Meski aku ada hak untuk bersuara dan memberitahu mummy dan daddy tentang sikap sebenar Adam, namun akal aku menegah laju.Kadang - kadang aku rasa aku bodoh apabila aku hanya mendiamkan diri dan membiarkan Adam dengan lakonannya begitu jaya sekali. Malah, hari ini juga kami sudah berpindah ke rumahnya atas alasan yang aku sendiri tidak tahu apa.
Agaknya, aku kena santau dengan Adam ni kot!
Memikirkan soal Adam, aku terus mengerling padanya yang sedang memandu. Wajahnya beku tanpa perasaan, sungguh berbeza sekali dengan Adam yang di hadapan keluarga aku tadi.
"Seronok tenung aku?"
Erk.
Pantas mata aku berpaling memandang pemandangan di luar tingkap. Jelas sekali, villa milik Adam ini jauh dari bandar. Kereta terpaksa menaiki bukit untuk sampai ke tempat yang dituju. Adam ni macam nak buat rumah dracula pula.
"Nanti, sampai rumah... kau jangan nak bawa perangai degil kau tu. Kalau kau degil ataupun buat perangai, tahulah aku nak buat apa." suaranya terus memberi amaran keras pada aku.
Aku memandangnya hairan. "Kalau you benci sangat dengan I, kenapa you nak kahwin dengan I?" aku cuba mengumpul keberanian untuk menyoalya.
Mata hazel itu terus menjeling aku tajam. Aku lihat Adam langsung tidak menunjukkan reaksi mahu marah aku, nasib baik.
"Apa perasaan kau bila dapat tahu yang suami kau benci kau?" dia menyoal aku kembali, membiarkan soalan aku tergantung sepi.
Nafas aku hela berat mendengar soalannya. Patutkah aku katakan yang aku rasa dunia aku hancur? Seorang suami adalah tugasnya memberi cinta buat isterinya seutuhnya. Pasti sekali itu yang aku harapkan sebelum kami bernikah. Lagi pula, aku memang menyimpan cinta aku buat sang suami.
Melihat aku yang masih belum menjawab soalannya, Adam menjeling aku tajam. Nafasnya dihela kasar. "Tak ada mulut nak jawab dah ke?"
Grrr, kalau aku tampar mamat ni pun okay gak kan? Geram aku.
Bibir aku terus melakar senyuman manis buatnya. "I rasa sedih, of course."
Adam seperti tersentak mendengar jawapan aku itu. Tangannya mencengkam kuat stereng kereta sebelum dia melontar kata, sesuatu yang memedihkan hati aku. "That's the point."
"Kenapa you hukum I macam ni? Apa yang I buat dulu bukanlah teruk mana pun!" Geram, itu yang aku rasa. Setidak - tidaknya aku hanya memainkan perasaan lelaki, aku tidak memusnahkan kebahagiaan orang seperti dia!
Mendengar aku membentak geram, Adam tertawa halus. Lebih tepat-- ketawa yang menyakitkan hati dan telinga. "Tak teruk mana, my lady?"
Laju kepala aku mengangguk laju. Memang tidak teruk mana, cuma dia yang terlalu bodoh ketika itu.
"but kau hancurkan cinta pertama aku, jadi dia terlalu teruk untuk aku." keretanya sudah diberhentikan di hadapan villa. Lelaki itu tersenyum sinis pada aku.
Aku terdiam. Siapa sangka-- aku yang membuatkan lelaki ini berubah kejam sebegini?
"Jom turun. Ingat amaran aku tadi," Adam memandang aku tajam sebelum dia keluar dari kereta dan selamba berjalan masuk ke dalam villa mewahnya. Huh, yang penting kahwin dengan orang kaya!
Memandangkan Adam tidak tolong bawa bagasi aku, aku terpaksa mengambilnya sendiri di dalam bonet. Bagasi dikeluarkan, lalu aku tarik sehingga ke dalam villa yang megah itu.
Di saat tapak kaki aku menapak ke dalam villa ini, mata aku terus terpaku melihat hiasan dalamannya yang cantik. Cantik, terlalu cantik. Aku berhenti meneliti hiasan dalaman rumah ini sebaik sahaja aku melihat tubuh Adam sudah menapak nak naik tangga ke tingkat atas.
