"Anak mummy jaga diri okay? Dengar cakap suami. Kalau ada apa - apa, call mummy okay?"Air mata aku dah jatuh mengalir. Tubuh mummy terus aku peluk erat. Inilah kali pertama aku akan berpisah dengan mummy. Entah bila pula aku dapat berjumpa dengan mummy dan daddy.
Mummy mengusap lembut belakang badan aku. Dahi aku dikucup berkali - kali. Turut terasa beratnya hati nak melepaskan satu - satunya puteri dia. "Mummy sayang Aisyah okay?"
Aku mengangguk berkali - kali. Tangisan aku hamburkan semahunya di bahu mummy. "Ke... kenapa nak... tinggalkan a- adik..." rintih aku.
"Mummy minta maaf sayang. Sekarang kan adik dah ada Adam? Jangan macam ni, sayang." Mummy mengusap lembut kepala aku.
Adam?
Mata aku jatuh pada Adam yang sedang berbicara dengan daddy. Nampak macam benda penting. Saat itu, pandangan kami bertembung.
Dia seakan tersentak melihat aku menangis. Entahlah, selama ini bukannya dia kisah aku menangis. Malah dia suka lagi. Mungkin dia takut aku beritahu tentang kami kepada mummy?
"Mummy suka tengok adik macam ni. Istiqamah ya?" Mummy tersenyum lebar. Buat pertama kalinya tengok anak perempuan dia bertudung begini.
Aku turut tersenyum. Lengan mummy aku paut manja. "Nanti mummy selalu video call adik tau?"
Tergelak mummy dengan sikap manja aku. Dia mengangguk laju. "Ya, dear. Awak tu... jaga suami elok - elok. Makin kurus mummy tengok Adam tu. Adik tak masak eh?"
Aku pandang Adam lama. Tubuhnya aku teliti. "Sama je mummy. Tak makin kurus pun!" Tegah aku yakin. Memanglah aku tak masakkan untuk dia, tapi dia makan banyak je Mak Teh masak!
Lengan aku terus dicubit oleh mummy. Matanya membulat. "Mummy gurau je lah! Kantoi tak masak untuk Adam!"
Bibir aku dah mencebik. Ni yang penat jadi isteri ni. Mummy ni kang aku cakap aku kena seksa tak percaya pulak. "Macamlah mummy masakkan untuk daddy."
"Aduh!" Sekali lagi lengan aku dicubit oleh mummy. Matanya dah tajam memandang aku. Dia cakap orang boleh, orang cakap tak boleh!
"Nanti mesti mummy rindu nak cubit adik." aku menggumam perlahan. Di sebalik ayat aku, mata aku masih memerhati gelagat Adam yang tertawa bersama daddy.
Seronok ke tikam hati daddy dan mummy aku? Kau bergelak ketawa, kau bahagia ke sakiti hati anak mereka Adam?
Melihat air mata aku yang nak menitis lagi, mummy memeluk bahu aku lalu diusapnya. "Jangan macam ni, adik. Kan sekarang adik dah ada Adam. Adik dah ada peneman kan? Jangan risau, mummy dan daddy akan selalu call adik."
Aku hanya mengangguk mengiakan. Patutkah aku ceritakan apa yang sebenarnya terjadi sedangkan mummy dah anggap aku bahagia dengan Adam?
Kami berjalan menghampiri daddy, Adam dan Arsyad. Saat itu giliran Arsyad pula berjejak kasih dengan daddy. Yang anehnya, daddy pulak yang nangis bukannya Arsyad!
"Jaga diri, tengokkan juga adik kamu ni. Jagakan syarikat daddy di sini. Kalau ada masa, fikirkan diri kamu. Sampai bila nak membujang? Dah layak kahwin tahu tak." pesan daddy panjang. Bahu Arsyad ditepuk.
Arsyad buat muka tak ada perasan. "Tak naklah kahwin. Perempuan semua tak guna."
Mata mummy dah membulat dengar apa yang dengar dari mulut anak lelakinya. "Heh, lepastu mummy ni tak guna la?"
"Berguna." Jawabnya sepatah. Malas nak layan lah tu. Aduh, givap aku dengan perangai dia ni.
Aku pula dah memeluk tubuh. "Habis tu adik pun tak guna lah!"
YOU ARE READING
My Heartbreaker✔️
Romancemempersembahkan- wanita yang sulit untuk jatuh cinta, sekali jatuh paling setia. ~~~~~ bunuhlah aku, jika itu dapat melegakan segenap hatimu. hukumlah aku, jika itu bisa menghapus dendammu, bencilah aku, jika itu permulaan cintamu. meski aku hanya...