Beberapa tahun kemudian,
Seorang gadis melangkah turun dari pesawat.Dia menolak troli yang berisi luggagenya.Sungguh dia rindukan bumi Malaysia itu.
Dia menunggu kedua orang tuanya yang sudah berjanji mahu menjemputnya disaat pulang ke Malaysia.
Dia duduk di kerusi yang terdapat di dalam KLIA itu.Sedang dia menunggu,seseorang menghulurnya sejambak bunga.
Dia pantas mendongak.
Dia mula berdiri.Terkejut bukan main apabila dia melihat gerangan itu.Walaupun mereka sudah meningkat sewasa,namun wajah lelaki itu tiada bezanya.
Cuma,makin hensem.
Eh?
"Err..Zariel?Kau..kau buat apa kat sini?" ujarnya yang masih terkejut.
Maknanya lelaki itu tahu di mana dia berada selama ini?Pasti ibu dan ayahnya yang memberitahu lelaki itu.
"Aku datang jemput isteri aku.Welcome back,sweetheart.." kata Zariel Iqbal ceria.
Hayfa Natalia hanya memberikan pandangan meluat.Tidak suka lelaki itu mention perkataan 'isteri'.
"Hurm..mesti kau dah jumpa madu aku kan,Zariel?Mana dia?Tak jemput aku sekali ke?" sengaja dia berkata begitu.
Mana tahu ada?Jika ada sekalipun,dia terima dengan hati terbuka.Lelaki itu layak ada seorang isteri yang baik disisi.Bukan seperti dirinya.
Zariel Iqbal hanya tersengih.Tahu gadis itu hanya mahu mengusiknya.
"Aku dah janji nak setia pada kau seorang je?Lupa?"
"Aku oķay je kalau ada.Dia boleh jadi isteri yang baik untuk kau.Bukan macam aku.."
"Oh,tahu diri tu banyak dosa pada aku?Ingatkan tak sedar.."
"Ish!Hantar aku balik!" kata Hayfa Natalia geram apabila lelaki itu menyindir dirinya.
"Balik rumah kita.." ujar Zariel Iqbal seakan membetulkan kata-kata gadis itu.
"Tak nak!Aku nak balik rumah ibu dengan ayah!"
Hayfa Natalia masih berdegil.
"Please,aku rindukan isteri aku.Esok kita pergi rumah ibu dengan ayah.Aku janji!" pujuk Zariel Iqbal.
"Hurm..yelah.."
Pantas Hayfa Natalia melangkah namun sebelum itu,sejambak bunga itu diambilnya.Ditinggalkan sahaja trolinya itu.Zariel Iqbal tersenyum kemenangan.
Lembut juga hati kau,Hayfa!
***
Zariel Iqbal menelan ubat-ubatnya keseorangan di dalam bilik.Dia teringat kejadian di mana dia menerima rawatan di luar negara.
Dia agak kecewa kerana treatmentnya gagal.Dia tidak ada penderma sum-sum tulangnya.Ahli keluarga juga tiada yang sepadan dengan dirinya.
Namun,dia bersyukur kerana Allah masih panjangkan umurnya.Dia masih dapat bertemu dengan orang-orang yang dia sayang.Dan yang paling dia gembira,dia dapat bertemu dengan Hayfa Natalia,isteri yang sangat dicintainya.
Dia tidak kisah jika Allah mengambil nyawanya pada tahun itu.Apa yang penting,Hayfa Natalia ada disisinya disaat hari akhirnya nanti.
***
"Ibu bagitahu Zariel ke selama ni?Ibu dah janji kan?Kenapa ibu mungkir janji?" ujar Hayfa Natalia geram.
Disaat itu,mereka berdua berada di dapur.Menyediakan makan tengahari.
"Hayfa,Zariel suami kamu yang sah.Ibu nak kamu layan dia selayaknya sebagai suami kamu.Banyak pengorbanan dia pada kamu.." kata Puan Naurah.
Hayfa Natalia hanya mendengar.Kemudian,mereka berdua menuju ke meja makan sambil menghidangkan lauk-pauk.
Puan Naurah menyuruh anak gadisnya itu duduk di sebelah Zariel Iqbal.Hayfa Natalia hanya menurut walaupun dalam hati tidak mahu.
"Nah,Hayfa.Letak nasi ni kat pinggan Zariel.." arah Puan Naurah lagi.
Hayfa Natalia memandang ibunya.Dia mengambil bekas nasi itu lalu dicedukkan nasi ke pinggan lelaki itu.
"Terima kasih,sweetheart.."
Hayfa Natalia sudah menjengilkan matanya tanda tidak suka.
"Hayfa.." tegur Encik Fauzan pula.
"Zariel,makan banyak sikit.Lepas ni nak makan ubat pula.." kats Puan Naurah tanpa sedar akan keterlanjuran katanya.
Hayfa Natalia sedikit pelik dengan kata-kata ibunya.
"Kau sakit ke?" ujarnya.
"Err..tak lah.Ibu ni.Aku akan sihat selagi sweetheart aku yang manis ni ada di sisi aku.." balas Zariel Iqbal sambil tersenyum.
"Ibu salah cakap pula.Ye lah,tadi kamu kata pening kepala kan?Tu yang ibu nak bagi panadol lepas makan nasi ni.." ujar Puan Naurah lagi.
Dia memandang Encik Fauzan.Encik Fauzan hanya beriak selamba.
Ye,mereka tahu akan panyakit Zariel Iqbal kerana sebelum menantu mereka berangkat ke luar negara,anak muda itu ada datang ke rumah untuk meminta restu dan doa sepanjang menerima rawatan.
YOU ARE READING
T A K D I R K I T A
Ficción GeneralFirst story from sweethearttina🌹 Kisah sepasang sepupu yang disatukan tanpa kerelaan masing-masing hanya disebabkan satu peristiwa yang tidak diingini. "Aku tak pernah terlintas pun nak kahwin dengan sepupu sendiri tapi kenapa takdir aku begini?" ~...