Bab 30

2.4K 83 0
                                    

Hayfa Natalia menyediakan hidangan yang begitu enak pada hari minggu itu.Sudah pastinya,lauk kegemaran suaminya ada sekali iaitu ayam masak kicap.

Zariel Iqbal yang sudah berada di ruang itu didekatinya.

"Abang,jom makan?Hayfa dah siap hidang.." ajaknya.

"Tak pe lah.Abang tak selera lah,sweetheart.." tolak Zariel Iqbal walaupun dia sebenarnya tidak sampai hati untuk berkata begitu.

"Erm..makan sikit pun jadi lah.Please?" pujuk Hayfa Natalia lagi.

"Abang teman sweetheart makan.Nak?"

"Okay.."

Hayfa Natalia mula mengalah.Tidak mahu memaksa suaminya itu lagi.Dia ada terbaca yang pesakit leukemia akan kehilangan selera makan,kerap demam dan juga keletihan.

Dia cuba ingat akan kata-kata Tasya.Dia harus kuat.Tidak boleh nampak lemah di hadapan suaminya.

"Sweetheart?Okay tak ni?Jom lah.Abang teman makan.."

Pelik Zariel Iqbal melihat isterinya langsung tidak memulakan langkah untuk ke meja makan.Hanya memandangnya sahaja.

Hayfa Natalia tersedar akan perbuatannya.Dia mula mengekori langkah suaminya.

***

Selesai mengemas meja makan,mereka duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen.

"Abang.."

Panggilan dari Hayfa Natalia membuatkan Zariel Iqbal memandang ke sebelah.

Hayfa Natalia mengambil tangan suaminya lalu disalam penuh hormat.Pelik Zariel Iqbal dibuatnya.Kenapa dengan isterinya itu?

"Sweetheart kenapa ni?" ujarnya yang mula risau.

"Maafkan Hayfa.Hayfa sedar selama ni Hayfa banyak salah pada abang.Hayfa ego.Hayfa pentingkan diri.Hayfa tak layak jadi isteri abang.."

"Hei,kenapa ni?Sweetheart tak de salah apa pun pada abang.Kalau ada pun,dah lama abang maafkan.."

"Hayfa dah tahu.Hayfa dah tahu tentang penyakit abang.Kenapa abang sembunyikan daripada Hayfa?Abang nak balas dendam ke sebab Hayfa tinggalkan abang dulu?Abang memang dah ada niat nak tinggalkan Hayfa ke?"

Mata Hayfa Natalia mula berkaca.

Zariel Iqbal terkedu.Bagaimana isterinya itu boleh tahu mengenai penyakitnya?Siapa yang memberitahu isterinya?

"Hayfa ada jumpa ubat-ubat abang dalam laci bilik kerja abang.Hayfa ambil dan Hayfa pergi jumpa Tasya.Hayfa nak tahu apa sakit abang.Hayfa tak layak tahu ke,abang?" kata Hayfa Natalia lagi.

Zariel Iqbal menyeka air mata isterinya.Kepalanya digelengkan.

"Bukan abang tak nak bagitahu sweetheart,tapi abang perlukan masa yang sesuai.Abang perlukan kekuatan untuk abang bagitahu sweetheart.Abang tak nak isteri abang ni nangis.Macam sekarang ni.."

"Bila masa yang sesuai tu?Bila abang dah pergi?Tu waktu yang sesuai?"

"Sweetheart.."

"Tasya bagitahu abang pergi luar negara.Treatment abang gagal?"

Zariel Iqbal tersenyum tawar.

"Ye,abang ke luar negara untuk buat rawatan dan sambung pengajian.Abang ingat lagi.Abang ada ugut mama kalau mama cari pengganti sweetheart,abang tak nak buat treatment.."

"Tak baiklah ugut Mak Su macam tu.." ujar Hayfa Natalia tidak puas hati.

Ada ke patut?

"Mama,sweetheart.No more Mak Su.." kata Zariel Iqbal membetulkan panggilan isterinya.

"Hurm..boleh ke mama terima Hayfa?Kita berdua tahu mama macam mana.Dengan apa yang Hayfa dah buat pada abang,mama akan terima Hayfa ke?" ujar Hayfa Natalia seakan berjauh hati.

Dia tahu ibu mertuanya itu masih belum menerima dirinya sebagai menantu.

"Kita sama-sama doa supaya Allah buka hati mama untuk terima sweetheart sebagai menantu.Okay?" pujuk Zariel Iqbal kemudian dia mengucup pipi isteri tercinta.

"Ish,ambil kesempatan!"

Zariel Iqbal hanya tersengih.

"Rezeki,sweetheart.."

Hayfa Natalia juga tersenyum.

Nakal.

"Abang belum makan ubat lagi kan?Mulai hari ni,biar Hayfa jadi doktor abang kat rumah.." katanya yang teringat soal itu.

"Baik,Doktor sweetheart!"

Zariel Iqbal masih main-main.








T A K D I R   K I T AWhere stories live. Discover now