6

660 48 12
                                    





Jantung aku berdegup laju apabila melihat wajah itu sebaik aku membuka mata. Tubuh kecil aku tenggelam di dalam dakapannya. Kepala aku dialas dengan sebelah tangannya sementara yang sebelah lagi memeluk pinggang aku erat membuatkan wajahnya benar - benar di hadapan wajah aku. 

Aku tidak tahu aku harus katakan ini buat yang ke berapa kali, namun wajahnya memang kacak. Tambahan pula wajahnya tenang semasa melelapkan mata. Tenang seperti bayi kecil, bukan seperti Adam yang aku lihat semasa dia membuka mata. 

Tangan aku beranikan dengan menyentuh pipi lelaki itu. Ibu jari aku mengusap lembut rahangnya yang bersih dari sebarang janggut atau bulu. Bagus, rajin shave!

"Kenapa you nak seksa I lagi, Adam. Ini masa yang tepat kalau you nak I cintakan you. I nak sayangkan you sebagai suami I, Adam... I nak sayangkan you macam mana I tak pernah sayang lelaki lain seperti you." 

Tanpa sedar, air mata aku jatuh lagi. Aku sendiri tidak faham kenapa Adam mahu menyeksa aku dengan cara begini. Tapi kalau dah tujuannya nak sakitkan hati aku-- he did it very well. 

"Berapa lama you nak seksa I? Baru dua hari kahwin dengan you pun I dah rasa terseksa gila." rintih aku, penuh sayu. Aku mahu dilindungi, bukan dibenci. 

Hujung jari aku jatuh pada seculas bibir merahnya. Bibir ini yang melafaz akad nikah dua hari lepas, bibir ini juga yang memaki aku penuh benci. "Lepas you seksa I, mesti you ceraikan I kan?" 

Cerai. 

Bibir aku melakar senyuman kelat apabila teringat akan perkataan itu. Baru dua hari bernikah, aku sudah fikir soal cerai? Bukan aku meminta, tapi itu tentu hakikatnya. Selepas hatinya puas menyeksa aku, tentu Adam akan melepaskan aku. 

"Who said it?" 

Jantung aku hampir luruh apabila sepasang mata hazel itu memandang aku dengan pandangan tajamnya. He makes me breathless. 

"Siapa cakap aku akan ceraikan kau?" soalnya perlahan. Suara serak basah baru angun tidur itu benar - benar membuatkan aku terpukau. Aduh, dia memang seksi!

Melihat aku masih mendiamkan diri, tangannya mengeratkan lagi rangkulan pada pinggang aku. Bibirnya mengucup lembut ubun - ubun aku. "Aku tak nak lepaskan kau."

Tangan aku tanpa sedar mencengkam bajunya di bahagian dada sehingga hujung kuku aku tenggelam ke dalam kulitnya. 

Aku mengetap bibir. Kepala aku terpaksa mendongak untuk melihat wajahnya. "k-kenapa?"

Adam tersenyum segaris. Kali ini bibirnya berlabuh pada dahi aku, lama. "cause you are my favourite destination and our jurney is endless." bisiknya tepat di tepi cuping telinga aku. 

Lutut aku rasa melonggar. Bisikan itu benar - benar membuatkan jantung aku lemah. Patutlah Adam kena garang, kalau dia berbisik pun boleh buat aku mati kejung. 

"Adam," panggil aku. 

Matanya jatuh pada wajah aku. Dia tidak bersuara, hanya keningnya diangkat pada aku. Menanti aku meluah kata. 

"I promise, I will accept your past, will support your present and will encourage your future." Ujar aku sambil memandang tepat ke dalam anak mata hazel itu. Aku juga harap-- dia tidak akan melepaskan aku. 

Seperti tadi, Adam masih diam tanpa sebarang reaksi. Cuma tangannya yang mengelus lembut rambut aku sebelum dia bersuara perlahan. "Aisyah,"

"Yes?" 

"I'm sorry,"


aku hanya mahu waktu ini terus kekal begini. Jika aku yang memegang masa, aku mahu masa terhenti di sini. Di dalam pelukan seorang suami. 

My Heartbreaker✔️Where stories live. Discover now