7

633 46 3
                                    



Huh, bosan! Bosan! Bosan!

Berapa lama aku nak terkurung dalam villa ni? Hari- hari aku kena sembang dengan Mak Teh je, bosak juga. Nak luangkan masa dengan Adam? Malam sajalah. Dia pergi kerja awal pagi, sebelum maghrib baru lah balik. Lepas tu kalau dia stress, aku juga yang ditengking. Huh, satu bulan yang membosankan!

Mesej yang baru dihantar oleh Sally aku lihat lagi. Ergh!!! Nak ikut!

sally
babe, you nak ikut tak party birthday I? Grand hyaat tau!

Sakitnya hati bila baca balik. Kalau aku cakap dekat Adam yang aku nak pergi party, mahu aku kena pancung! Arghhhh!!! Iphone aku campak ke tengah katil. "Bosan! Bosan!" 

Tapak tangan aku terus menekup muka. Ya Tuhan, aku dah penat nak explore rumah tengah - tengah hutan ni. Takkan lah aku kena teroka hutan pulak... "argh!"

"Hoi, kau dah kenapa?" 

Alamak, serigala jadian dah balik. Hehehe. Aku terus tersengih tak bersalah. Punggung diangkat dari katil, lalu aku melangkah mendekati Adam. "Hehehe, sorry. I... melepaskan stress."

Keningnya berkerut. Agaknya dia memang tak pernah lepaskan tekanan dengan menjerit kut. Tanpa mempedulikan pandangannya, tangan aku perlahan - lahan membukakan blazernya. 

"Kau tolong Mak Teh kemas rumah tak tadi?" soal Adam. 

Kepala aku terus mengangguk macam burung belatuk. "I tolong, I siap mopkan lantai tau." ujar aku teruja. Yalah, rumah ni mana ada bibik, jadi memang aku yang perlu lakukan semua benda. Mak Teh pula hanya memantau aku. 

Rumah ni dah lah ada ccctv, kalau Adam tahu aku tak buat kerja-- tak ke kena kurung dalam stor? 

"Bagus," suaranya mengendur. Seperti selalunya, tubuh aku terus didakap erat. Kalau aku melepaskan tekanan dengan menjerit, Adam pula dengan memeluk aku. 

Wajahnya terus disebamkan pada ceruk leher aku. Tangannya melingkar merangkul pinggang aku. "Aisyah..." suaranya dah serak.

Aku dah teguk air liur. Hah, sudah... serigala ni nak menangis ke? Janganlah... 

"I'm tired... I need a break... but..." tubuhnya menggigil kerana menangis. Adam sudah teresak - esak di dalam pelukan aku. 

Okay, aku tahu aku tak patut cakap macam ni. Tapi, tak rasa ke dia comel bila menangis macam ni? Alahai, Adam... comel je awak ni. 

Tangan aku mengusap lembut belakang badannya. Selama sebulan ini, ini bukan kali pertama Adam begini. Memang akan ada hari tertentu yang dia tertekan kerana penat, atau sebab terlalu banyak masalah syarikat-- dia memang akan menangis. 

"You boleh luahkan dekat I, okay? Don't cry like a baby." Aduh, ini dah macam pakej mak pujuk anak dah ni... 

Esakan tadi semakin perlahan, cuma pelukannya semakin erat sahaja. Aduh, Adam. Aku dah lenguh pinggang kau peluk macam nak patah. Bahu aku pun dah lenguh kau nangis atas ni. Dia ingat dia ringan ke?!!!

"I want a better life, tapi aku penat... aku penat untuk terus kerja bagi dapatkan duit. Ini bukan bidang aku, aku tak nak kerja macam ni..."

Aku tahu. Mak Teh ada cerita dekat aku yang Adam terpaksa sahaja ambil alih syarikat itu. Syarikat tu ialah peninggalan bapa tirinya. Lepastu, bapa tiri dia tak ada ahli keluarga jadi dia turunkan semuanya pada Adam. Ibu Adam pula paks aAdam ambil alih syarikat itu sebab kasihankan suaminya. 

Tapi Adam... dia suka melukis. 

Bibir aku melakar senyuman kecil apabila teringatkan memori dulu. Dulu, Adam senior dalam bidang yang sama dengan aku iaitu bussiness. sebab tu aku buli dia dulu hihihi. Aku akui, aku selalu tengok dia melukis. Lukisannya cantik. 

My Heartbreaker✔️Where stories live. Discover now