Langkah kaki aku ayun ke butik pengantin itu seraya mata aku tekun melihat telefon. Aku ingin memastikan ini butik pengantin yang tepat seperti yang daddy berikan.Belum sempat aku ingin mengangkat wajah-- tubuh aku sudah dilanggar seseorang. Akibatnya, aku hampir - hampir terjatuh ke belakang. Lelaki yang melanggar aku itu bertindak pantas dengan merangkul pinggang aku.
"Aduh, sorry. I yang jalan tengok phone tadi." tutur aku lembut. Aku merenung tepat le dalam anak mata lelaki itu.
Dia terdiam. Matanya langsung tidak dikalih dari memandang aku. Sepertinya dia terpaku melihat aku. "Erm..."
Perlahan - lahan, aku menolak sedikit tubuhnya. Memanglah dia tolong aku, tapi tak akan nak bagi dia peluk sampai Subuh esok pulak? "I minta maaf."
Lelaki itu masih berdiri tegak memandang aku atas ke bawah. Dan saat sepasang mata hazel itu bertembung dengan anak mata aku, jantung aku berdegup lebih laju dari biasa. Entah kenapa-- aku rasa seperti pernah lihat wajah lelaki ini.
"Sir, i'm sorry okay?" aku mengukir segaris senyuman buatnya. Aduh, kenapa dia tenung aku macam nak telan ni?
Namun hampa. Senyuman aku hanya dibalas dengan anggukan darinya. "It's okay, lain kali pandang depan bila jalan." ujarnya serius sebelum terus berjalan pergi.
Aku mencebik meluat melihat tingkahnya. Itulah lelaki. Dia yang sedap peluk aku-- nak acah suci pulak. Menyampah! Lelaki semua sama sama sahaja.
Namun sejenak, aku terpaku di hadapan pintu butik itu. Mata hazelnya, wajah itu dan suara garau itu-- entah kenapa aku rasa seperti pernah lihat sebelum ini. Tapi mustahil kerana dia sendiri tidak kenal aku. Ah, Aisyah. Barangkali dia salah seorang model dalam majalah yang aku selalu lihat.
Nafas dihela berat. Buang masa sahaja fikir tentang lelaki yang tidak dikenali itu. Pintu butik itu aku tolak perlahan dan saat kaki aku melangkah masuk, pekerja di dalamnya terus menerpa ke arah aku. "Anak Tengku Zaid?" soalnya mesra.
Laju, aku anggukkan kepala. Mendengar nama bapa aku yang disebut oleh pekerja itu membuatkan beberapa pelanggan di dalam itu memandang aku. Ergh, ini yang aku benci jadi anak Tengku Zaid!
"Okay, Tengku Aisyah boleh duduk dulu ya? Saya ambilkan baju Tengku," pekerja itu lalu meminta diri.
Aku terus labuhkan punggung di atas sofa yang terdapat di dalam butik ini. Mata aku meneliti iasan dalaman butik pengantin ini. Cantik, temanya yang berasaskan vintage membuatkan butik ini sangat menarik perhatian.
"Tengku, ini bajunya."
Mata aku jatuh pada baju yang dipegangnya itu. Mulut aku terlopong. Bukan kerana gaun pengantin aku terlalu cantik tapi-- huh. "Awak sure ke ini gaun saya?" soal aku cuba mencari kepastian. Mana mungkin gaun aku begini.
Pekerja itu tersenyum segaris. "Ya, Tengku. Tadi pasangan Tengku dah datang dan confirmkan. Dia pun dah try tadi." ujarnya.
Dahi aku berkerut pula. Pasangan? Eh tadi daddy kata bakal suami aku itu di London sekarang. Boleh pula dia datang? Hampeh!
"Tengku cuba dulu ya?"
"Okay."
Seperti yang dimahukan, aku mencuba baju itu. Ternyata, aku tersilap menilai luarannya. Apabila dikenakan pada tubuh aku, gaun ini nampak begitu cantik sekali. Nmun, ada sesuatu yang aku rasakan saat ini. Rasa seperti-- tidak lengkap.
YOU ARE READING
My Heartbreaker✔️
Romancemempersembahkan- wanita yang sulit untuk jatuh cinta, sekali jatuh paling setia. ~~~~~ bunuhlah aku, jika itu dapat melegakan segenap hatimu. hukumlah aku, jika itu bisa menghapus dendammu, bencilah aku, jika itu permulaan cintamu. meski aku hanya...