Mata aku terus jatuh pada seorang wanita yang setia berdiri di tepi pintu sejak aku masuk tadi. Aku tersenyum segaris ke arahnya. "bibik, please bawakan luggage I." arah aku, seperti yang sering aku lakukan di rumah.
"Kau cakap apa?"
Dush!
Aku terus terkulat - kulat memandang Adam yang sedang memandang aku tajam itu. Pandangannya benar - benar ingin membunuh aku. "I just asked your maid..."
"She is not my maid! She is my aunt!" jerkah Adam dengan wajah berangnya. Langkahnya terus dipasang mendekati aku.
Automatik tubuh aku menggeletar melihat Adam yang sudah berang itu. Aku menegetap bibir. "I... I tak tahu, Adam... I'm so sorry..."
Mata aku sempat bertembung dengan wanita tua tadi, lalu aku cepat - cepat menundukkan kepala memohon ampun. Namun, kata - kata maaf aku itu langsung tidak dipedulikan oleh Adam, malah lelaki itu datang mendekat.
"Adam," mata aku memandangnya penuh sayu. Tolonglah, aku takut!
Tubuh aku menggigil di dalam kesejukan. Tangan aku mengusap - usap bahu aku, cuba mengalirkan haba pada badan aku yang kesejukan. Bibir aku terketar - ketar.
"Kau memang perempuan tak reti malu! Kau memang nak kena ajar dengan aku kan!"
Apa silap aku? Kenapa Adam benci aku sampai tahap begini sekali? Sedangkan bukan dia seorang lelaki yang pernah aku mainkan. Kenapa dia sanggup nikahi aku semata - mata mahu aku menderita di tangannya?
Arsyad.
Mummy.
Daddy.
Help me.
Tangan aku cuba membuka tombol pintu itu sekali lagi, tapi sayang-- tombol itu masih terkunci rapat. Usaha aku sia - sia sahaja kerana Adam tidak akan membukanya buat aku.
Aku kuat. Tengku Aisyah Helena bukan sembarangan gadis, dia bukan gadis yang mudah ditindas. Dia berani suarakan pendapatnya dan pandai melawan musuhnya. Tapi mana hilangnya Aisyah yang itu?
"s-sejuk." Tubuh aku menggigil lagi. Aku tidak tahu ini bilik apa, tapi bilik ini langsung tiada perabot di dalamnya. Yang ada hanyalah penghawa dingin. dan ya--
Adam mengurung aku sendirian di dalam bilik yang gelap ini dan membuka penghawa dingin itu di tahap maksima. Apa lelaki itu tiada belas kasihan terhadap isterinya sendiri?
Sepanjang hidup aku, aku tidak pernah dihukum oleh mummy dan daddy. Apatah lagi dimarahi dan ditengking, sudah pasti mustahil. Meskipun sikap Arsyad juga dingin dan beku, abang aku itu tidak kejam. Dia tidak akan menyakiti aku.
Tak akan.
Aku tak perasan, air mata aku sudah jatuh mengalir. Bibir aku ketap menahan rasa. Aisyah kuat, ya? Jangan menangis...
Tiba - tiba, pintu bilik ini dibuka dari luar. Aku hanya mendiamkan diri di tepi pintu itu. Membiarkan air mata aku sahaja mengalir.
Melihat aku yang diam membisu, Adam menundukkan badannya. Tangan kasar itu jatuh pada pipi aku. "Are you crying, my lady?"
Belum sempat aku membalas soalannya, tubuh aku terus dicepungnya keluar. Di sebabkan cahaya lampu, aku dapat melihat dengan jelas wajah beku itu.
"I... sorry."
Buat pertama kalinya, bibir merah itu melakar senyuman manis. "maaf diterima, my lady."
oh, stop calling me that!!
YOU ARE READING
My Heartbreaker✔️
Romancemempersembahkan- wanita yang sulit untuk jatuh cinta, sekali jatuh paling setia. ~~~~~ bunuhlah aku, jika itu dapat melegakan segenap hatimu. hukumlah aku, jika itu bisa menghapus dendammu, bencilah aku, jika itu permulaan cintamu. meski aku hanya...