9 bulan kemudian,
Tibalah masa Hayfa Natalia ingin melahirkan.Mujurlah ketika itu dia sudahpun berada di hospital kerana Zariel Iqbal sudah berbulan-bulan berada di hospital.
Luluh hatinya kerana suaminya itu sudah pun kelihatan susut disebabkan kehilangan berat badan yang ketara dan kehilangan selera makan yang teruk.
Bibir lelaki itu juga sungguh pucat.Cakap pun sudah mula tidak banyak.Mungkin lelaki itu tahu yang dia sudah mahu meninggalkan dunia itu.
***
"Macam mana keadaan Hayfa,doktor?" ujar Puan Naurah ingin tahu keadaan anak perempuannya.
Dalam hati dia berdoa semoga semuanya dipermudahkan.
"Puan Hayfa melahirkan sepasang kembar cumanya.."
Doktor wanita itu terdiam seketika.Tidak sampai hati ingin meneruskan kata-kata.
"Kenapa doktor?Hayfa okay kan?" kata Puan Farah pula.
"Puan Hayfa meninggal sebaik sahaja melahirkan bayi keduanya.Saya harap ahli keluarga banyakkan bersabar.Saya minta maaf.."
Puan Naurah dan Puan Farah saling berpandangan.Tidak percaya dengan khabar berita yang diterima.
Tiba disaat itu,fon Puan Farah berdering.Tertera nama suaminya.
"Abang,Hayfa.."
"Zariel,Farah.."
"Kenapa dengan Zariel abang?"
Hati Puan Farah sudah berkocak laju.Seperti bakal menerima berita yang menyedihkan.
"Zariel dah tak de.Baru je lagi.."
"Ya Allah!"
Puan Farah jatuh ke lantai.Terkejut Puan Naurah dibuatnya.
"Farah,kenapa ni?" soalnya cemas.
"Zariel,Kak Ngah.."
"Kenapa dengan Zariel?"
"Zariel dah tak de.." balas Puan Farah tersedu sedan.
Puan Naurah kehilangan kata-kata.Mereka kehilangan kedua-duanya sekali.
***
Beberapa bulan kemudian,
Bayi kembar yang tidak sempat melihat kedua orang tuanya,dipegang oleh Puan Naurah dan Puan Farah.
"Kesian dorang,Kak Ngah.Tak sempat jumpa ibu dan ayah dorang.." ujar Puan Farah.
"Kita kena ikhlaskan pemergian mereka,Farah.Biarkan mereka tenang kat sana.." kata Encik Rizman.
Pasangan suami isteri itu disatukan dalam liang lahad.Mereka mula membaca surah yassin.Si kembar dari tadi asyik menangis.
Mungkin tahu mereka sedang melawat pusara kedua orang tua mereka.
Zarief Irfan.
Hayra Natasha.
Itulah nama sepasang kembar itu.Permata yang terindah yang ditinggalkan oleh Hayfa Natalia dan Zariel Iqbal.
Semoga sepasang kembar itu boleh menghilangkan kesedihan semua orang dan menjadi anak yang berguna seperti kedua orang tua mereka.
T A M A T
YOU ARE READING
T A K D I R K I T A
Fiction généraleFirst story from sweethearttina🌹 Kisah sepasang sepupu yang disatukan tanpa kerelaan masing-masing hanya disebabkan satu peristiwa yang tidak diingini. "Aku tak pernah terlintas pun nak kahwin dengan sepupu sendiri tapi kenapa takdir aku begini?" ~...