Bab 2

2.3K 90 8
                                    

Sudah hampir sebulan mereka di tingkatan 6.Setiap kali ke sekolah,Encik Fauzan akan menghantar mereka.Apabila pulang pula,ada kalanya mereka pulang menaiki grab ataupun menumpang rakan kerana jadual kerja Encik Fauzan yang tidak menentu.

Pada hari itu,mereka pulang sendirian.Zariel Iqbal terlebih dahulu tiba di rumah.Kelihatan rumah kosong seperti tidak berpenghuni.

Biasanya Mak Ngah akan menyambut kepulangan mereka berdua tetapi tidak pada hari itu.Dia berdiri seperti tunggul kayu di halaman rumah itu.

Beberapa minit kemudian,Hayfa Natalia pula tiba di rumah.Dia keluar dari perut kereta grab itu.Pelik dia dengan sepupunya itu.

Dia pantas menegur.

"Kenapa berdiri kat luar ni?Tahulah rumah aku ni biasa je.Tak payah lah tunjuk sangat.." ujarnya.

"Kau ni memang suka buat andaian sendiri kan?Aku berdiri kat luar ni sebab rumah kau ni berkunci.Buta ke?" kata Zariel Iqbal tidak berpuas hati.

Sudahlah panas.Tubuhnya juga sudah melekit.Sepupunya itu mahu bertikam lidah pula.

"Aik?Ibu pergi mana?" soal Hayfa Natalia pelik.

"Mana lah aku tahu.Ibu kau kan?"

Hayfa Natalia menjeling Zariel Iqbal.

"Tak tanya kau pun.Perasan!"

Hayfa Natalia segera menuju ke sebuah pasu.Dengan kudrat yang ada,dia mengangkat pasu yang agak berat itu.Diambilnya kunci rumah.

Ibunya selalu berpesan jika rumah berkunci sewaktu balik sekolah,kunci rumah ada diletakkan di bawah pasu bunga berdekatan dengan pagar rumah.

Jadi,tidak perlu risau.

Zariel Iqbal hanya memerhati lagak Hayfa Natalia.

Pintu rumah sudahpun dibuka.Laju sahaja Zariel Iqbal menuju ke biliknya.

"Bukan nak ucap terima kasih sebab dah bukakan pintu.Main blah je macam tu.." rungut Hayfa Natalia sendirian.

***

Hayfa Natalia tergesa-gesa ke tingkat bawah apabila mendengar orang memberi salam.Disebabkan itu,dia tidak sempat menyarung tudung expressnya.Dia hanya menutupi kepalanya dengan tuala.

Mujurlah dia sudah selesai membersihkan dirinya.

Kelìhatan beberapa orang berkopiah  terpacak elok di hadapan muka pintu.Pelik dia.Ada juga antara mereka rakan ayahnya.

"Ye,pak cik.Ada apa ramai-ramai ni?"

"Kami dapat aduan ada pasangan yang tidak bersekedudukan di rumah ini.Jadi kami mahu pastikan sama ada sahih mahupun palsu aduan yang kami terima tu.." ujar salah seorang daripada mereka.

Tercengang Hayfa Natalia dibuatnya.

"Pak cik salah orang kot.." ujarnya takut-takut.

Dalam hati dia mahu ayah dan ibunya segera pulang.Dia buntu mahu buat apa.

Disaat itu,Zariel Iqbal turun dari biliknya.Dia mendekati mereka.

"Hayfa,apa semua ni?Pak cik tak sangka kamu sanggup cemarkan nama baik ibu dan ayah kamu.Siapa lelaki ni?" kata Encik Rahim nyata terkejut dengan perlakuan anak rakannya itu.

"Kami berdua sepupu,pak cik.." balas Zariel Iqbal apabila Hayfa Natalia hanya mendiamkan diri sebaliknya sudah lecun dengan air mata.

"Sepupu pun ada batasnya.Tak pe lah,macam ni.Untuk mengelakkan fitnah sekali lagi,rasanya elok kamu berdua disatukan.."

***

Satu tamparan padu melekat di pipi Hayfa Natalia.Turun naik nafas Puan Farah.

"Kamu ni memang tak berguna tau,Hayfa!Ish,geram betul lah aku!"

Tubuh anak muda itu dipukul beberapa kali.Puan Naurah segera menarik anak gadisnya daripada terus dipukul oleh adik iparnya itu.

"Kak Ngah tepi!Biar Farah ajar budak tak guna ni!"

"Ni anak Kak Ngah!Farah tak de hak nak pukul Hayfa!" kata Puan Naurah.

Hayfa Natalia memeluk erat tubuh ibunya.Dia masih menangis.

"Farah,cukup!Kita berkumpul ni sebab nak selesaikan masalah budak-budak ni.Bukan nak tambah lagi masalah.." ujar Encik Fauzan.

"Abang Ngah,Farah dah cakap Zariel tak boleh duduk sini tapi Abang Ngah paksa juga.Sekarang,tengoklah apa dah jadi?!"

Zariel Iqbal hanya diam.Dia sendiri masih terkejut dengan apa yang telah berlaku.

"Benda pun dah jadi,Farah.Semua ni dah ditentukan.." kata Encik Rizman.

"Abang,Farah tak rela tau bermenantukan si budak tak guna ni!Mana Farah nak letak muka Farah ni?"

Puan Farah meraup wajahnya.

"Farah,budak tak guna ni anak Abang Ngah.Tak baik gelarkan dia macam tu.." tegur Encik Rizman.

"Suka hati lah awak lah,bang!Menangkan lah lagi budak ni.Tak kesian langsung kat Zariel.."

Geram Puan Farah apabila suaminya langsung tidak membela anak lelaki mereka.

"Esok mak dengan ayah sampai.Malam tu,kita nikahkan mereka.." kata Encik Fauzan.

Zariel Iqbal yang mendengar sudah memberikan pandangan tajam kepada Hayfa Natalia yang masih dalam rangkulan ibu saudaranya.







Ada yg sakit hati?😌

T A K D I R   K I T AWhere stories live. Discover now