22

698 47 22
                                    

if you lied to me and i
found out the truth,
i would never look at you the same.

Buat pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke bangunan syarikat milik suami aku, Adam Jaden

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



Buat pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke bangunan syarikat milik suami aku, Adam Jaden. Rasa bangga tak dapat nak kata— setinggi gunung.

"Kenapa you nak bawa I datang sini hari ni?" Aku tersenyum teruja. Wajah dingin Adam di sebelah aku pandang.

Adam menjeling aku tajam. "Kalau tak bawa kau asik minta je." perlinya sinis. Agaknya memang dah tak tahan aku asik mengungkit nak ikut dia pergi pejabat.

Senyuman aku melebar. "Sayang jugak you dekat-"

Namun serta merta kata - kata aku mati apabila pandangan ramai wanita terarah pada suami aku. Okay biar aku ulang sekali lagi— SUAMI AKU.

Lengan Adam aku terus paut erat. "You ingat tau you ada isteri." bisik aku keras.

Entah apa yang lawaknya, Adam tergelak kecil melihat telatah aku. Dia menggeleng kepala.

Mata aku membulat tengok mata - mata gatal tu makin liar perhatikan Adam apabila Adam tertawa. Sebelah lagi tangan aku pantas menekup mulut Adam.

"Jangan senyum! Jangan gelak!" Bisik aku keras dengan mata yang dijegilkan. Pandangan aneh orang sekeliling aku buat tak peduli.

Adam segera menepis tangan aku. "Eh kau ni macam - macamlah!" Rungutnya. Daser tak bersyukur dapat isteri comel.

Aku menjuihkan bibir. Tangan Adam aku lepaskan. "Tak nak kawan!" Jerit aku kuat sampai semua mata terarah pada aku.

Langkah Adam terhenti. Dia dah meramas kasar rambutnya. Apalah nasib dapat isteri tak siuman macam ini. "Jangan mengada boleh?" suaranya keras.

Kaki aku masih tak berganjak. Aku memeluk tubuh. "Tak nak kawan! You suka cakap I mengada!" jerit aku lagi.

Kali itu Adam dah tak membalas. Dia terus melangkah mendekati aku. "Degil." bisiknya keras.

Tanpa amaran, tubuh aku terus diangkat. Masalahnya bukan gaya bridal style, tapi gaya penculik!

Adam terus memeluk pinggang aku.

"Lepas!" jerit aku lagi. Tangan aku memukul - mukul belakang badan Adam. Semua staff yang lalu - lalang tak mampu nak bersuara melihat adegan itu.

"Kau diam sebelum aku baling dalam tong sampah."

Erk.

Semua raungan aku terus diam. Aku hanya redha diangkat macam duni oleh Adam. Sampai dalam pejabatnya, semua mata terarah pada kami.

My Heartbreaker✔️Where stories live. Discover now