Suasana agak bising dan serabut malam ini. Bilik yang ditempah oleh Sally penuh dengan manusia. Entah kenapa, aku hanya duduk saja dari tadi. Sumpah tak ada mood nak karaoke dan bersuka - ria macam orang lain.Mata aku jatuh pada pakaian aku. Blaus dan skirt tadi dah diganti dengan dress sehingga paras lutut. Ini kepunyaan Sally. Katanya, pakaian aku tak sesuai untuk ke party. Memanglah tak sesuai, bukan aku nak pergi pun.
Aku tak dapat tipu perasaan ini. Aku rasa sangat bersalah. Tentang pakaian aku, tentang aku pergi party. Huh, apa yang aku buat ni?
"Sya, kau kenapa macam tak enjoy ni?" Sally melabuhkan punggung di sisi aku. Mungkin dia pun perasan yang aku banyak duduk diam sejak parti bermula. Padahal sebelum ini, aku lah manusia paling bersemangat dalam party!
Aku tersenyum hambar. Juntaian rambut yang jatuh ke dahi aku tolak ke belakang telinga. "Aku penatlah, Sally. Aku nak balik." ujar aku serius.
Bibir Sally mencebik. "Sya, kau kata kau rindu aku. So, jomlah spend time!" dia dah merungut tak puas hati.
Jujur, aku dah tiada daya nak ikut kemahuan Sally. Aku lagi risaukan Adam. Mesti dia cari aku. Alahai, kenapa aku bodoh sangat tadi?
"Janganlah buat muka macam tu. Nanti kau balik juga kan? Laki kau nak marah apa?" yakin sahaja Sally berkata. Macamlah dia yang duduk serumah dengan Adam!
Mata aku mecerlung memandangnya. Ergh, patut tak aku kata yang Sally ni kawan yang bawa pengaruh buruk? "Kau tak kahwin lagi. Kau tahu apa? Kalau ingkar arahan suami, tak cium bau syurga tau!" itu dia ustazah Aisyah berbicara.
Melihat aku yang dah naik berang, Sally terdiam. Dia terus mengeluarkan kunci rumahnya dari beg. "Nah, pergi tukar baju. Sorry."
Aku tersenyum segaris. Kunci di tangannya aku ambil. Kaki aku segera melangkah keluar dari tempat yang tak ubah macam kelab malam itu.
Sampai di depan hotel, aku terus menahan teksi untuk ke rumah Sally. Aku nak tukar pakaian dulu sebelum balik.
"Pak cik, ke Apartmen Ellira?"
Pakcik teksi itu mengangguk laju. Aku apa lagi— terus masuk ke tempat belakang. Iphone di dalam beg aku keluarkan semula. Rasanya dah kena on balik ni.
"Anak nak pergi mana seorang diri ni?" Ramah pak cik tu bertanya. Dia mengintai wajah aku dari cermin hadapan.
Aku tersenyum manis. "I nak balik rumah. Tadi ada majlis." Jawab aku mesra. Pak cik ni nampak baik saja, apa salahnya layan dia baik juga.
Pak cik itu mengangguk laju. "Kenapa balik seorang? Bahaya tahu tak?"
Tak akan aku nak jawab yang aku ingkar arahan suami pulak. Mampus! Aku hanya tersenyum sahaja. Sampai di depan apartmen Sally, aku terus bayar dan berlalu.
Tangan aku terkocoh - kocoh mengeluarkan kunci rumah Sally di depan pintu. Aduh— mana kunci ni. Seluk dalam dalam lagi—
Haaa jumpa!
"Cantik my lady."
Kunci tadi terus jatuh dari tangan aku!
Tubuh aku terkaku di depan pintu. Suara itu memang dah tak asing di telinga aku. Apa aku dah buat ni? Aku memang tempah maut!
Dia hanya tersenyum sinis melihat reaksi terkejut aku. Kunci yang jatuh tadi dicapai semula. "Ikut aku balik sekarang." Arahnya tegas.
Aku mengetap bibir. "Tapi boleh tak I nak tukar baju dulu? I nak pakai baju tadi." Pinta aku perlahan. Suara aku dah tenggelam sebab takut punya pasal.
YOU ARE READING
My Heartbreaker✔️
Romancemempersembahkan- wanita yang sulit untuk jatuh cinta, sekali jatuh paling setia. ~~~~~ bunuhlah aku, jika itu dapat melegakan segenap hatimu. hukumlah aku, jika itu bisa menghapus dendammu, bencilah aku, jika itu permulaan cintamu. meski aku hanya...