26

807 41 19
                                    

i thank God every morning,
for giving me another day
to live with you.

i thank God every morning,for giving me another dayto live with you

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



"Adam, cantik tak tudung ni?"

Tudung yang aku belek tadi aku tunjuk pada Adam. Mahu dia lihat juga. Maklumlah kita ni isteri cantik untuk suami.

Dahi Adam berkerut. Tangan dimasukkan ke dalam poket. "Buruklah ada bunga - bunga ni. Nampak macam nenek." kutuknya selamba.

Erk.

Aku menampak lembut lengan Adam. Segan bila pekerja butik itu memandang kami apabila Adam kutuk tudung itu.

"Yelah. You pilihkan lah mana cantik." bibir mencebik. Boleh gila aku membeli - belah dengan Adam. Semuanya tak kena— habis yang mana cantik?

Adam tak menjawab. Matanya memerhatikan tubuh aku dari atas ke bawah. "Aku pilih yang ni."

Dahi aku berkerut. Apa mamat ni merapu siang - siang ni, aduhai. "Pilih yang mana? Tunjuklah senang." balas aku geram.

Soalan aku dibalas dengan tawanya. Adam melangkah setapak menghampiri aku. "Yang ni!"

Dahi aku ditunjal selamba dengan jarinya. Aduh, perangai tak macam bakal ayah! Syaiton betul.

"Sakitlah bongok!" Jerit aku sambil menggosok dahi yang ditunjal Adam. Bibir sendiri dijuih. Apalah nasib dapat suami macam ni. Tak boleh ke romantik macam suami Dhia hari tu?

Adam tersenyum senang. Senang sekali dapat kenakan aku. "Pilih je apa kau nak. Aku okay je semua." ujarnya serius.

Aku julingkan biji mata ke atas. "I nak cantik depan you ni. Pilihlah mana cantik!" Bentak aku geram. Cakap dengan Adam ni umpama cakap dengan anak itik!

"Kalau nak cantik depan aku, tak payah pakai tudung."

Erk.

Tangan aku sekali lagi hinggap pada bahu Adam. "Nak suruh I free hair balik ke apa?" Perli aku. Ish tak mahu lah free hair balik. Seksa!

Adam menyengih. "Pilih je lah apa pun. Aku dah lenguh betis tunggu kau tahu." Dia dah putus asa. Tak sangka lah tu kena tunggu bini shopping lama macam ini.

"Duduklah dekat kerusi tu dulu." Jari aku tuding pada sofa di tengah butik. Eh mamat ni gatal je. Macamlah tak nampak sofa tu dari tadi.

Dia mencebik. Tangan memeluk tubuh. "Tak naklah aku nak tengok kau."

Awhhh.

Aku tersenyum senang. Rasa nak peluk je mamat ni sekarang. "Sweetlah you ni."

Adam kerut dahi. "Apa yang sweetnya? Aku cakap aku nak tengok kau je." Balasnya polos. Buat - buat tak pahamlah tu.

Kan aku dah kata. Adam ni hampeh! Jauh sekali nak romantik macam suami si Dhia tadi. Huh, berangan mampulah.

"Tengoklah sampai mata buta pun." gumam aku. Tangan aku masih membelek tudung - tudung berjenama di dalam butik ini.

My Heartbreaker✔️Where stories live. Discover now