8

614 44 2
                                    





"Sally!"

"Sya!"

Sally terus berlari mendapatkan aku. Tubuh aku dipeluk erat macam tak mahu lepas lagi. Huh, sebulan tak jumpa ni.

Aku tersenyum senang. Akhirnya, dapat juga aku jumpa manusia yang aku rasa nak lenyek sepanjang masa ni. Pelukan dilepaskan. "Kau sihat?" Soal aku memulakan perbualan.

Sally tidak menjawab. Matanya jatuh pada penampilan aku. Dari atas ke bawah, lalu matanya berhenti tepat di wajah aku.

"Kenapa? Aku makin cantik kan?" Sempat aku angkat bakul sendiri. Kaki dengan selamba melangkah masuk ke dalam penthouse milik Sally ini.

Dari terdiam seribu bahasa, Sally terus mencebik meluat. "Kau nak banyak berubah tahu tak?! Sejak bila bertutup litup ni?"

Erk. Soalan apa tu?

Takkan aku nak jawab sebab Adam suruh pula. Nanti mesti Sally tanya lebih - lebih. Kalau boleh, aku tak mahu sesiapa pun tahu bagaimana caranya Adam layan aku. Walaupun dia beku dan dingin, ada kalanya dia memang sangat baik.

Bibir aku mengukir segaris senyuman. Tangan Sally ditarik supaya duduk di sebelah aku. "Aku nak berubah. Tak boleh ke?"

Tawa kecil Sally terlepas. Dia duduk bersandar memandang aku. "Berubah? Lepas kahwin baru nak berubah?" Soalnya tak mahu kalah.

Dahi aku berkerut. "Iyalah!"

Dia tersenyum sinis. Jarinya mencuit pipi aku. "Cakap je lah suami kau suruh!" Ujarnya dengan riak bangga. Aku tak tahu kenapa dia bangga kenapa. Mungkin sebab— dia tak dipaksa pakai tudung?

Entah kenapa, ada satu perasaan yang menjalar dalam hati aku bila Sally berkata begitu. Kata - kata itu seolah menikam aku sendiri. Aku menghela nafas perlahan. "Suami aku tak paksa, aku yang naklah."

Melihat wajah serius aku, Sally mengetap bibir. Dia tenung wajah aku sedalam - dalamnya. "Pakai make up pun dia tak kasi ke?"

Pap!

Sally terus memegang kepalanya yang dah ditepuk oleh aku. Dia pandang aku dengan mata yang membulat. "Sakitlah!" Jeritnya tak puas hati.

Aku tergelak. "Aku tak make up sebab tak sempatlah! Lagipun bukan nak pergi mana, nak jumpa kau je pun. Nak make up buat apa?" Okay ini memang benar. Aku memang tak sempat nak bersolek bagai.

"Eh, malam ni kau tak pergi party aku?" Soalnya dengan mulut yang memuncung. Yalah, mana pernah aku tak pergi party birthday dia.

Bibir aku mengukir senyuman kelat. Tangan aku naik memeluk bahu Sally. "Tak boleh lah babe. Aku kan dah kahwin. Mana boleh balik malam." Aku cuba mencipta alasan.

"Alah, kau cakaplah dekat suami kau! Mesti dia bagi kan?"

Mata aku memandangnya tajam. Eh dia ingat Adam tu senang nak dibuat bincang ke hah. Aku nak jumpa dia pun bukan main payah, nak pergi party pulak?

Aku dah memeluk tubuh. "Dia kasi aku jumpa kau pun dah cukup okay?"

Sally mencebik. "Tak sportinglah laki kau tu."

Eh dia kutuk suami aku pulak. Aku luku juga minah ni kang. Bibir aku dah mencebik. "Party pulak tu, memang kena bunuh lah aku kalau pergi."

Mendengar akan itu, Sally terus buat muka sepuluh sen. Matanya dikerdipkan banyak kali. Tangan aku dicapai. "Alah please babe... tak special la birthday aku without kau!"

Kepala aku pantas menggeleng laju. "No! Aku kena balik sebelum maghrib!" Bantah aku.

Sally memuncungkan bibir. "Kalau kau tak join aku cancel je la party tu!" Hah sudah dia nak ugut pulak.

My Heartbreaker✔️Where stories live. Discover now