aku lama. "Pinggang kau sakit tak aku tolak tadi?" Soalnya.
Pantas aku bangun dari baring. Mata aku mengerling pada jam di dinding. Dah pukul dua pagi-- mamat ni tak tidur lagi ke?
"Aku buat kerja tadi. Bila nak tidur, kau pulak bising sakit - sakit." dia terlebih dahulu menerangkan pada aku. Adam masih lagi tak melepaskan tangan aku.
Dahi aku berkerut. "Eh mana ada I meracau dalam tidur! Lagipun I tak sakitlah! You ingat I ni lemah ke apa?" aku bersuara dengan nada berlagak. Asik nak biar dia menang je, mana boleh!
Adam sudah tersenyum sinis. Tangannya terus mengetuk kepala aku. "Perasan!"
Aku mengaduh sakit. Kejam punya jantan. "Sakitlah! You ni pagi - pagi buta dah macam hitler kenapa?" perli aku geram. Eh, tadi tolong orang-- ini apo main ketuk - ketuk?
Dia tidak menjawab. Sebaliknya menekan kesan melecet di pergelangan tangan aku. "Ni tak sakit?"
Dahi aku dah berkerut. Bibir aku mencebik. "Ya lah, memanglah sakit. Tapi sikit je."
"Sorry." Sepasang mata hazel itu merenung aku sedalamnya. Adeh, seramlah!!!
Perlahan - lahan aku menganggukkan kepala. Bibir aku mengukir segaris senyuman. "It's okay. Yang paling sakit tu kat sini." Hujung jari aku menekan dada aku.
Adam terdiam. Dia mengetap bibirnya.
"But that's your intention right? Of course I have to feel this, it is what you want." aku merenung wajah itu sedalam - dalamnya. Kenapa dia kena buat muka bersalah padahal dia sendiri yang nak benda ni jadi.
Mendengar akan itu, Adam mengukir senyuman sinis. "yeah, baru la namanya balas dendam kan?" sebelah matanya dikenyit pada aku.
Balas dendam, huh?
Aku menggigit bawah bibir. "Hidup ni ada pilihan, Adam. Dari you terus seksa I dengan benda yang tak berkesudahan ni, better you stop. Kalau you pilih I untuk hidup bahagia..." sepasang mata hazel itu aku renung dalam. "... together and forever, both of us will be happy."
Dia tersenyum sinis. Tangannya naik menyentuh pipi aku. "That easy? Without tears?" Soalnya sinis.
Dahi aku berkerut mendengar soalannya. Aku mengeluh berat. " I think I'm in love for the first time, Adam. I..."
Wajah dia rapatkan dengan wajah aku. Adam merenung mata aku. "Once you fall in true love, your smile daily with tears in your eyes." Bibirnya perlahan - lahan mengucup dahi aku.
"I love you, Adam." aku yakin, aku tak ragu lagi dengan perasaan ini. Aku memang dah sah mencintai suami aku sendiri.
Adam tersenyum tajam. "Adam yang dulu memang cintakan kau. Tapi Adam yang itu dah mati dan aku... Adam yang akan hancurkan hati kau,"
Aku mengigit bawah bibir apabila sepasang mata hazel itu merenung aku dari atas ke bawah. Aduh, seram pula aku dibuatnya.Selalunya lelaki pandang atas bawah macam tu bila pakai seksi je kan? Ini kenapa aku pakai jubah pun dia pandang macam nak telan ni? Seram.
"Kau cantik," matanya terhenti pada wajah aku.
Senyuman aku dah melebar apabila dipuji begitu oleh Adam. Aku bukannya tak pernah kena puji, maklumlah aku kan hotz! Tapi bila Adam yang puji, lemah terus lutut!
Dia menapak mendekati aku. Tangannya terus menarik pinggang aku merapat dengannya. "Kau cantik bila kau tutup aurat. Aku suka kau tutup kecantikan yang aku sahaja boleh tengok,"
Pucuk hidungnya digeselkan pada pipi aku. Adam memeluk erat pinggang aku.
Perlahan - lahan tangan aku menolak dadanya. Aku menjegilkan mata padanya. "Jangan nak mengada ye, nanti kita lambat sampai airport."
Adam tersenyum mendengar amaran aku. Dia menyilangkan tangan pada dada. "Oh yeah?"
Aduh, senyum pun handsome. Ini yang lemah iman ni. Aku menyimpul senyuman. "Adam, nak tau something tak?"
Mamat tu dah berkerut. Dia memandang wajah aku. "Apa benda?"
Sepasang mata hazel itu aku renung sedalamnya. "Your smile literally the cutest thing I have seen in my life." ucap aku.
Bibir Adam kelu. Tangan dia dah naik menggaru belakang leher. "err, tadi kau kata takut lambat kan? Cepatlah! Aku tunggu dalam kereta." Dia cepat - cepat melangkah keluar bilik.
Aku dah tergelak kecil melihat reaksinya. Baru puji sikit pipi dah merah. Malu lah tu. Alahai, comel!
Aku cepat - cepat mencapai beg tangan dan keluar dari bilik. Berlari- lari anak aku keluar rumah. Heels aku capai secepat yang mungkin. Adam dah buat muka naga dah tu.
Masuk sahaja kereta, Adam menjeling aku tajam. "Lembab macam Mak Minah." kutuknya selamba.
Aku mencebikkan bibir. Eleh, mak minah ni lah yang dia nak kahwin!
Seketika aku mendapat idea apabila Adam menggosok matanya. "Aduh, mata aku gatal tho."
"Meh I tiup, masuk habuklah tu." aku terus mencengkam rahangnya. Mata aku tajam merenung sepasang mata hazel itu. "I forgot to admire the stars when I saw your eyes." bisik aku lembut.
Adam tersentak. Tangan aku segera ditepis. "geli lah kau ni." kereta sudah dipandu meninggalkan villa mewah ini.
Ketawa jahat aku meletus. "You malu ke?" usik aku.
"Mana ada!"
Makin galak aku gelakkan dia. Nak sorok apa lagi, pipi tu dah merah! "Ye, pipi you merah!"
Tangan Adam sebelah menutup pipinya. "Mana adalah!" jeritnya.
Aku dah tergelak terbahak - bahak. "Eleh, tak nak mengaku you malu!"
Adam menjeling aku tajam. "Kau boleh diam tak perempuan?" mesti menyesal kahwin dengan aku ni HAHAHA.
Tangan aku pantas menutup mulut. "ops, sorry sayang..." sengaja.
"Diamlah!"
Aduh, sumpah aku tak boleh move on tengok muka dia malu. Rasa nak geget!
"Adam..." tangan aku mencapai sebelah tangannya lalu diletakkan di atas riba aku. "even on the last string of hope, I would still wait for you,"
Dia terdiam. Kali ini, tumpuannya difokuskan pada pemanduan. Aku tak tahu dia malu atau marah— yang aku tahu, Adam nak aku berhenti.
Nafas dihela berat.
Mencintai itu tak semudah yang disangka, Aisyah.
maaf kerana lambat update HUHUHU. sis swimming patu tido je HAHAHAHA.muah :)
YOU ARE READING
My Heartbreaker✔️
Romancemempersembahkan- wanita yang sulit untuk jatuh cinta, sekali jatuh paling setia. ~~~~~ bunuhlah aku, jika itu dapat melegakan segenap hatimu. hukumlah aku, jika itu bisa menghapus dendammu, bencilah aku, jika itu permulaan cintamu. meski aku hanya...