Bab 31

2.3K 83 0
                                    

Pagi itu,mereka berdua ke hospital kerana ada temujanji bersama Ashrif.Sebelum sempat Zariel Iqbal ingin menggerakkan kereta,dia terlihat kereta mamanya berada di belakang keretanya.

Mereka berdua mula keluar dari kereta.

"Ma?"

"Zariel ada check up kan hari ni?Jom.Pergi dengan mama.." kata Puan Farah sambil sempat menjeling Hayfa Natalia.

"Tak pe lah,ma.Zariel pergi dengan Hayfa je.." tolak Zariel Iqbal.

"Pergi dengan mama lah.Hei,perempuan.Ni anak aku!Aku boleh uruskan anak aku sendiri.Selama kau pergi,elok je aku uruskan dia!Kau tak payah nak sibuk-sibuk buat ambil tahu hal anak aku!"

Zariel Iqbal melepaskan keluhan.

"Ma,please?"

"Zariel nak jadi anak derhaka ke?Zariel,mama merayu.Ikut mama.." arah Puan Farah.

"Erm..abang pergi lah dengan Mak Su.Hayfa okay.." kata Hayfa Natalia mengalah.

"Wah,dah pandai hormat suami.Tak beraku kau dah?Kenapa?Tahu anak aku nak mati,terus berubah?Nak jadi isteri mithali ke apa ni?" sinis Puan Farah berkata.

Hayfa Natalia hanya diam.Tidak mahu kerukan lagi keadaan.Dia harus terima hakikat yang selamanya ibu mertuanya itu tidak dapat menerima dirinya.

"Err..abang,izinkan Hayfa balik rumah ibu dan ayah.." ujarnya meminta izin.

"Nak mengadu pada ibu ayah kau pula?Dasar anak manja!Jom,Zariel!"

Lengan anak lelakinya itu ditarik agar memasuki kereta.

"Take care.Love you.." ucap Zariel Iqbal.

"Love you more.." balas Hayfa Natalia namun tidak sempat didengari suaminya kerana Puan Farah laju menggerakkan kereta.

***

"Hayfa?"

Hayfa Natalia yang berada di dapur itu terkejut dengan panggilan dari ibunya.Jatuh gelas yang dipegang.

"Ya Allah!Hayfa okay tak ni?!" ujar Puan Naurah risau akan keadaan anak perempuannya itu.

"Hayfa okay.Tak pe,biar Hayfa bersihkan kaca-kaca ni.." kata Hayfa Natalia mula bergerak mengambil penyapu.

Selesai membersihkan lantai,Puan Naurah membawa anaknya ke ruang tamu.

"Hayfa ni kenapa?Semacam je ibu tengok.."

"Hayfa geram dengan Mak Su.." luah Hayfa Natalia.

"Kenapa dengan Mak Su?"

"Tak de lah.Elok je sebelum Hayfa datang sini tadi nak pergi hospital dengan Zariel.Pastu tetiba Mak Su datang.Tak jadi lah Hayfa ikut.."

"Hayfa dah tahu Zariel sakit?"

"Erm..baru je lagi.Err..ibu.Macam mana kalau Zariel dah tak de nanti?Betul cakap ibu.Zariel suami yang baik untuk Hayfa.Sayangnya,Hayfa sia-siakan dia.." kata Hayfa Natalia sambil mata yang sudah mula berkaca.

Setiap kali mengingatkan apa yang dia lakukan,hatinya berasa sebak sangat.Dia takut jika suaminya itu tinggalkan dirinya.

"Hayfa,dengar sini.Semua orang ada peluang kedua.Hayfa kena bersyukur tau sebab Zariel tak pernah tak bagi Hayfa peluang.Selagi Allah masih izinkan kamu berdua bersama,hargailah setiap masa tu,sayang.." pesan Puan Naurah.

"Baik,ibu.Terima kasih sebab sentiasa ada untuk Hayfa disaat Hayfa susah dan senang.."

"Sama-sama,sayang.."

***

Masuk sahaja ke dalam rumah,Zariel Iqbal terus mencari kelibat isteri tercinta.

"Sweetheart.."

Pelukan erat diberikan kepada Hayfa Natalia.

"Abang!"

Terkejut Hayfa Natalia.

Zariel Iqbal mula melepaskan pelukan.

"Macam mana?Semua okay?Kenapa balik lambat?"

"Sorry,sweetheart.Mama saja pisahkan kita.Lepas je habis sesi dengan Ashrif,mama ajak pergi makan.Pastu.."

Zariel Iqbal berhenti bercerita seketika.Hayfa Natalia jadi tertanya-tanya.

"Pastu?"

"Jumpa Erna.."

"Erna?"

Hati Hayfa Natalia mula panas apabila mendengar nama perempuan.Dia cemburu.

"Hurm..anak kawan mama.."

"Ohh.."

Fahamlah dia yang gadis itu pasti pengganti dirinya.

"Sweetheart jangan risau.Abang setia pada sweetheart sorang je.."

"Lawa tak Erna tu?" soal Hayfa Natalia seakan ingin tahu.

"Tak langsung!"

"Jahat lah,abang ni.Tak baik tau.."

"Betul lah.."

"Okay tutup cerita pasal Erna.Hayfa nak tahu kesihatan abang.Ashrif cakap apa?"

"Okay.Semuanya baik-baik je,sweetheart.." ujar Zariel Iqbal sambil mempamirkan senyuman palsu kepada isteri tercinta.

Dia tidak mahu isterinya itu risau akan dirinya.Kata Ashrif,kesihatannya semakin mula merosot.

Dia redha.

Dia tidak mahu nampak lemah di hadapan isterinya.












T A K D I R   K I T AWhere stories live. Discover now