20

804 53 16
                                    

don't make her fall in love,
if you cant love her.

Dari tadi lagi Adrian perhatikan kawannya yang asik mengerling ke arah phone itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Dari tadi lagi Adrian perhatikan kawannya yang asik mengerling ke arah phone itu. Notifikasi tak berbunyi pun nak periksa juga.

Parah dah manusia bernama Adam ini, hati Adrian mendesis.

"Dari tadi duk belek phone tu. Kau je lah call dia." Adrian akhirnya bersuara. Nak tergelak dia tengok Adam asik scroll gallery. Padahal tengah tunggu bini telefon. Alahai lawak!

Adam tersentak dengan teguran Adrian. Phone terus disimpan ke dalam poket seluar. "Nak call siapa... aku..."

Melihat Adam masih tak mahu mengaku, Adrian tergelak kecil. Inilah manusia. Ego sentiasa menguasai diri.

Dahi Adam berkerut melihat Adrian menggelakkannya. "Apa yang lawak huh?!"

Kali itu Adrian mengangkat bahunya. Rasanya dia tahu bagaimana nak buat Adam mengaku dengan perasaannya. "Tak adalah, aku teringat isteri kau tu. Cantik juga, kan?" Dia mengangkat kening. Sengaja nak uji Adam.

Mendengar soalan Adrian, Adam sudah mengetap bibirnya. Dia teringat pula yang Aisyah pernah puji Adrian. Haih... masalah negara!

Lagi - lagi bila difikir balik, sahabatnya itu sudah bujang semula. Sudahlah Aisyah ambil berat sungguh tentang Adrian. Jangan - jangan bermimpi nak jadi isteri Adrian tak?

"Aisyah tu dahlah cantik, lembut pula tu orangnya." sengaja Adrian memanaskan hati kawannya. Macamlah dia tak tahu Adam tak suka dia sebut pasal Aisyah. 

"Seronok eh kau puji bini aku. Tak lama lagi kubur kau pulak sebelah bini kau." Adam memberi amaran keras. Tak suka betul Adrian bergurau begitu. 

Antara dia dan Adrian, Adrian memang lebih sopan dan lemah lembut terhadap perempuan. Di sebabkan tutur kata Adrian yang sopan itu, ramai saja yang jatuh hati pada kawannya itu. 

Siapa lebih kacak?

Mereka kacak mengikut cara mereka sendiri. Kalau yang mina lelaki macho dan garang, bolehlah dapatkan Adam. Tapi kalau yang suka lelaki jambu - jambu ala mamat korea, silalah dapatkan Adrian. 

Adrian tersengih mendengar amaran Adam. Dia memeluk tubuh. "sayang jugak kau dengan dia kan?" 

Kali itu Adam tersenyum segaris. "Siapa tak sayang bini weh?" wajah tenang Adrian dipandang. 

"Dia tahu?" tipulah Adrian tidak tahu kisah cinta Adam. Mereka rapat sudah lama. Sebelum dia jumpa Aisyah pun dia sudah tahu tentang wanita itu. 

Tapi di hatinya tetap satu, Zahra. 

Adam mengangguk. "tahu." 

Tersenyum Adrian mendengar pengakuan Adam. Walaupun Adam beku, lelaki itu tetap tiada masalah untuk luahkan soal hati dan perasaan. Lagipun kalau kenal Adam ini lama - lama, lelaki ini tidaklah keras mana. 

My Heartbreaker✔️Where stories live. Discover now