i dont know why or how,
but this connection is only possible with you.Kandungan aku sudah mencecah sebulan. Aku bersyukur kerana kandungan ini masih selamat dirahsiakan dari Adam. Nasib memang menyebelahi aku, selama sebulan ini-- Adam banyak menghabiskan masa ke luar negara. Katanya ada hal kerja yang nak diuruskan.
Baguslah, tak adalah aku asik nak muntah aje. Kalau dia ada selama sebulan ini, mesti dia dah syak macam - macam. Alahan aku agak teruk kata doktor. Biasalah anak sulung. Tapi masalahnya aku mengidam pun boleh tahan jugak. Nak kek pistol!
Ketukan di pintu itu menghentikan lamunan aku. Majalah di atas riba aku letak dekat tepi katil. Siapa pulak yang ketuk ni, tak akanlah Adam kut. Dia akan balik minggu depan.
Farah?
Entahlah minah tu dah pupus agaknya.
Okay, mesti penyangak ke penyamun kan. Aduh, aku nak buat apa dalam bilik ni?
Tangan aku cepat - cepat mencapai pasu di atas meja solek. Ketukan di pintu itu semakin kuat dan menakutkan aku.
Aku berdiri tegak di belakang pintu. "Siapa tu?! Farah eh?!" jerit aku nyaring. Adam... aku takut ni! Kenapalah mamat ni tak letak pengawal keselamatan dekat rumah? huhuhu.
Ketukan di luar semakin kuat. Macam nak roboh pintu ni, aduh...
Tombol pintu aku buka dan aku bersedia untuk memukul kepala perompak nanti. Saat pintu terbuka, seorang lelaki berhoodie hitam menapak masuk membelakangi aku yang di belakang pintu.
Pasu diangkat tinggi--
"Adam?"
Adam mengerutkan dahinya melihat aku yang tengah pegang pasu. "Kau kenapa ni?" soalnya hairan.
Aku mengetap bibir. Tak guna! Punyalah aku ingatkan penyangak mana tadi nak merompak! Air mata aku dah mengalir di pipi.
Melihat air mata aku, Adam mendekat. Hoodie di kepala diturunkan ke bawah. "Kau kenapa ni? Kenapa menangis?" hairan sungguh.
Tangan aku dah memukul dadanya geram. Air mata aku semakin berderai. "You jahat! You sengaja nak takutkan I! I benci you!"
Dia hanya membiarkan tangan aku yang memukul dadanya bertalu - talu tak berhenti. Panahan matanya jatuh pada wajah aku. "Aisyah, stop sebelum aku libas kau."
erk.
Aku terus berhenti memukul dada Adam. Bibir aku ketap dengan sedu sedan. Aduh, aku pulak yang macam perempuan gila ni. Emosi tak stabil betul.
Tengok isterinya dah waras sedikit, Adam mendekat. Tubuh aku terus ditarik ke dalam dakapannya. "Kau ni cubalah sambut aku elok - elok sikit. Ni dah macam perempuan mental tahu tak." usiknya.
Malangnya, dia hanya membuatkan air mata aku lebih laju mengalir. Tangan aku memeluk erat belakang tubuh Adam. "Sorry..."
"Kenapa kau berkunci dalam bilik huh?" soal Adam sambil tangan dia membelai kepala aku lembut. Walaupun dia tak meluahkan dengan kata - kata, aku tahu Adam tengah cuba tenangkan aku.
YOU ARE READING
My Heartbreaker✔️
Romancemempersembahkan- wanita yang sulit untuk jatuh cinta, sekali jatuh paling setia. ~~~~~ bunuhlah aku, jika itu dapat melegakan segenap hatimu. hukumlah aku, jika itu bisa menghapus dendammu, bencilah aku, jika itu permulaan cintamu. meski aku hanya...